memorY 2008

Thursday, December 31, 2009

It's Better thAn beFore...

Esok merupakan hari pertama di tahun baru. Di setiap awal tahun pasti kedengaran mengenai azam serta semangat baru untuk menempuh ranjau dan onak sepanjang tahun berkenaan. Apapun azam rakan-rakan sekalian, semoga azam itu terlaksana dan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Sempena tahun baru dan lembaran baru ini, awokbola ingin mencoretkan beberapa harapan dan impian sepanjang tahun 2010 ini. Harapan utama semestinya berkaitan arena bola sepak dan futsal IPgMKsM. Perginya 2 orang "ayam tambatan" pasti dirasai oleh rakan sepasukan dan pastinya sukar untuk mencari pengganti yang sesuai bagi memikul tugas mereka. Buat rakan-rakan sepasukan, marilah kita sama-sama mempertahankan Piala yang kita julang sebelum ini dan memburu piala yang terlepas daripada buruan kita pada tahun 2010.


Piala YDP Besut 2009

.:patah tumpuh hilang berganti:.


Buat Pismp Math sem5, semoga tahun ini membawa lebih keceriaan kepada kita semua dan berusaha untuk mendapat kecemerlangan akademik. Pastinya, tahun ini akan menjanjikan pengalaman baru buat kita semua kerana kita akan memperoleh lesen "P" dalam pendidikan. (praktikum).


Buat sahabat yang mengenali diri ini, semoga kalian sentiasa berada dibawah nauganNya serta memperoleh kejayaan yang impikan dan semoga tahun 2010 ini membawa lebih nostalgia bagi mematangkan diri kita sebagai seorang hambaNya yang tabah.




Buat GRADUAN PISmk-OUm, selamat menjalankan tugas sebagai guru dan semoga kalian menjadi guru yang baik untuk murid kalian. Walau di mana kalian ditempatkan, tabur dan semailah budi dan bakti kerana kalian akan beroleh hasil yang baik dan pulangan yang lumayan di SANA kelak. Buat peyuh, afik lah, kuwang, alep, ietho, tok mad dan sesiapa yang akan ke sabah dan sarawak, semoga kalian dapat membiasakan diri dengan suasana baru dan sesungguhnya tiap2 kesulitan itu pasti disertakan kemudahan.


Saturday, December 26, 2009

mImpI bawa KHabaR???

:.Kau sahabaT, Kau Teman.:

Malam tadi, aku bermimpi mengenai seorang sahabat lamaku. Sudah lama sebenarnya aku tidak mendengar khabar daripadanya, mungkin sengaja untuk tidak mendengar khabar. Kali terakhir bertemu ngn kawan aku ni, akhir tahun 2005 iaitu setelah tamat SPM2005. Mungkin takdir menyatakan perkenalan kami singkat saje,hanya di alam persekolahan. Sejak kali terakhir bertemu untuk jamuan perpisahan 4 tahun dulu, baru malam tadi aku bertemu dengannya. Pertemuan kami ditakdirkan di alam fantasi, MIMPI...aku mimpi yang kawanku ini datang untuk memberitahu sesuatu tetapi aku kurang jelas akan maksudnya. Sebenarnya, dia juga pernah hadir dalam mimpiku sewaktu dia akan "BERLAYAR" jauh...apapun Perkhabaran yg ingin dia sampaikan padaku, aku doakan kawan aku bahagia dan selamat dunia dan akhirat bersama insan tersayaNg. Buat TEMAN, terima kasih untuk sebuah persahabatan dan erti kehidupan. Kehidupan kita sudah ditentukaN olehnya maka hanya redha dan pasrah mengiringi KeTENTuaN ILLAHI itu...

.:Sebuah kenaNgan,Erti kehidupan:.

korang slalu ke mimpi sesuatu mcm ni????klu pernah, ade x mimpi korang seperti yg kat bawah ni :


Mimpi diberi anak : Akan mendapat harta.
Mimpi berkelahi dengan seseorang tapi kalah : Akan mendapat malu.
Mimpi berjalan sangat jauh : Akan mendapatkan umur panjang.
Mimpi bertemu guru : Akan mendapat kurniaan.
Mimpi menjadi hakim : Akan memperoleh kedudukan yang tinggi.
Mimpi melihat hujan yang sangat lebat : Akan sakit.
Mimpi melalui jembatan : Petanda darjat atau pangkat kita dinaikkan.

sumber: DI SINI

rahsia mimpi ini mungkin benar dan mungkin rekaan. Kita tidak harus percaya seratus peratus kerana mimpi itu mainan syaitan,akan tetapi sesetengah mimpi itu adalah satu perkhabaran untuk kita..Percaya atau tidak, hanya anda sahaja yang dapat tentukannya.


sahabat Dunia aKhirat....

Tuesday, December 22, 2009

WarkaH Buat Bakal Guru

Barisan bakal guru 2010..

Mulai semalam, 21/12/09, abang2 dan kakak2 PISMK-oum mula tahu akan halatuju mereka pada masa mendatang. mereka mulai tahu negeri yg bakal mereka berhijrah dan ada juga yang masih menetap di tanah tumpah air mereka. Walaupun di mana mereka akan ditempatkan, ak ucapkan selamat bertugas dan semoga menjadi pendidik yang berkaliber dan sentiasa berbakti pada anak bangsa.

di sini ak ingin berkongsi kepada kalian yang bakal bergelar guru pada 4hb nanti..Nukilan Al-imam hujjatul islam al ghazali r.a dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah;bertajuk ADAB-ADAB SEORANG GURU.

