memorY 2008
Wednesday, February 24, 2010
SeNgIt dan MendebArkan....
Perlawanan ketiga bagi KasiM baba Fc ternyata sengit dan mendebarkan. Kuda Padi Fc mengegarkan gol Kasim Baba Fc pada minit ke 17 hasil kesilapaN "Casillas Cech" yang gagal menghalang hantaran lintang capT Kuda Padi.
Apek selaku kapten menjadi pencetus kebangkitan Kasim baba apabila menjaringkan gol Penyamaan pada minit 25 dan diikuti oleh Afnan pada miniT ke 30. Perlawanan berlaku sengit dan berlaku beberapa insiden kekasaran tetapi masih dalam kawalan.
Aksi-aksi sepanjang Kasim BaBa Fc menenTang Kuda Padi Fc
Friday, February 12, 2010
Saya Bangga Menjadi Guru.www.pewarna.com
Seorang anak kecil bertanya pada ibunya yg merupakan seorang guru biasa di sebuah sekolah biasa. Anak kecil itu bertanya pada ibunya, "Ibu, susah ke untuk mengajar dan menjadi seorang guru?". Ibu itu terdiam mendengar pertanyaan yang keluar daripada anaknya itu dan berkata dalam hatinya, "terima kasih Allah kerana mengurniakan anak yang pandai berfikir". Si anak itu merengek meminta jawapan daripada ibunya. Lantas ibunya menjawab, "anakku, untuk mengajar tidaklah sukar untuk mereka yang tidak menghayati erti seorang GURU tetaPi amat sukar untuk bergelar seorang GURU bagi mereka yang faham dan hayati erti insan GURU.
Si anak masih tidak puas hati dengan jawapan ibunya itu,lantas bertanya lagi, "ibu, bukan ke jadi doktor lagi susah sebab perlu bedah dan ubatkan orang?" Si ibu tersenyum dengan pertanyaan anaknya itu.
"Amin, tugas seorang GURU lagi susah daripada doktor. Seorang Doktor yang gagal dalam pembedahan hanya akan membunuh SEORANG pesakit sahaja. Tetapi kalau seorang GURU macam ibu ni gagal mendidik, 'kami' akan membunuh SATU generasi. Amin faham tak ?"jelas si ibu dengan penuh kasih sayang
"Ibu, mulianya kerja ibu sebagai seorang GURU.Suatu hari nanti, Amin pun nak jadi seorang GURU macam ibu sebab Amin tak nak membunuh SATU generasi dan Amin bangga jadi GURU.
Tuesday, February 9, 2010
AzaN dan Bola SepaK..
Atas dasar sahabat seagama, awokbola ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang kebesaran seruan azan serta pentingnya untuk kita menghayati azan walaupun kita sedang melakukan pekerjaan ketika azan dilaungkan
Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”
Oleh itu, hormatilah azan dan hayati bait-bait kalimah azan itu dengan penuh tawaduk. berhentilah seketika jika azan dilaungkan ketika kita sedang bermain atau melakukan sebarang pekerjaan.
p/s : :: Sedikit Yang Mengingatkan Lebih Baik DARI Banyak Yang Melalaikan ::
Monday, February 1, 2010
Kasim Baba di PuncaK
Man oF the Match......*kapten tue..*
Pada perlawanan ke2, Kasim Baba Fc berjaya mendahului kumpulan A apabila menang 4-2 menentang All Reject Fc (PPismP sem2). Sepakan penalti yg disempurnakan oleh Apek pada minit awal permainan ternyata menyuntik semangat pemain2 kasim baba untuk mencipta kemenangan pertama musim ini. Gol2 Kasim baba disumbangkan oleh
1. apek (2 gol)
2. BiskUt (1 gol)
3. Raja ( 1gol)
Subscribe to:
Posts (Atom)