memorY 2008

Sunday, September 6, 2009

Bola Sepak dan Dunia Akademik

"tempat dimana ilmu dan sukan digabungjalinkan"

hari ini ramadhan yg ke16 kita semua tempuhi bg 1430h ini. besok kita semua akan menyambut hari nuzul al-quran iaitu hari paling bersejarah dalam penurunan kalamullah ini. Di bulan ramadhan ini, pasukan kami beristirehat disamping meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini bagi menempuh perlawanan paling bermakna bagi kami semua selepas aidilfitri nanti. mungkin perlawanan itu akan menjadi perlawanan perpisahan bagi 2 tonggak kita yang setelah sekian lama bersama kita. semoga perlawanan itu menjadi nostalgia indah bagi kita semua.

Musim kelayakan piala dunia 2010 sedang galak berlangsung dan liga-liga terkemuka eropah mula membuka saingan dimana chelsea mendahului Liga perdana inggeris dan inter milan mula menerajui liga itali. Namun, apakah erti bola sepak bagi kita warga bakal pendidik yang sinonim dengan akademik ataupun bidang ilmu. hari ini jom kita rungkaikan hub. bola sepak dan bidang akademik

Satu perkara yang saya kagum apabila menonton bola sepak ialah kemahiran seseorang pemain untuk mengawal, menyepak, dan menjaringkan gol dalam satu sentuhan yang ajaib. Bagaimana pemain-pemain ini mampu melakukan semua perkara itu? Sudah pasti mereka terpaksa berlatih berjam-jam di padang bola. Sudah pasti berpuluh-puluh kali mereka menyepak bola itu. Sudah pasti mereka berlari hujung ke hujung padang berulangkali. Sudah pasti mereka keletihan dalam mencapai impian mereka.

Sedihnya, ada pelajar yang menganggap untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka hanya memerlukan usaha yang sedikit. adakah beckham berlatih 2 kali seminggu untuk mendapat tendangan lencong yang cantik???adakah casillas berlatih sekali sehari untuk menyelamatkan sepakan penalti????fikir2kanlah...

Satu lagi konsep yang saya sanjungi dalam sukan ini ialah mereka sanggup bekerjasama (walaupun ada yang anggap gila kerana mengejar bola selama 90 minit). Ada penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, dan penyerang. Pasukan yang berjaya ialah pasukan yang keempat-empat komponen ini berfungsi menjadi satu entiti yang mampu mempertahankan gol mereka dan menjaringkan gol di pintu gol lawan pula. Jadi, apakah pengajaran kepada pelajar dalam aspek ini?

Mudah sahaja iaitu ketika belajar, pelajar memerlukan satu pasukan. Ahli dalam pasukan ini saling menolong. Ahli pasukan menyedari tugas mereka. Ada yang membaca bab ini, ada yang membaca bab itu dan ada yang menjelaskan sesuatu perkara kepada kawannya yang kurang jelas. Kumpulan belajar menjadi cara yang paling mudah dan efisien untuk memastikan pelajar memahami semua bab dalam sesuatu subjek itu.

setakat ini sahaja perkongsian pendapat yg ingin saya utarakan disini untuk tatapan kalian. jangan jadilah sukan sebagai alasan untuk kita gagal dalam akademik..

*pengalaman mengajar kita erti kehidupan*

4 comments:

Anonymous said...

ak berikrar nk blaja sungguh r taun ni.hahahha...tp klu bese2, dan maen, xingat nk blaja dh la...btol x awok bola?ko dpt brape pointer?

Mr_17 said...

hahaha..setakat ni, prestasi pemain2 kami masih dalm kondisi yg baik.klu teruk sket pn, bobok je..hahahaha..bok, jgn mare..hehehe

Anonymous said...

btol2 n jgn jdkn puasa 1 alasan utk bersukan..sdgkn org dulu boleh berperang dlm bulan puasa..ke guane?

Mr_17 said...

to anonymous yg ke2, ade ayat salah sekt 2.hehehehe..xpe2, kami di awokbola paham mksud tersirat.hahaha..awokbola masih bersukan..manje n soya aktif duk maen takraw ptg2...jom turun