memorY 2008

Showing posts with label CoreTan PerIbadi. Show all posts
Showing posts with label CoreTan PerIbadi. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

PengakHiraN sebuaH PerjalaNan

24/9/2011
menjadi titik noktah buat perjalanan awokbola dalam arena bola sepak IPGKSM...
Kurang dr 2 bulan, awokbola akan melangkah keluar dr Bumi Bertuah IPGKSM ni setelah 5tahun setengaH mendiaminya. Banyak pengalaman, suka, duka dilalui demi menjulaNg nama ipG terchenta.....

2007:
Perjalanan ranjau berduri awokbola dalam arena ini bermula di padaNg IPKB ( leni dh tukar jd IPGK Kota Bharu).....bermula dgn cemerlaNg bila dinobatkan sbg JoHan IPG Zon Timur dan meneruskan perjuangaN ke KAGUM Kebangsaan....Ingatkan Panas samPai ke PetaNg, last2 Hujan turun lewat petaNg....team awokbola tewas di Sparuh akhir dan hnya dapat no3.....

Pasukan 2007

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yanG tau kan????awokbola dipanggil utk menjalani latihan bagi mewakili IPG Malaysia bagi SIPMA 2007 (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia)....Sukan terbesar selepas SUKMA...satu pencapaian yang tidak pernah diimpikan.Aksi awokbola di SIPMA tidak begitu membanggakan namun pengalamaN itu tidak bernilai dgn wanG ringgit.


Pasukan BOLA SEPAK IPGM ke SIPMA 2007


2008:
IPSUM FC tertubuh...(singkatan pd Ins. Perguruan SUlta Mizan)..dipelopori oleh PG, Bok, Amir, Puma, awokbola, Manje dan Boy dan beberapa org lagi yang saling membantu perjalanan IPSUM FC ini....Ikhlas awokola katakan, inilah tahun paling CEMERLANG buat kami sebab berjaya bergelar JOHAN KAGUM KEBANGSAAN 2008, tersenarai dalam Top 10 pasukan Futsal Negeri Terengganu dan bergelar NAIB JOHAN Futsal KOSMo Zon Utara dan byk lagi kejayaan yg diraih dalam kejohanan yg disertai. (Klik Senarai pencapaian 2008)

Juara KAGUM 2008

GEnerasi awal IPSUM FC

2009:
Rentak cemerlang diteruskan lagi. Aksi tahun 2009 bertukar ke tengah Panas kembaLi....IPSUM kembali ke padang selepas setahun bertarung digelanggang. IPSUM FC bergelar JOHAN Piala YDP Besut Buat kali pertama dalam sejarah penubuhan IPGKSM. namun,rentak cemerlang ni tidak dapat diteruskan dalam KAGUM kebangsaan 2009. IPGKSM gagal mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak IPGKSM...Bak kata SEPAH, barang yang lama jGn dikenanG.



2010:
IPSUM FC kehilangan 2 tonggak utama iaitu Pg dan BOk yang telah tamat pengajian mereka...
insan inilah menjadi tulang belakang IPSUM FC dan menguruskan IPSUM FC sejak 2008...
Satu sejarah tercipta lagi apabila IPSUM FC berjaya melangkah sehingga ke Pusingan ke-5 dalam Kejohanan Futsal Harian Metro Zon Selatan dan menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik...Tahun ni merupakan Tahun Suram bg seluruh IPG bila KAGUM tidak diadakan....
Patah tumbuh hilang berganti, IPSUM FC menerima 2 muka baru bg memperkuat kembali pasukan. AHmad ( berasal dr Sabah dan pernah bermain mewakili Malaysia bg MANCHESTER CUP) dan Fakhri dan Cekeli (Aizat)


Perbelanjaan ditanggung oleh Bob dan Pg sbb die dah Kije


2011:
2 lagi tulang belakaNG IPSUM FC pergi tahun ini iaitu amir dan Puma. Kini, hanya tinggal 3 org sahaja lagi pelopor IPSUM FC dalam pasukan. Bagi memperkuat pasukan, IPSUM merekrut 2 muka baru iaitu fathi (kembar kpd Fakhri) dan Panjang (zafuan)....Tak banyak kejayaan di capai tahun ni cuma JOHAN Liga sukaN utk Semua Parlimen Besut, S/akhir Futsal Piala MB Terengganu 2011 dan Ke5 Kejohanan Varsiti Futsal IPT Kebangsaan 2011.


