memorY 2008

Sunday, May 31, 2009

LiMa Bintang Bukan Untuk IPSUM FC

kejohanan lima bintang yang disertai oleh IPSUM FC masih tidak setanding dengan keupayaan kami. Latihan yang tidak mencukupi mungkin menjadi faktor kekalahan kami pada kejohanan kali ini. Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran kepada kami dan kita semua. Keputusan rasmi
1. IPSUM FC vs DJ Square fc 1-2
2. IPSUM FC vs ASAm KO fc 0-1

semoga kami terus berusaha untuk mencapai satu kejohanan bertaraf tinggi sebagai hadiah perpisahan untuk 2 orang pemain senior kita...

Thursday, May 28, 2009

IpsUm diundi bersama geRgasi Futsal Terengganu

Kumpulan 14
Ipsum FC
DJ Square B
Asam KO FC

berikut merupakan kumpulan di mana ipsum ditempatkan. DJSquare B merupakan salah satu gergasi Futsal di Terengganu.seMoga IPSUM berjaya mencapai kejayaan

Wednesday, May 27, 2009

Menang SokMo Fc ungguli futsal harian IPGM-KSM

kini ternyata Menang sokmo Fc memang tiada tandingan dan mengungguli futsal harian IPGM-KSM dengan menewaskan Kaloh SenTiasa FC.
MenanG sokMo fc dibarisi oleh peja,aiman,halim,manje,afiq lah.karim,farid,hadi,wan bachok,kordi,karol,syazwan,menyeh,dan ramai lagi...syabas buat menang sokmo Fc dan buat BOB,burn dan the Geng, cuba lagi untuk season akan datang...


Piala Pusingan Untuk FutsaL haRian
IPGM Kampus Sultan Mizan Sem1/2009

Saturday, May 23, 2009

KOSMO, jgn Pulaukan IPGM

Hari ni berita yang ditunggu-tunggu oleh IPSUM FC akhirnya terpampar keluar di akhbar No1 di IPGM_KSM. Namun begitu, khabar yang kurang senang yang diterima. Konsep karnival bakal berubah dan tidak meletakkan IPGM sebagai salah satu IPT yang bertanding. Sedikit kekecewaan bagi kami yang pernah bergelar N.Johan bagi Zon Utara 2008. Kami memohon agar kami menerima khabar gembira semula agar IPSUM FC akan mengegarkan arena futsal KOSMO sekali lagi. Mohon KOSMO pertimbangkan hasrat kami ini untuk konsep 1 Malaysia tersebut.



nak masuk varsiti Kosmo jgk............

Monday, May 18, 2009

DebarAn Futsal Harian mEtro

Ipsum fc dh mulakan latihan awal bagi menghadapi saingan futsal metro. sebagai persediaan kami mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan futsal KpLI yang rata-rata dibarisi bekas pemain yang pernah mewakili universiti masing-masing suatu ketika dahulu. Perlawanan berlangsung sengit dan berkesudahan 5-5. Perlawanan seterusnya adalah menentang IKBN Bachok, pasukan yang mendapat tempat ke3 dalam kejohanan futsal Sinar Harian di Pasir Puteh baru-baru ini. Semoga kami mampu menimba sedikit pengalaman bagi menghadapi saingat di Gong Badak nanti...



nukilan aBg pG 1914



setIa ngn tiaNG gol die



tiDak menyerah kalaH


kesuNGguhan pemaIn

Bila sang Rimau hilang taRing

kegagalan akan mengajar kita sebuah erti kehidupan. apabila berada di puncak kita akan dijulang bak pahlawan pulang selepas perang. namun bila kita rebah tersungkur, kita umpama sang rimau yang hilang taring dan sang Ular yang hIlang bisa. Buat saNg peGembala, kami perLukan 'cemEti" dan 'rotan" agar kami tangkas menyeRang sang heLang yaNG terbang Gah di Udara.



khaS buat saNg pengemBala........... 0100

Friday, May 15, 2009

jAsamU di KenaNg







SelaMat Hari GurU


Cikgu
akUlah YanG kaU pimpiN daHulU
melaNgKah darI TeraTak JahIL iTu
meNiTi dI titIaN ilmU

belum puAs kU meNGhirUp pengetahuan
biarpun kini mendakap kejayaan

sungguh.....tanpamu CIKGU
siapalah aku
justeru.....kata ikhlaskU

TERIMA KASIH ciKgU



Thursday, May 14, 2009

Ping Pong MemBuka lebaRAN bArU bUAT pisMp mATH sEM3

Kejohanan Ping POng TertuTup IPGM KamPus SulTan Mizan telaH diadakan pada 12 dan 13 Mei 2009 di dewaN Bendahara. Pismp mAtemaTik mengambil bahagian dan memberi saingan sengit kepada pasukan lawan. KeputusannYa:

Johan : Pismk-oum Bm
N.Johan : Pismp PJ seM 5
Ketiga: PisMp Matematik SeM 3.

berbaju BarceLona, jOhan Ping Pong

"skuaD Oren"



reGu Emas PismP maTh sEm 3



aksi MendeBarkaN???



BoLa TeRapunG di Udara


"ReGu Paling ManTap"

MajuLah sukan Untuk Negara.SukaN wadah PerpaDuan SemUa.

Monday, May 11, 2009

NosTalGia BerSaMa


SelaMat PenGantin baRU



hinGGa HujuNg Nyawa



dUn Try tHis AT hoMe



laGak Jaguh BesuT



fuTsal Or Beach sOccer



bile Kau Sudah Tiada




"The Blues"

Sunday, May 10, 2009

Saturday, May 9, 2009

Khabar duka dari Pasir Puteh,Kelantan

Kehilangan 2 tonggak yang dinyatakan pada post sebelum ini merencatkan peluang untuk IPsum Fc mara ke pusingan seterusnya. kami bermula dengan baik pada perlawanan pertama dengan jaringan selesa 2-0,hasil jaringan amirshah...Pada perlawanan ke2,kami hanya menang dengan jaringan tipis 1-0 mengalahkan IKBN Bachok,hasil tandukan cantik daripada Halim Susol....kemenangan percuma diberikan kepada Ipsum Fc kerana pada perlawanan ke3, Kolam Fc menarik diri di saat-saat akhir. Selaku juara kumpulan A,ipsum di undi menentang Hamid Cafe. Rentak kemenangan yang di capai ipsum akhirnya lebur di tangan Hamid Cafe dengan jaringan tipis 1-0. Kekecewaan jelas tergambar di wajah para pemain namun semangat kesukanan yang tinggi tidak akan mematahkan semangat bakal-bakal guru ini untuk meneruskan perjuangan mereka. Destinasi seterusnya, Sport Planet Terengganu bagi menghadapi Kejohanan Futsal harian Metro yang bakal berlangsung pada 29-30 May 2009.






riak wajah kehampaan pemain-pemain ipsum




kekalahan tidak menghalang kami untuk terus berusaha



perlawanan yang menyingkirkan kami




kesungguhan mempertahankan gawang



masih ada senyuman di bibir insan ini!!!!!!



buat amer,jgnlAh penting diRi

santai selepas "menang"..Terima kasih cikgu sulizi utk yuran penyertaan. Terima kasih juga untuk cik jefri kerana sokongan anda.



di daDa akhbaR

amer,jGnlah buat sibUk di si2

misi bermula

pagi ini,kami akan memulakan misi menawan pasir puteh futsal arena.kami diundi di kumpulan A dan menjadi perlawanan membuka tirai bagi kejohanan kali ini. Pada kejohanan ini, kami kehilangan 2 tonggak utama iaitu, "abang Bob"dan "abang Puma"..Namun,ketiadaanya tidak akan merencatkan persembahan pasukan ini. Kepada semua warga ipgm ksm, doakan kejayaan kami. Doa kalian,senjata kami....Awok kite 090509-0124-

Thursday, May 7, 2009

Chelsea kecewa, Barca Gah

jaringan iniesta pada waktu kecederaan melayakkan barcelona ke final UEFA Champion league. Barcelona yang dikejutkan dengan gol awal oleh essien pada minit ke-9, bermain dengan main dan mengawal perlawanan. Barcelona umpama direntap semangat apabila terpaksa bermain dengan 10 org pemain setelah toure diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan. Barcelona akan bertemu juara bertahan, Manchester Utd pada perlawanan akhir...

Manchester United Ke Final UEFA Champion league

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson semakin hampir untuk melengkapkan misi terakhirnya bersama kelab itu selepas membawa Red Devils melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Kejayaan mara ke pentas final untuk kali kedua berturut-turut itu hadir selepas United menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Emirates, sekali gus menang dengan agregat 4-1.

Bagi Ferguson, sepanjang 23 tahun menjadi pengurus di Old Traffrod, dia telah menghadiahkan dua daripada tiga kejayaan Eropah buat kelab itu.

Namun, meraih satu lagi kejuaraan di pentas Eropah pastinya memberi kepuasan kepada Ferguson sebelum bersara.

"Saya rasa kami mempunyai kemampuan untuk muncul juara musim ini," kata Ferguson.

"Tiada yang kurang pada pasukan ini dan kami benar-benar sedia untuk melakar satu lagi sejarah dalam bola sepak Eropah."

