memorY 2008

Thursday, April 22, 2010

CikGU ke aKu..???


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


DAN HaRI INI aKu Guru PrakTIkUM....

Pejam celik,pejam dan celik lagi, dah di semester 5 aku sebenarnya. Sudah tiba masanya untuk aku dan kawan2 lain merasai pengalaman jd cikgu atau teacher/ sir dokpun jadi ustaz or ustazah. Paling2 cikai pn jadi sifu r pada bdk2 di sKoloh.

Pada pikiran mereka yg bukan golongan cikgu dan bakal cikgu mungkin mudah tapi hakikat sebenarnya lebih susah dr membina burj khalifah di dubai. Pembinaan Burj Khalifa hanya memerlukan perancangan yg rapi dan pelaksanaanya akan mengikut perancangan yg dibuat. TETAPI seorang guru juga memerlukan perancangan tapi pelaksanaannya kadang2 jauh tersasar dr perancangan yg dibuat. Bak kata pepatah " seorang doktor yang silap membedah pesakit hanya akan MEMBUNUH pesakit itu sahaj akan tetapi seorang GURU yang SALAH mendidik akan merosakkan SATU generasi itu".

Kini sampai masanya untuk aku merasai sendiri pengalaman menjadi cikgu di Skoloh KebangsaaN amer. Sebulan di sana kurasakan seperti sehari sahaja. Banyak pengalaman yg aku timba drpd praktikum fasa 1 ini. Dan yang paling penting, aku dapat rasakan kembali perasaan yg cikgu aku rasai sewaktu mengajar murid nakal sepertiku suatu masa dahulu.

Buat cikGu yang pernah mendidik dan mengasuhku drpd Pasti, skoloh Kebangsaan Sultan Omar, SMK (a) Kuala Abang dan hinggalah di IpG tercinta nie, aku memohon ampun dan maaf andai diri ini nakal sewaktu pengajaranMu dahulu. Terima Kasih cikgu atas jasa yg kalian taburkan untuk ak dan aku janji akan meneruskan legasi kalian apabila aku melangkah ke arena perguruan 2012 nanti. Insyaallah.

Aku ingin kongsi nostalgiaku sepanjang sebulan bergelar CIKGU...



mekaseh yer bg cikgU adiah nie...


Guru pembimbing yg banyak mengajar kami...




saper nk jawab soklan cikgu, angkat tangan...


..ikut cikgu buat nie..


.:4B, nakal kamu mengubat duka:.


:>5A,Riang Kamu menambah Ceria<:





Friday, April 9, 2010

LambUngaN oMbak memBelaH panTAi


27 march 2010 menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. Peristiwa dilambung ombak besar hingga aku dan kawan2 yang menyertai Program Rekreasi Matematik 2010, Ekspedisi Berkayak ke Pulau Rhu tercampak daripada bot yang kami naiki.

Dengan kuasa Allah, kami semua selamat daripada sebarang musibah. Aspek keselamatan yang ditekankan oleh moderator program, Encik Asri ternyata menyelamatkan kami. Terima kasih buat semua pensyarah yang terlibat dalam program rekreasi ini, encik, lokman, tuan haji hassan, encik rosaimi dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini walaupun kami berdepan peristiwa genting dalam program ini. Panorama sepanjang aktiviti ini berlangsung :