4 Pemain di barisan belakanG akan Tamat pengajiaaN Tahun nie




24/9/11: 5 tahun dlu, awokbola datang ke padang IPG Kota Bharu sebagai Pemain dan Tahun ni hadirnya awokbola ke medan yang sama buat kali terakhir sebagaI Pengurus pasukan. hanya mampu melihat rakan2 dan adik2 berjuang utk IPG terchenta....

2012: ???????????????

semoga adik2 meneruskan legasi kegemilangan yang telah diciptakan oleh generasi terdahulu. Pesanan awokbola pd adik2 penerus legasi ini, IPKSM dikenali sebagai Kuasa Besar Bola Sepak IPG dan janganlah gelaran tradisi itu pudar sampai bila-bila....

Friday, August 5, 2011

TragedI malaM RamadHan

Tatkala umat islam lain gembira menyambut kedatangan ramadhan, ade insan yang berduka dengan kehadiran ramadhan kali ini. pada malam 1 ramadhan yg lalu iaitu pada hari ahad,31julai 2011, awokbola menerima khabar duka pabila seorang sahabat awokbola di zaman persekolahan,MOHD SYAFIQ BIN MOHD terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta iswara dan sebuah waja di GoNg balai, Marang, terengganu. Lebih mendukacitakan, sahabat awokbola kini masih lg koma dan ditempatkan di ICU Hospital Permaisuri NorZahirah, terengganu.

semalam,awokbola sempat melawat beliau dan keadaan beliau sungguh menyayat hati. seorang sahabat yg boleh dikatakan genius dan baik terpaksa menerima dugaan seberat ini. Menurut umi beliau, beliau sudah menunjukkan tanda2 positif untuk sedar dan memberikan reaksi pada bacaan al-quran yang dialunkan oleh uminya dengan menggerakkan bibirnya.

dan pagi ini,berita yg baru di terima drpd kakaknya, beliau sudah mulai sedar.

Syafiq dh sedar tp dalam keadaan lemah. Anak mata hitam dh mula bergerak kiri dan ke kanan. Tangan di ikat supaya wayar2 xtercabut. Plastik putih dlm mulut dia cuba keluarkan myb x selesa


Awokbola mendoakan agar beliau diberikan kekuatan utk sedar daripada koma dan menerima ketentuan illahi ini. sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


Pesanan drpd awokbola buat diri sendiri dan semua pengguna Jalan raya:


Berhati-hatilah di jalan raya

Kemalangan bukan melibatkan kita sahaja yang cedera TETAPI insan yang tidak bersalah akan turut menerima PADAHNYA

KELAJUAN PASTI MEMBUNUH

BERITA DI SINAR HARIAN: SINI





SUMBER GAMBAR: SINI

Wednesday, July 13, 2011

Piala FA di BumI Ulul Albab



semalam, awokbola berpeluang utk melihat dgn lebih dekaT Piala kebanggaaN rakyaT Terengganu. Awokbola lebih teruja utk datang melihat sendiri piala kebanggaan itu apabila tahu bahawa MR_17 turut menyertai rombongaN itu.....MR_17 ataupUn MArzuki YussoF merupakaN Nadi kepada KejayaaN pasukaN TERENGGANU yg berjaya bergelar JUARA Piala FA dan N.Juara LIga Super 2011.

