memorY 2008

Thursday, May 7, 2009

Nukilan sulong

alhamdulillah,akhirnya wujud sebuah laman yang menjadi media rasmi kepada IPSUM FC setelah sekian lama ditubuhkan. Sebenarnya, IPSUM FC bukanlah sebuah kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Institut namun IPSUM FC sentiasa mengharumkan nama insitut di arena sukan sekitar terengganu. IPSUM FC ditubuhkan hasil daripada perbincangan beberapa pemain bola sepak terkemuka institut iaitu Hafizi Basri, Bokhari Husin dan Amir Shah dan beberapa orang lagi. Minat mereka terhadap dunia bola sepak telah menghasilkan sebuah pasukan bola sepak dan futsal yang mantap yang bersedia untuk menyertai perlawanan kompetitif. Beberapa pemain dikumpulkan bagi membentuk IPSUM FC dan Encik Jefri Bin Jaafar bersedia menjadi nadi dan tunjang kepada pasukan ini. Kejohanan pertama yang disertai oleh IPSUM FC ialah Kejohanan Futsal Piala Adun Bandar, Kuala Terengganu bertempat di Hazlan Indoor Soccer di Kuala Ibai, Terengganu. IPSUM FC gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam kejohanan ini. Bermula daripada itu, bermulalah suka duka perjuangan IPSUM FC dalam arena Futsal dan Bola Sepak. Ikuti pencapaian IPSUM FC sepanjang 2008 hingga Mei 2009 dalam nukilan seterusnya....070509-0115-

No comments: