memorY 2008

Thursday, November 26, 2009

syaiR si LemBu....



Jangan Persiakan Aku..

Jangan persiakan aku
kerana setiap titis darah
akan menyuling fitrah

Jangan persiakan aku
ketika nyawaku kau genggam
ujub dan takburmu kau pendam

Jangan persiakan aku
setiap anggotaku yang terbuang
sesuap rezekimu berkurang

Jangan persiakan aku
kerana matiku dengan nama Tuhanmu
maka janganlah matimu lebih hina daripadaku

Jangan persiakan aku
kerana kau harus tahu
yang berkorban itu engkau
bukannya aku!

SelamaT haRi Raya aidilaDha..semoga segaLa pengoRbanan kita diterIma OlehNya

No comments: