memorY 2008

Wednesday, September 30, 2009

ops sikap vs OPs meNyampuk....

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??
Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah!erm encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die kate.Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?

Friday, September 25, 2009

ReuNion SmKaKA 01-05


kian lama mengembara membawa cita-cita masing2, akhirnya aidilfitri menemukan semula "quranic 4-generation" di teratak Safwan hanif di Paka, DungUn terengganu. Antara gelaGat generasi "al-ihsan hati bestari" :


Tuan Rumah berbaju putih...
tukang makan berbaJu kuNing...




ni jer yg kamI makaN...


"samurai" pn datang tahun ni....


3 jejaKa yg XmaLu...


ade jgk Yg jadI usTaz...


RijalUl-ihsAn......

Thursday, September 17, 2009

PisMk_ouM Ke KosmO vaRsIti

seBahagian pemain Pismk_oum
selamat maju jaya


2 pemain skuad IpgMksM

26/9 hingga 27/9 ini, kejohanan Futsal Kosmo Varsiti akan diadakan di Gelanggang Futsal Ampang bagi merebut slot ke Grand Final sebagai wakil Open Universiti Malaysia (oum). IPGMKSM juga mempunyai satu batch yang bernaung dengan OUM dan akan menghantar wakil ke kejohanan itu. Berikutan kegagalan pasukan utama IPGMKSM yang tidak dapat beraksi akibat karenah birokrasi, 2 orang pemain dipinjamkan bagi membantu pasukan PisMk-Oum untuk menharungi kejohanan itu. Semoga pasukan ini akan mendapat keputusan positif daripada kejohanan itu.

p/s: jadikanlah kejohanan ini sebagai nostalgia indah buat anda semua. Selamat maju jaya.Kami mendoakan kejayaan kalian.

Monday, September 7, 2009

awokbola "bercuti" sementara

Laman IPgmKsm Fc berada dibawah penambahbaikan akibat gangguan pada laman sedia ada.laman ini akan kembali pada keadaan sedia ada dalam masa seminggu.harap maklum.

Sunday, September 6, 2009

Bola Sepak dan Dunia Akademik

"tempat dimana ilmu dan sukan digabungjalinkan"

hari ini ramadhan yg ke16 kita semua tempuhi bg 1430h ini. besok kita semua akan menyambut hari nuzul al-quran iaitu hari paling bersejarah dalam penurunan kalamullah ini. Di bulan ramadhan ini, pasukan kami beristirehat disamping meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini bagi menempuh perlawanan paling bermakna bagi kami semua selepas aidilfitri nanti. mungkin perlawanan itu akan menjadi perlawanan perpisahan bagi 2 tonggak kita yang setelah sekian lama bersama kita. semoga perlawanan itu menjadi nostalgia indah bagi kita semua.

Musim kelayakan piala dunia 2010 sedang galak berlangsung dan liga-liga terkemuka eropah mula membuka saingan dimana chelsea mendahului Liga perdana inggeris dan inter milan mula menerajui liga itali. Namun, apakah erti bola sepak bagi kita warga bakal pendidik yang sinonim dengan akademik ataupun bidang ilmu. hari ini jom kita rungkaikan hub. bola sepak dan bidang akademik

Satu perkara yang saya kagum apabila menonton bola sepak ialah kemahiran seseorang pemain untuk mengawal, menyepak, dan menjaringkan gol dalam satu sentuhan yang ajaib. Bagaimana pemain-pemain ini mampu melakukan semua perkara itu? Sudah pasti mereka terpaksa berlatih berjam-jam di padang bola. Sudah pasti berpuluh-puluh kali mereka menyepak bola itu. Sudah pasti mereka berlari hujung ke hujung padang berulangkali. Sudah pasti mereka keletihan dalam mencapai impian mereka.

Sedihnya, ada pelajar yang menganggap untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka hanya memerlukan usaha yang sedikit. adakah beckham berlatih 2 kali seminggu untuk mendapat tendangan lencong yang cantik???adakah casillas berlatih sekali sehari untuk menyelamatkan sepakan penalti????fikir2kanlah...

Satu lagi konsep yang saya sanjungi dalam sukan ini ialah mereka sanggup bekerjasama (walaupun ada yang anggap gila kerana mengejar bola selama 90 minit). Ada penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, dan penyerang. Pasukan yang berjaya ialah pasukan yang keempat-empat komponen ini berfungsi menjadi satu entiti yang mampu mempertahankan gol mereka dan menjaringkan gol di pintu gol lawan pula. Jadi, apakah pengajaran kepada pelajar dalam aspek ini?

Mudah sahaja iaitu ketika belajar, pelajar memerlukan satu pasukan. Ahli dalam pasukan ini saling menolong. Ahli pasukan menyedari tugas mereka. Ada yang membaca bab ini, ada yang membaca bab itu dan ada yang menjelaskan sesuatu perkara kepada kawannya yang kurang jelas. Kumpulan belajar menjadi cara yang paling mudah dan efisien untuk memastikan pelajar memahami semua bab dalam sesuatu subjek itu.

setakat ini sahaja perkongsian pendapat yg ingin saya utarakan disini untuk tatapan kalian. jangan jadilah sukan sebagai alasan untuk kita gagal dalam akademik..

*pengalaman mengajar kita erti kehidupan*