Namun, KemeriaHan sambutaN Piala Fa ni tidak semeriah yg awokbola saksikan sewaktu sambutan PIALA MALAYSIA 2001 di DUNGUN 10tahun dahulu. MungkIn di siNi, mereka lebih teruja dengan aksi PasukaN JIRAN berbanding PASUKAN NEGERI sendiri. Walaubagaimanapun, awokbola bersama blogger ALAMITERENGGANUKU, Syazwan tidak melepaskan peluang utk menyaksikan PIala KebangGaan Rakyat TErenggAnu di ASTAKA JERTEH, BESUT, TErenGGANU. Kami juga sempat merakamkan memori bersama PIALA FA terakhir sebelum Piala ini ditukarkan pd TAHUN 2012 dan juga bersama beberapa org WIRA "THe WHITES"

Buat semua pemain THE WHITES, awokbola doakan kejayaaN pasukan KITER di saingaN PIALA MALAYSIA nanti. Semoga Piala MALAYSIA kembali smula ke Bumi Darul Iman ini. SemaraK Darul Iman, SokonGan SepanjanG Zaman.


bersama Zubir IbraHim, idola zmn kecik2 dlu


-Mr_17-



Atlet SukMa Bola Baling



Piala FA & SUkMA 2011


Bersama penjarinG Gol kemenaNgan TerenGganu, Ahmad Nordin



Syazwan & NordiN
( JUARA Blog Pelancongan Terengganu vs Penjaring Gol TerenGGanu)
:. produk MEDAN JAYA, MARANG.:

Monday, June 13, 2011

TraNung NelaNg leninG...


Alhamdulilah, angka 11 membawa Tuah kepada Bumi darul Iman ini...11 Jun 2011, Terengganu berjaya menjadi JUARA piala FA setelah 11 Tahun menanTi dan rata-rata no kad pengenalan pemain terengganu adalah xxxxxx-11-xxxx....KejayaaN ini adalah usaha gigih pemaIn-pemaiN serta sokongan padu dr seluruh rakyat Terengganu. Lebih manis KejayaaN pasukan Terengganu ini dicatatkan selepas dikalahKan oleh KelaTan dengan jaringn 0-3 (ic kelantan 03) dlm sainGan Liga Super di lamaN sendiri.......Lebih manis lagi, KejayaaN ini disaksikan sendiri oleh Tuanku Mizan yg juga merupakan SulTan TerenggaNU.

TerenggaNu juga terus mendominasi Sukan MalaYsia(SUKMA) buat kali ke3 berturut-turut sehari sahaja selepas kejayaaN membawa PulanG PialA FA ke TERENGGANU....TerenggaNu menamaTkan sainGan di SUKMA dengan 30 emas dan emas ke30 disumbangkan oleh Pasukan Bola Baling Terengganu( sukan yg pertama diceburi oleh awokbola sejak dibangku sekolah). Syabas buat semua atlit TERENGGANU...

awokbola juga berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak Final Piala FA di StadiuM Bukit Jalil. Terima Kasih buat rombongan KUALA TERENGGANU RUGBY CLUB (KTRC)dan PRIVATE MYvi CLUB(PMC) kerana sudi memberi ruang utk awokbola menyertai mereka meskipun awokbola tidak menganggotai kedua-dua kelab terbabit....

suasaNa FinaL Piala Fa dari kamEra MuraH awokbOla....










Saturday, April 16, 2011

SepaRuh akHir.........SKBJ ke 3....

