memorY 2008

Sunday, August 22, 2010

TamatLah ePisod 2- "Sir RemY" the MoVie


19 Ogos 2010 menjadi hari terakHir aku bergelar CikGu bagi taHun Ini...banyak pengalaman dan Ilmu yang aku timba sepanjang 2 Bulan ini.. Setelah 2 kali menjalani praktikum, jiwa seorang guru mulai meresap dalam Jiwa aKu nie...kalau dlu aku masuk maktaB tanpa Jiwa seorang guru tapI kinI aku Bangga Menjadi bakal Guru.

Setelah selesai praktikum kali ini, aku sedari byk lagi kelemahan diri yang perlu dibaiki untuk menjadi Guru yang berkualiti. Kelemahan ketara yang perlu diperbaiki ialah emosi dan psikologi kanak2. Ilmu itu perlu didalami sepenuhnya agar tindak tandukku selepas ini tidak dipengaruhi oleh emosi dan bertindak secara profesional dalam keputusan yang di Buat.

Sekolah Kebangsaan Kg Raja menjadi medan latihanku yang menyediakan pengalaman yang menarik serta murid yang berpotensi untuk cemerlang di masa hadapan. semoga pada tahun mendatang, aku menjadi semakin matang dalam bidang ini agar niat suci ini mendapat balasan daripadaNYA.






















Monday, August 9, 2010

SalaM RamadHan 1431H


Dengan penuh insaf dan mensyukuri segala nikmat pemberiaan Illahi kepada Kami selama Ini, awokbola mengucapkan Selamat Menjalani Bulan Ramadhan yang mana permulaannya RAHMAT, PertengahannYa PENGAMPUNAN dan di akhirnya PEMBEBASAN drpd api neraka.

Semoga ramadhan tahun ini memberi kelainan daripada ramadhan sebelum ini dan mendidik hati kita untuk terus bertaqwa dan memperhambakan diri untukNya. InsyaALLAh.

Tuesday, August 3, 2010

Piala Dato Hj Wan Zakaria Bin Abd Rahman 2010


Ipsum Fc telah menghantar 2 pasukan iaitu IpsuM Fc A dan IPSUM FC B bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kuala Besut 2010 bagi merebut Piala Dato Hj Wan Zakaria Bin Abd Rahman. Kejohanan ini bertempat di Padang Bola Sepak Teluk Bayu pada 29-31 Julai 2010.

Pada kejohanan ini, IPSUM FC menampilkan muka-muka baru dalam usaha mendedahkan pemain-pemain baru dengan "gaya bola sepak tempatan" yang sedikit lasak dan memerlukan tahap fizikal yang tinggi. Pendedahan ini juga sebagai langkah awal bagi IPSUM FC untuk kehilangan 4 lagi tonggak yang akan menamatkan pengajian pada penghujung tahun ini.

IPSUM FC B gagal mara ke pusingan seterusnya kerana hanya mengumpul 3 mata daripada 3 perlawanan. Namun begitu, IPsum Fc A berjaya menggodol tempat Kedua dalam kejohanan ini dan membawa pulang wang tunai RM600 berserta Piala Iringan. IpsuM Fc A tewas dalam perlawanan akhir kepada KG Raja Fc dengan jaringan 1 gol berbalas kosong.

Kejohanan ini adalah kejohanan pertama yang disertai oleh IPSUM FC buat tahun ini dan kejayaan merangkul tempat ke2 ini ditujukan khas buat Amirshah sempena hari kelahirannya yang ke23 pada 1 Ogos 2010.

Berikut merupakan aksi sepanjang 3 hari kejohanan:


.:IPSUM FC A:.


Percaturan Mantap antara Resipi kejayaan
selama ini












antara muka baru Yang membuat penampilan
sulung Buat IPSUM FC

<:4 TonggaK yang akan meninGgalkan IPsuM Fc:>


p/s: IPSUM FC merayu kpd "makcik" agar mengurangkan karenah birokrasi supaya kami mudah untuk menyertai mana-mana kejohanan. Kami sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi kejohanan dalam jajahan ini untuk MINAT kami, HOBI kami tapi deMI INSTITUT kami....