memorY 2008

Friday, October 29, 2010

SayonaRA AnaK suloNg BPG

Salam Perpisahan Buat PismP Januari 2007


DULU...

masa kami (sem6) mula-mula masuk cni, mereka (sem8 kini) "buli" kami,
masa kami wat silap sikit, mereka panggil kami dalam bilik Tb,
masa kami wat xkenal diorg, mereka suruh kami mtk sign bilik ke bilik,
masa kami relaks sket, mereka bagi kami kije,
masa kami wat persembahan, mereka sorak kami ramai-ramai,
masa kami main bola, mesti ade gaduh2 ngn mereka,

Tapi...
kenapa semua itu......???????
Sebabnyer...

Mereka "buli" kami sbb mereka Gembira menerima kami di sini
mereka panggil kami sebab tak mahu kami terus buat silap
mereka suruh kami mtk sign sbb nak kami kenal mereka dan hidup tanpa sengketa
mereka bagi kami kije sebab mereka nak kami mewarisi mereka pabila mereka tiada nanti
mereka sorak kami sbb mereka bagi kami sokongan


KINI....MEREKA dah nak tinggalkan kami. MEREKA dah nk jadi Cikgu..MEREKA akan bimbing anak bangsa. MEREKA akan menjadi sebahagian drpd pemacu kejayaan negara.

Buat Kawan-kawan Sem 8, perkenalan kita di sini pasti memberi kenangan yang indah. Suka duka yang kita alami di sini pasti memahat memori indah buat tatapan di hari tua. KAMI ( PISMP sem6 2010) mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar yang kalian berikan pada KAMI selama ini. KAMI juga memohon maaf pada kalian andai ada yang terguris hati, yang termakan hati dan terlanjur bicara. sesungguhnya kalian telah menjadi ABANG dan KAKAK yang baik pada KAMI. KAMI doakan kalian berjaya dalam arena yang sama-sama kita tuju ini.

SELAMAT MAJU JAYA.



merekalah Peminat No1 IPSUM Fc



mereka sering meraikan kejohanan ytang diadakan



Mereka antara NADi IPsuM Fc selama Ini....

Monday, October 25, 2010

Dlu IPSUM FC..kini MUALij HC..


Tahun lalu, IPSUM FC menjadi JOHAN bagi Kejohanan Hoki Piala Tuan Haji Othman Edisi Ke3. Meskipun gah selaku pasukan futsal IPG, IPSUM FC tetap memahat nama selaku JOhan kejohanan ini dan rata-rata di antara kami tiada asas dalam permainan hoki ini terutamanya BOB. Walaubagaimanapun, ini cerita
2009 dan kini 2010.

Tahun ini, IPSUM FC tidak menghantar pasukan dalam kejohanan ini dan pemain2 kami kembali ke pasukan asal masing2 kecuali "BULU" aka wan mael..ahahha...Manje, boy dan amirshah di lamar untuk menyarung jersi pasukan hoki IPG bagi kategori Terbuka lelaki setelah prestasi mereka tahun lepas memberangsangkan. Aku plk kembali ke Team kelas aku selepas belot tahun lepas.

Kejohanan edisi kali ini menampilkan kelainan berbanding edisi sebelumnya kerana pada tahun ini penganjur telah menambah satu kategori iaitu Kategori TERBUKA lelaki yang menampilkan pemain-pemain dari luar IPG seperti IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, TUDM, Unisza dan banyak lagi.

Tahun 2009 aku bersama IPSUM FC dan tahun ini aku beraksi bersama MUAliJ Hc ( pismp math sem6). Setelah berpenat lelah seharian, akhirnya MualiJ Hc hanya mampu untuk bergelar "JOhan Tempat ke4"...Syabas buat my teammate yang sungguh-sungguh main semalam. Tahniah juga buat penganjur atas penganjuran yang meriah pada kali ini.

p/s: sama2 kita renungkan...Kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan...


jadi coach plk...team ni Johan Wanita







Friday, October 15, 2010

KeraNa Bola...kaMI berteMu dan kerana Bola Kami berpIsah



Alhamdulillah Kejohanan Bola Sepak 3 Penjuru berjalan lancar semalam. Ketiga-tiga IPG menghantar skuad terbaik mereka bagi menyertai kejohanan jemputan ini yang dianjurkan sebagai PENGUBAT DUKA kerana KAGUM 2010 TIDAK BERADA DLM SENARAI AKTIVITI BPG TAhun ini....(bukan nk kondem mana2 pihak tapi MAJULAH SukAN Utk NEGARA)

Kejohanan ini bukan bermatlamatkan kemenangan tetapi atas dasar persahabatan antara pemain-pemain ketiga-tiga IPG yg pernah Bermain di bawah satu pasukan iaitu Pasukan MAJLIS SUKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (MSIPGM). Kejohanan ini juga diadakan sebagai Perlawanan Perpisahan bg PEmain-pemain Semester 8 kesemua IPG yang akan menamatkan pengajian mereka penghujung tahun ini. Buat semua pemain semester 8, Selamat Maju Jaya dan semoga bola Sepak terus bersemadi bersama kalian khususnya buat pemain IPSUM FC (kenanglah bagaimana kita bermula dr bwh utk menjadi yg terBAIK).....

Semoga Kejohanan seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan dan menjadikan hubungan sesama guru pelatih terus terjalin erat. Jgn jadikan ARENA BOLA SEPAK ini sebagai MEDAN PERANG dan PERMUSUHAN....Buat semua yang memberi sumbangan hadiah, Terima Kasih kami ucapkan dan tidak lupa juga buat semua crew2 teknikal serta semua yang menjayakan kejohanan ini.....

Aksi-aksi wira-wira IPG:

Perlawanan Pembukaan IPGKKB VS IPSUM (0-0)




Perlawanan Kedua : IPGKDRI VS IPGKKB ( 1-0)




IPSUM VS IPGKDRI ( 2-0)





AKSI-aksi Luar PadaNG



"ZaquaN" masuk Maktab..hehehehe


Lari-lari, cepat lari....


Mad, wira dlm pembikinan

Sunday, October 10, 2010

KejoHanan 3 penjuru IPG Zon Timur 2010

Satu kejohanan yang akan menghimpunkan Pemain-pemain berkaliber dr 3 IPG zon Timur iaitu IPG Kampus Sultan Mizan selaku Tuan Rumah, IPG Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Kejohanan ini adalah kejohanan alternatif dr peminat Fanatik Sukan Nombor Satu Dunia selepas KAGUM PERMAINAN 2010 masih belum berlangsung sehingga Kini.

Kejohanan ini juga sebagai pengubat duka kepada Pemain2 semester 8 ketiga-tiga IPG yg akan menamatkan pengajian mereka akhir tahun ini kerana tidak dapat menjadikan KAGUM 2010 sebagai KAGUM terakhir mereka akibat kegawatan ekonomi.

Kejohanan ini akan diadakan pada 14/10/2010 iaitu pada hari khamis. Kejohanan ini bermula pada pukul 4 petang dan akan menyajikan aksi-aksi terbaik selepas aksi Piala Dunia 2010.

JOM PAKAT MARI TENGOK BOLA BLAKE

nostAlgia 2008

Wira-wira IPSUM yang bakal Pencen Tahun Nie....

p/s: sori ye team ipkb, puas cr gmbr korg xjupe.....next tyme ade la...