PasukaN bola Baling SKbJ 2011


sebelUm ini, pasukan Bola Baling perempuaN skBj gagaL untuk ke sEparuh akhir kejohanan bola baling zon Jabi kerana kekurangaN satu mata. KegagalaN itu ditebus oleh pasUkan lelaKi SKBJ apabila mereka layaK ke sepaRuH akhir selakU NAib JohaN KumpulaN A. perjuaNgan SKBJ utk ke sepaRuh akHir terpaksa ditenTukan sehingga perlawanan terakhir kumpulan apabila berjaya menamatkan perlawanan itu dengan jaringan 1 berbalas 0. berikut merupakan keputusan pasukan SKBJ lelaki dlm kejohanaN ini:

SK Kg Batu Tok Dor vs SKBJ : 1-1
SKBJ vs SK Tok Dor : 2-1
SK KerandaNG vs SKBJ : 4-4
SKBJ vS SK KUala Kubang : 4-1 ( sk kuala Kubang merupakan JOHAN kejohanan)
SKBJ vS SK Tempinis : 1-0

Dengan keputusan 3 menang dan 2 seri, SKBJ layak ke sepaRuh akhir selaku N.johaN kumpulan A menentanG Johan kumpulan B, SK APal. Ternyata SKBJ bukan tandingan Sk Apal apabila anak didik jurulatih TerenggaNu, Cikgu Fauzi membenam cabaran SKBJ dengan jaringan 5-1. Pada perlawanan Akhir, SK Apal bertemu dengan SK KUala KubaNG dan perlawanan berpihak kpd SK Kuala KUbang. ( SK kuala Kubang tewas kpd SKBJ tueeeeee)....

Panorama sepajang kejohanaN:

PenyoKOng Setia SKbJ


PerlawanaN pertaMa SKBJ
1-1

semaNgat kesuKanan Perlu disemai dr akar umbI


sape KentUt angkaT tanGan.....


Selepas MenjarinGkan Gol keempaT menentaNG SK KUala KubaNg
(4-1)

MenenTang SK Tempinis
1-0


InilaH perlawanaN yang membenaM CabaraN SKBJ pada kali ini....


Wednesday, April 13, 2011

SenTuhaN PertaMA yG kecUndaNg

My FirsT TEaM


13/4/2011 menjadi sejaraH baru dalaM kehidupaN awokbola. Hari ini, awokbola berkecimpuNg kembali dalam arena Bola Baling yg telah sekiaN lama DitiNggalkan...Awokbola n De GenG berpeluang membanTu guru-guru Sk BukiT jerOk untuk membenTuk pasUkan BOla BalinG SKBJ bagi Tahun 2011. Sedikit sebanyak ilmu kejurulatihan ini di kongsi oleh guru berpengalaman, Cikgu JUnaIdi, CikGu waN aZiz dan ramai Lagi. IlMu sebegiNi sukar utk dipelajaRi dan cikGu-cikGu di sini tidak lokek utK berkonGsi pengalamaN dengan bakal-bakal Guru seperTi kaMi.

Kejohanan Bola Baling Zon Jabi 2011 telah diadakan pada 13-14/4/2011 di SK KG BAru Tok Dor. pada hari ini, hanya kategori perempuan sahaja berlangsung dan esok,kategori lelaki akan berlangsung pula dan di jangka saingan yang lebih sengit daripada pasukan yg bertanding.....

Berikut kepUtusaN Pasukan Bola BalinG Perempuan SKbJ:

1. SKBJ VS SK Kuala Kubang ( 2-1)
2.SK TEmpinis vs SKBJ (8-0)
3.SKBJ vs SK Tok Dor (3-0)
4. SKBJ VS SK Bukit Tempurung ( 3-6)
5. SK Oh vs SKBJ (4-0)

dengan keputusan 3 menang dan 2 kalaH, awokbola berpuashati dengan pencapaian pasukan SKBJ yg dibentuk dalam masa tidak smpi seminGGu. Pencapaian hari ini akan menjadi kayu pengukur utk awokbola lebih maju pada masa hadapaN.

BarisaN jurulaTih SkbJ


Ade Gaya CoacH x????


SesI pemaNas badaN


SemanGat CiKGu JUnaidI menjaDi naDi SKBJ


GeraKan Maut dr SKbJ

teKun menimBa ilMu dr cikGu JunaIdi



ReaKsi BerbeZa..ahahhaha

BincaNg tekTikaL ke nI?????