memorY 2008

Thursday, December 31, 2009

It's Better thAn beFore...

Esok merupakan hari pertama di tahun baru. Di setiap awal tahun pasti kedengaran mengenai azam serta semangat baru untuk menempuh ranjau dan onak sepanjang tahun berkenaan. Apapun azam rakan-rakan sekalian, semoga azam itu terlaksana dan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Sempena tahun baru dan lembaran baru ini, awokbola ingin mencoretkan beberapa harapan dan impian sepanjang tahun 2010 ini. Harapan utama semestinya berkaitan arena bola sepak dan futsal IPgMKsM. Perginya 2 orang "ayam tambatan" pasti dirasai oleh rakan sepasukan dan pastinya sukar untuk mencari pengganti yang sesuai bagi memikul tugas mereka. Buat rakan-rakan sepasukan, marilah kita sama-sama mempertahankan Piala yang kita julang sebelum ini dan memburu piala yang terlepas daripada buruan kita pada tahun 2010.


Piala YDP Besut 2009

.:patah tumpuh hilang berganti:.


Buat Pismp Math sem5, semoga tahun ini membawa lebih keceriaan kepada kita semua dan berusaha untuk mendapat kecemerlangan akademik. Pastinya, tahun ini akan menjanjikan pengalaman baru buat kita semua kerana kita akan memperoleh lesen "P" dalam pendidikan. (praktikum).


Buat sahabat yang mengenali diri ini, semoga kalian sentiasa berada dibawah nauganNya serta memperoleh kejayaan yang impikan dan semoga tahun 2010 ini membawa lebih nostalgia bagi mematangkan diri kita sebagai seorang hambaNya yang tabah.




Buat GRADUAN PISmk-OUm, selamat menjalankan tugas sebagai guru dan semoga kalian menjadi guru yang baik untuk murid kalian. Walau di mana kalian ditempatkan, tabur dan semailah budi dan bakti kerana kalian akan beroleh hasil yang baik dan pulangan yang lumayan di SANA kelak. Buat peyuh, afik lah, kuwang, alep, ietho, tok mad dan sesiapa yang akan ke sabah dan sarawak, semoga kalian dapat membiasakan diri dengan suasana baru dan sesungguhnya tiap2 kesulitan itu pasti disertakan kemudahan.


Saturday, December 26, 2009

mImpI bawa KHabaR???

:.Kau sahabaT, Kau Teman.:

Malam tadi, aku bermimpi mengenai seorang sahabat lamaku. Sudah lama sebenarnya aku tidak mendengar khabar daripadanya, mungkin sengaja untuk tidak mendengar khabar. Kali terakhir bertemu ngn kawan aku ni, akhir tahun 2005 iaitu setelah tamat SPM2005. Mungkin takdir menyatakan perkenalan kami singkat saje,hanya di alam persekolahan. Sejak kali terakhir bertemu untuk jamuan perpisahan 4 tahun dulu, baru malam tadi aku bertemu dengannya. Pertemuan kami ditakdirkan di alam fantasi, MIMPI...aku mimpi yang kawanku ini datang untuk memberitahu sesuatu tetapi aku kurang jelas akan maksudnya. Sebenarnya, dia juga pernah hadir dalam mimpiku sewaktu dia akan "BERLAYAR" jauh...apapun Perkhabaran yg ingin dia sampaikan padaku, aku doakan kawan aku bahagia dan selamat dunia dan akhirat bersama insan tersayaNg. Buat TEMAN, terima kasih untuk sebuah persahabatan dan erti kehidupan. Kehidupan kita sudah ditentukaN olehnya maka hanya redha dan pasrah mengiringi KeTENTuaN ILLAHI itu...

.:Sebuah kenaNgan,Erti kehidupan:.

korang slalu ke mimpi sesuatu mcm ni????klu pernah, ade x mimpi korang seperti yg kat bawah ni :


Mimpi diberi anak : Akan mendapat harta.
Mimpi berkelahi dengan seseorang tapi kalah : Akan mendapat malu.
Mimpi berjalan sangat jauh : Akan mendapatkan umur panjang.
Mimpi bertemu guru : Akan mendapat kurniaan.
Mimpi menjadi hakim : Akan memperoleh kedudukan yang tinggi.
Mimpi melihat hujan yang sangat lebat : Akan sakit.
Mimpi melalui jembatan : Petanda darjat atau pangkat kita dinaikkan.

sumber: DI SINI

rahsia mimpi ini mungkin benar dan mungkin rekaan. Kita tidak harus percaya seratus peratus kerana mimpi itu mainan syaitan,akan tetapi sesetengah mimpi itu adalah satu perkhabaran untuk kita..Percaya atau tidak, hanya anda sahaja yang dapat tentukannya.


sahabat Dunia aKhirat....