  1. ihtimal (sabar menempuhi kesusahan)
  2. lambat marah
  3. meninggalkan bergurau dan main-main
  4. kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan murid yang lemah
  5. tidak memarahi murid yang lemah serta membimbingnya
  6. tidak malu dengan perkataan "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak difahami)
  7. menerima pandangan dan idea yang disampaikan kepadanya
  8. memberi perhatian pada soalan murid dan menjawabnya dengan penuh hemah.
  9. memilih tawadu' iaitu merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai
semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua yang bakal bergelar seorang GURU.Buat semua abang2 dan kakak2 PISMK_OUM, kalian penanda aras bagi PRODUK keluaran IPGM, semoga kalian berjaya membuktikan pada warga pendidik bahawa IPGM berjaya menghasilkan guru yang berkualiti yang sanggup bekerjasama dan KERJA SAMA-SAMA dengan warga sekolah. Selamat bergelar Guru dan selamat bertugas.

...kalian penentu generasi masa hadapan...



:.seorang doktor yang silap dalam pembedahan akan membunuh seorang pesakit.:
akan tetapi
.:seorang guru yang silap mendidik akan membunuh SATU generasi:.

Friday, December 18, 2009

Sejadah Di awaL muhharam

sejadah baca al-quran????kita baca x???


Hari ni ak nk kongsi sket gmbr yg ak jumpa kt facebook. Gmbr pasal aksi menarik sejadah, yang sebelum ini heboh tentang sejadah berdiri la, sejadah berjemaah la...sejadah yg aku nk tunjuk ni lagi canggih drpd yg dilaporkan di media


siap layan facebook ag...


air baik untuk kesihatan


kebersihan sebahagian daripada IMAN...

Apabila kita digemparkan dengan aksi2 yang pelik, kita akan berkumpul beramai-ramai untuk melihat aksi itu tanpa kita lihat daripada sudut yang tersembunyi..Jika aksi sejadah berdiri itu hadir dengan kehendak Allah, mengapa kita tidak ambil petanda itu untuk berubah. Jika itu rekaan manusia, mengapa mereka merekakan kejadian itu..Yang pasti, tidak lain dan tidak bukan untuk kita semua berada di landasan yang tepat

Sempena Maal-hijrah ini, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa lampau agar kita lebih matang di kemudian hari. Jadikanlah Tahun yang mendatang ini lebih baik daripada tahun yg sebelumnya. Salam maal-Hijrah 1431H daripada awokbola ipgmksm....



Tuesday, December 15, 2009

Road To PenaNg 2009

Di pentas yang sama pada tahun 2000, ak menjadi pemain hoki dan kini 12/12/10 ak kembali untuk membantu sahabat2ku dalam Pesta Hoki USM-InternationaL oPen 2009. 9 tahun adalah tempoh yang lama untuk mengembalikan semula minat yg terpendam. Jika tidak kerana erti persahabatan, aku tidak akan lagi bermain untuk sukan yg pernah ak cintai ini suatu masa dahulu.

Mengimbau nostalGia Silam 2000




Kini, 2009 aku kembali.......pada 12/12/10 aku dan pasukan Hoki Putera Mizan menyertai Pesta Hoki Usm-InterNationaL Open 2009 di Usm Penang. Kami melangkah ke Pusingan Ke2 setelah menjadi N.johan kumpulan G. Pada pusingan Ke2, kami tewas tipis 1-0 kepada Pasukan yg berpengkalan di pulau pinang iaitu SSOB. Pengalaman yang di timba akan digunakan pada masa hadapan untuk mencipta kejayaan pada kejohanan yang mendatang.

Buat team hoki, kami di awokbola bukan ingin mendabik dada namun sekadar berkongsi pendapat agar kita sama-sama mencipta kejayaan untuk Institut tercinta. Untuk berjaya, kita perlulah memberi KOMITMEN yang sepatutnya kepada pasukan. Di samping itu, semangat berpasukan perlu ada untuk permainan berkumpulan seperti bola sepak dan hoki ini agar kita kuat sebagai satu PASUKAN bukan sebagai seorang bintang. Di sini, aku sampaikan azimat Cik Yazit sepanjang beliau bersama kami " FITNESS tidak di JUAL di mana-mana..Sila cari SENDIRI"...moga perkongsiaan ini dapat membawa kita semua ke merCu kejayaan. Buat pasukan PUTERA MIZAN, aku ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi memberi peluang kepada aku untuk membantu kalian. Kalian memang sebuah pasukan yang kuat dan bakal mencipta sejarah suatu hari nanti.

PanoraMA Pesta HOki USm-International Open 2009


Penginapan kami di S.Petani...

bersama pegawai institut...


azam, ko g angkat barang nanti tau...


...yeLLow Fighters...


xde position laen ke nak bagi...


..."bertukar''....

duduk betol2 la...."kate abg pengadil"


<:lawatan sambil berMain:>

malaNg xberbaU....
.:wallet jadi santapan pencuri:.


thanks untuk laporan RM2 nie...

Selamat Tinggal P.Pinang...

Friday, December 4, 2009

BahayaKah Rokok......


Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktar. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah teko *bukan susu cap teko* (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya dan menggosok2kan teko tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong teko tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan iaitu seekor jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,dr Jon Sumawan,''Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa diseluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A,dr Jon Sumawan

Berkata si B,dr Jon Walker''Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B,dr Jon Walker.

Berkata pula si C,dr Jon Kretek "'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C,dr Jon Kretek.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Kesimpulannya yang jelas ialah Rokok tidak membahaya tanpa mancis atau pemetik api.

kesimpulan yang tidak jelas ialah janganlah merokok, minum arak dan berzina kerana islam mengharamkannya...