Pada aksi kelmarin, United memperoleh gol pertama menerusi Park Ji-Sung sebelum Cristiano Ronaldo meledak dua lagi gol buat pasukan pelawat.

Dengan kemenangan itu, Ferguson mula merencana strategi untuk membantu United muncul juara di Rom 27 Mei depan, sekali gus kejuaraan Eropah ketiganya bersama kelab itu.

Real Madrid muncul juara terbanyak dengan sembilan kali diikuti AC Milan (7), Liverpool (5) dan Bayern Munich (4).

Ferguson pula terpaksa menunggu selama 13 tahun di Old Trafford untuk membawa pasukan itu muncul juara Eropah pada tahun 1999, selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 1968.

"Tiada tempat yang selamat sebenarnya. Jika kamu gagal menang piala, kamu dianggap tidak berguna dan jika kamu berjaya menang piala, kamu dianggap hebat," jelas Ferguson. - AP

Sinar Harian Futsal Challenge 2009 ( zon 2)

IPSUM FC akan menyertai kejohanan futsal anjuran Sinar harian pada 8-9 mei 2009 bertempat di Pasir Puteh Futsal Arena. Semoga pasukan ini berjaya menempatkan diri ke Grand Final yang akan diadakan di Kota Bharu Futsal Arena pada bulan Jun nanti. Pemain-pemain yang bakal beraksi untuk saingan kali ini.
1. Amirshah
2.Abdul Halim Susol
3.Bokhari Abd Razak
4.Hafizi Basri
5.Abdul Halim ab LAtif
6.Syahril Azmi
7. HAnif Harun
8. Izwan Ismail ( bulu)

Pencapaian IPSUM FC sehingga MEI 2009

1. N.Johan Agro Inter Champs Challange 2009
BP Futsal, Marang, Terengganu.

2. N.Jhan Bola Sepak 8 Sebelah Terbuka Besut
Astaka Jertih, Besut, Terengganu.
(KOSMO,Rabu, 8 April 2009)

3. Johan Futsal Challenge Rakan Muda Tertutup Besut
Gelanggang Futsal Kg. Raja, Besut, Terengganu.

Pencapaian IPSUM FC 2008

1. Johan Karnival Permainan Mini IPGM Kebangsaan ( FUTSAL)
UIA Gombak

2. Johan Futsal Larian SUKMA TERENGGANU
Gelanggang Futsal Kg. Raja, Besut, Terengganu.

3. N.Johan Kosmo Varsiti Futsal Zon Utara 2008
Politeknik Seberang Perai,Pulau Pinang

4. Ke-3 Kejohanan Futsal Aidilfitril Masterscaff 2008
Masterscaff Indoor,Paka Terengganu
(KOSMO, Rabu,29 OKtober 2009)

5. Ke-3 Kejohanan Futsal Sempena Hari Kemerdekaan 2008
Hazlan Indoor Soccer, Kuala Ibai,Terengganu
( Sinar Harian Terengganu.Ahad,24 OGOs 2008)

6. Ke-3 Liga Sahur Terbuka Terengganu 2008
Total Futsal, Gong badak, Terengganu

Nukilan sulong

alhamdulillah,akhirnya wujud sebuah laman yang menjadi media rasmi kepada IPSUM FC setelah sekian lama ditubuhkan. Sebenarnya, IPSUM FC bukanlah sebuah kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Institut namun IPSUM FC sentiasa mengharumkan nama insitut di arena sukan sekitar terengganu. IPSUM FC ditubuhkan hasil daripada perbincangan beberapa pemain bola sepak terkemuka institut iaitu Hafizi Basri, Bokhari Husin dan Amir Shah dan beberapa orang lagi. Minat mereka terhadap dunia bola sepak telah menghasilkan sebuah pasukan bola sepak dan futsal yang mantap yang bersedia untuk menyertai perlawanan kompetitif. Beberapa pemain dikumpulkan bagi membentuk IPSUM FC dan Encik Jefri Bin Jaafar bersedia menjadi nadi dan tunjang kepada pasukan ini. Kejohanan pertama yang disertai oleh IPSUM FC ialah Kejohanan Futsal Piala Adun Bandar, Kuala Terengganu bertempat di Hazlan Indoor Soccer di Kuala Ibai, Terengganu. IPSUM FC gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam kejohanan ini. Bermula daripada itu, bermulalah suka duka perjuangan IPSUM FC dalam arena Futsal dan Bola Sepak. Ikuti pencapaian IPSUM FC sepanjang 2008 hingga Mei 2009 dalam nukilan seterusnya....070509-0115-