Tuesday, December 22, 2009

WarkaH Buat Bakal Guru

Barisan bakal guru 2010..

Mulai semalam, 21/12/09, abang2 dan kakak2 PISMK-oum mula tahu akan halatuju mereka pada masa mendatang. mereka mulai tahu negeri yg bakal mereka berhijrah dan ada juga yang masih menetap di tanah tumpah air mereka. Walaupun di mana mereka akan ditempatkan, ak ucapkan selamat bertugas dan semoga menjadi pendidik yang berkaliber dan sentiasa berbakti pada anak bangsa.

di sini ak ingin berkongsi kepada kalian yang bakal bergelar guru pada 4hb nanti..Nukilan Al-imam hujjatul islam al ghazali r.a dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah;bertajuk ADAB-ADAB SEORANG GURU.

  1. ihtimal (sabar menempuhi kesusahan)
  2. lambat marah
  3. meninggalkan bergurau dan main-main
  4. kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan murid yang lemah
  5. tidak memarahi murid yang lemah serta membimbingnya
  6. tidak malu dengan perkataan "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak difahami)
  7. menerima pandangan dan idea yang disampaikan kepadanya
  8. memberi perhatian pada soalan murid dan menjawabnya dengan penuh hemah.
  9. memilih tawadu' iaitu merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai
semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua yang bakal bergelar seorang GURU.Buat semua abang2 dan kakak2 PISMK_OUM, kalian penanda aras bagi PRODUK keluaran IPGM, semoga kalian berjaya membuktikan pada warga pendidik bahawa IPGM berjaya menghasilkan guru yang berkualiti yang sanggup bekerjasama dan KERJA SAMA-SAMA dengan warga sekolah. Selamat bergelar Guru dan selamat bertugas.

...kalian penentu generasi masa hadapan...



:.seorang doktor yang silap dalam pembedahan akan membunuh seorang pesakit.:
akan tetapi
.:seorang guru yang silap mendidik akan membunuh SATU generasi:.

Friday, December 18, 2009

Sejadah Di awaL muhharam

sejadah baca al-quran????kita baca x???


Hari ni ak nk kongsi sket gmbr yg ak jumpa kt facebook. Gmbr pasal aksi menarik sejadah, yang sebelum ini heboh tentang sejadah berdiri la, sejadah berjemaah la...sejadah yg aku nk tunjuk ni lagi canggih drpd yg dilaporkan di media


siap layan facebook ag...


air baik untuk kesihatan


kebersihan sebahagian daripada IMAN...

Apabila kita digemparkan dengan aksi2 yang pelik, kita akan berkumpul beramai-ramai untuk melihat aksi itu tanpa kita lihat daripada sudut yang tersembunyi..Jika aksi sejadah berdiri itu hadir dengan kehendak Allah, mengapa kita tidak ambil petanda itu untuk berubah. Jika itu rekaan manusia, mengapa mereka merekakan kejadian itu..Yang pasti, tidak lain dan tidak bukan untuk kita semua berada di landasan yang tepat

Sempena Maal-hijrah ini, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa lampau agar kita lebih matang di kemudian hari. Jadikanlah Tahun yang mendatang ini lebih baik daripada tahun yg sebelumnya. Salam maal-Hijrah 1431H daripada awokbola ipgmksm....



Tuesday, December 15, 2009

Road To PenaNg 2009

Di pentas yang sama pada tahun 2000, ak menjadi pemain hoki dan kini 12/12/10 ak kembali untuk membantu sahabat2ku dalam Pesta Hoki USM-InternationaL oPen 2009. 9 tahun adalah tempoh yang lama untuk mengembalikan semula minat yg terpendam. Jika tidak kerana erti persahabatan, aku tidak akan lagi bermain untuk sukan yg pernah ak cintai ini suatu masa dahulu.

Mengimbau nostalGia Silam 2000




Kini, 2009 aku kembali.......pada 12/12/10 aku dan pasukan Hoki Putera Mizan menyertai Pesta Hoki Usm-InterNationaL Open 2009 di Usm Penang. Kami melangkah ke Pusingan Ke2 setelah menjadi N.johan kumpulan G. Pada pusingan Ke2, kami tewas tipis 1-0 kepada Pasukan yg berpengkalan di pulau pinang iaitu SSOB. Pengalaman yang di timba akan digunakan pada masa hadapan untuk mencipta kejayaan pada kejohanan yang mendatang.

Buat team hoki, kami di awokbola bukan ingin mendabik dada namun sekadar berkongsi pendapat agar kita sama-sama mencipta kejayaan untuk Institut tercinta. Untuk berjaya, kita perlulah memberi KOMITMEN yang sepatutnya kepada pasukan. Di samping itu, semangat berpasukan perlu ada untuk permainan berkumpulan seperti bola sepak dan hoki ini agar kita kuat sebagai satu PASUKAN bukan sebagai seorang bintang. Di sini, aku sampaikan azimat Cik Yazit sepanjang beliau bersama kami " FITNESS tidak di JUAL di mana-mana..Sila cari SENDIRI"...moga perkongsiaan ini dapat membawa kita semua ke merCu kejayaan. Buat pasukan PUTERA MIZAN, aku ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi memberi peluang kepada aku untuk membantu kalian. Kalian memang sebuah pasukan yang kuat dan bakal mencipta sejarah suatu hari nanti.

PanoraMA Pesta HOki USm-International Open 2009


Penginapan kami di S.Petani...

bersama pegawai institut...


azam, ko g angkat barang nanti tau...


...yeLLow Fighters...


xde position laen ke nak bagi...


..."bertukar''....

duduk betol2 la...."kate abg pengadil"


<:lawatan sambil berMain:>

malaNg xberbaU....
.:wallet jadi santapan pencuri:.


thanks untuk laporan RM2 nie...

Selamat Tinggal P.Pinang...

Friday, December 4, 2009

BahayaKah Rokok......


Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktar. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah teko *bukan susu cap teko* (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya dan menggosok2kan teko tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong teko tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan iaitu seekor jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,dr Jon Sumawan,''Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa diseluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A,dr Jon Sumawan

Berkata si B,dr Jon Walker''Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B,dr Jon Walker.

Berkata pula si C,dr Jon Kretek "'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C,dr Jon Kretek.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Kesimpulannya yang jelas ialah Rokok tidak membahaya tanpa mancis atau pemetik api.

kesimpulan yang tidak jelas ialah janganlah merokok, minum arak dan berzina kerana islam mengharamkannya...

Thursday, November 26, 2009

syaiR si LemBu....



Jangan Persiakan Aku..

Jangan persiakan aku
kerana setiap titis darah
akan menyuling fitrah

Jangan persiakan aku
ketika nyawaku kau genggam
ujub dan takburmu kau pendam

Jangan persiakan aku
setiap anggotaku yang terbuang
sesuap rezekimu berkurang

Jangan persiakan aku
kerana matiku dengan nama Tuhanmu
maka janganlah matimu lebih hina daripadaku

Jangan persiakan aku
kerana kau harus tahu
yang berkorban itu engkau
bukannya aku!

SelamaT haRi Raya aidilaDha..semoga segaLa pengoRbanan kita diterIma OlehNya

Tuesday, November 24, 2009

Cikgu vs Lecturer???who is better?

Pensyarah Universiti dan cikgu duduk di dalam keretapi

Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan
awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5

Si cikgu terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak
pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

pensyarah: Ok macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..jika awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi
soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50

Si cikgu berfikir..

dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak b0_d0. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si
pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..

Si cikgu sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira

pensyarah:Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun

Si cikgu berfikir sejenak

Cikgu:erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapannya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak
mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi
tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si cikgu naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si cikgu. Si cikgu menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang
ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..

si pensyarah bersuara

pensyarah:..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam
ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?

Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.

Friday, November 20, 2009

PismK-oUm dalaM keNangAn





esok mungkin akan hari kali terakhir untuk ak dan kawan2 lain untuk bertemu dgN abg2 dan kakak2 pismK-oum. Tahun hadapan mereka akan melangkah ke dunia perguruan dan ak yakin mereka akan berjaya dalam kerjaya mereka nanti.

banyak kenangan yg aku dapat dan byk pengalaman yg ak timba drpd geng2 Oum ni. Perkara paling best pasal Oum ni, diorg ni memang gileR futsal. Futsal petang2 dkt court dah jadi medan utk patah kaki. Dah byk kaki yg terseliuh dkt court 2 dan aku akan rindukan saat kita ramai2 "berperang" di court 2...mula2 ak masuk mktb ni, ak takut jgk nk join geng2 oum maen futsal sbb terlalu ganaz tapi biler dh bese, seronok plk jadinye.....ak sedih bile korg dh xde taun depan sbb xkan ade lagi futsal yg "mengerikan" dekat mktb ni...

ak mengucapkan selamat posting kepada semua geng2 pismk-oum yang akan mula mengajar tahun depan. Buat peyuh, menyeh, kerol,bern, aimang, fiklah, kuwe, bobok, pg,kordi, farid dan semuanye, ak mohon ampun dan maaf jika ade ak terkutuk, termapuh, tersepak (masa maen futsal) dan mengguris hati mana2 pihak. sesungguhnye korg memang kawan yg baik dan susah nk cari pengganti korg. kongsilah ilmu dan pengalaman yg korg dapat disini bile ade di sekoloh nanti...kami di sini sentiasa rindukan kalian. Selamat maju jaya dan salam perpisahan.


sOod,tok mad, "ust.azhar, afik ite........


biler giler futsaL.....


ambik gambar 2 kali tau.....






cikgu ke anak murid ni??????


bErbahasa demi banGsa....


haraf maaf, cni perlu "cahaya" lebih kerna agak gelap....
"1 malaysia"


jaGuh bina BadaNg + peRut.....




Wednesday, November 18, 2009

2009 Gemilang..



Hari ini 18/11/09 dengan rasminya tamat sudah segala penglibatan awokbola dalam mana-mana kejohanan bagi tahun ini. Segala ranjau telah ditempuhi, suka dan duka menjadi resam kehidupan dan menang kalah adat pertandingan. Banyak nostalgia manis dan perit dilalui oleh kami, awokbola dan sebanyak itulah ukhuwah yang terjalin antara kami. Cuma salah faham dan perselisihan menjadi adat persahabatan kerana nilai sebuah persahabatan itu tidak ternilai dengan apa saja.

Di sini awokbola ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pegantin Baru kepada Hafizi yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 29/11/09 bersama pilihan hatinya, syida. Semoga jodoh kalian berpanjangan dan dimurahkan rezeki. Buat hafizi, jadilah suami yang menjadi tempat perlindungan yang sempurna bagi isteri dan jadilah ayah yang baik untuk anak-anak.

Berikut merupakan senarai kejohanan yang disertai oleh awokbola.

1.Kejohanan Futsal Terbuka REHDA, KB Futsal Arena, Kota Bharu, Kelantan.
Penjaring: Bob
Pencapaian: peringkat kumpulan

Penjaring : Bob (4), Boy (3), cekeli (1), Pink (1)
Pencapaian: N.Johan ( RM700)

Penjaring : Soya (1) *keputusan lain2 perlawanan ditentukan melalui penalti*
Pencapaian: N.Johan (RM700)
Akhbar: Kosmo,Rabu,8 april 2009

Penjaring: Manje (6), Boy (4), amir (3), Pg (2), Puma(2), Bob(2), Bulu(1). *bolos(2)*
Pencapaian: JOhan (RM600)

Penjaring: Amir(1), Manje (1)
Pencapaian : Pusingan ke2

6. KAGUM Permainan 2009, Sekolah Sukan Bandar Penawar.
Pencapaian : Suku Akhir.

Penjaring: Amir (1)
Pencapaian: kumpulan.

Pemain Kota Putera A : Pg, Cekeli
Pemain Kota Putera B: Manje, Halim, Bob, Amir
Pencapaian : Johan (Kota Putera A), N.Johan ( Kota Putera B)

Penjaring: Bob (4),Manje (2), Boy (2), Soya (1), Amir(1), Tuan(1)
Pencapaian: Johan (RM3000)


AnugeraH AwokBola 2009

SpecialOne Awards : Tuan Haji Yazit Bin Ismail.

GoldeN LecT Awards: Encik Jafri Bin Jaafar.

Kasut Emas : Bob

Tangan Emas : Halim

But Berlian : Manje

Golden Hair : Amir

OldChickeN : Pg

FairpLay : Cekeli

SupersuB : Puma

Akhir kata, kami di awokbola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan bantuan kepada kami sepanjang Tahun ini. semoga kalian masih bersama kami untuk tahun mendatang.




Kami Juara......


Pingat daN hadiaH sepanjang 2009


Thursday, November 12, 2009

biler Cita-cita terKubur


10 Tahun dulu, biler orang bertanya cita-cita aku, pasti aku jawab nk jadi Doktor, xpun pakar ortopedik...hahahahaha...padahal blajar xpndai mana pn...paper sains cukup2 makan je la...tapi kini, cita-cita 2 jadi nostalgia je...Nati biar anak2 aku yg jadi doktor r....2 tahun ag aku akan melangkah ke arena yang lebih besar drpd doktor....Meskipun ak xdpt jadi doktor, ak dapat jgk rase feel "doktor "Sbb dpt UB ( unit beruniform) BSMM....Ni aksi2 sek2 yang dulunya nk jadi doktor sampai skrg seme Jadi "DokbeTor"...


ak Mesti selamaTkan die ni....


adussss, sakit nye saya...tulun!!!!!!


ompuan pn bleH kawen 4 skarang...


BarisaN "dokBetOr".....

skali pndang mcm pemandu amBulan jer

paRah ke luka ak ni????


ade lagi peMinat M.JacksOn.....

KeraNda ke ni?????