memorY 2008

Monday, August 24, 2009

JeFF FC dalam Kenangan..

Jeff Fc dalam kenangan..

24ogos 2008: Jeff Fc atau IPSum Fc mengemudi saingan IPGM di Grand Final Kosmo Varsiti Futsal 2008 di UPM. Nasib tidak menyebelahi JEff FC yang hanya bertahan sehingga pusingan ke2 apabila tewas 1-0 ketika berdepan Politeknik Shah alam.

24ogos 2009 : 3 ramadhan 1430 h : IPGM tidak dibenarkan untuk beraksi di mana2 kejohanan futsal kosmo varsiti futsal 2009 dek karenah birokrasi penganjur yang mungkin memikirkan keuntungan semata-mata tanpa konsep 1 malaysia yg sebenar..





PASUKAN pilihan kategori Lelaki Terbuka, MMU 'B' dari Universiti Multimedia (MMU) berjaya menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal peringkat Zon Utara yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan yang berakhir semalam memperlihatkan barisan MMU 'B' berjaya mencuri tumpuan penonton sejak beraksi pada pusingan peringkat kumpulan.

MMU 'B' menampilkan kemahiran yang tinggi dalam setiap perlawanan yang diharungi, sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar layak bergelar juara.

Malah, pada perlawanan akhir ketika menentang pasukan Relax Sudah dari UiTM Pulau Pinang semalam, ternyata skuad MMU 'B' dengan mudah membolosi gawang lawan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Palitus dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) manakala tempat keempat disandang Frenzy UiTM 'A' dari UiTM Shah Alam.

"Kebanyakan pemain dalam pasukan kami telah berpengalaman bermain futsal lebih dari lima tahun dan ini memberi kelebihan kepada kami untuk mengharungi setiap perlawanan yang ada.

"Setiap pemain juga mempunyai persefahaman yang tinggi etika bermain dan ini memudahkan kami bermain dan memperdaya pemain lawan," kata kapten MMU 'B', Ahmed Ebrahim Ahmed.

Jelasnya lagi, setiap pemain pasukannya merupakan pelajar dari negara Timur Tengah yang sedang menuntut di MMU dan ia merupakan antara daya penarik setiap kali mereka beraksi dalam mana-mana kejohanan yang disertai.

"Pada pusingan Grand Final nanti, kami sasarkan untuk menjadi johan sekali gus mengekalkan rekod cemerlang kami dalam kejohanan ini," tambahnya.

Untuk rekod, MMU 'B' merupakan penyandang juara bagi kategori Bawah 23 Lelaki pada peringkat Grand Final dalam kejohanan yang sama tahun lalu.

Bagi kategori Bawah 23 Lelaki, johan menjadi milik pasukan UPM Veto FC, kedua dimenangi Jeff FC (Institut Perguruan Tuanku Mizan), Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) di tempat ketiga manakala keempat disandang PSA dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Johan bagi kategori Bawah 19 Lelaki pula disandang oleh pasukan Bumi Alma (SMIK Pokok Sena), tempat kedua dimenangi Katang FC (UiTM Pulau Pinang), ketiga dimenangi Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) dan keempat IPTB FC (Institut Perguruan Tuanku Bainun)

dipetik daripada arkib Kosmo 4 ogos 2008 (sini)

Wednesday, August 19, 2009

Kuda Laut gaH di DaraT

kemaskini 2030p.m: kuda laut Fc telah memenangi perlawanan separuh akhir ke2 pada petang tadi.Ini bermakna IpgmKsm Fc akan bertemu semula Kuda Laut Fc pada perlawanan akhir yg dijadualkan selepas hari raya aidilfitri. Kuda Laut Fc mengalahkan KESUMA BesUt dengan jaringan 2-1 dan perlawanan sebentar tadi berlangsung sengit di mana kedua-dua pasukan saling menyerang dan ternyata Kuda Laut Fc lebih bernasib baik untuk memenangi perlawanan.

untuk rekod, Kuda Laut Fc telah mengalahkan IPGmkSM Fc pada peringkat kumpulan dengan jaringan 2-1.sila klik di sini.

haJat tertangguh

tolonglah bg kami menang....

Hari ini pihak pengurusan IPGMKSM Fc menerima panggilan drpd pihak penganjur Persatuan Bola Sepak Besut (BEFA) mengenai tarikh perlawanan akhir yg ditunda selepas hari raya iaitu kira2 sebulan daripada sekarang...penundaan tarikh perlawanan akhir ini berikut bantahan pasukan yg akan beraksi petang ini. Mereka mengecam tarikh perlawanan akhir yg hanya berlangsung sehari selepas separuh akhir ke2..Penundaan tarikh perlawanan akhir ini sedikit merencatkan momentum IPgmKsm yg berada dalam prestasi terbaik bagi merangkul kejuaraan. Apapun yg terjadi dek karenah birokrasi, awokbola mengharapkan semua pemain mengekalkan tahap kesihatan serta kecerdasan masing2 agar kita mampu memberi saingan pada perlawanan akhir nanti

Ahli lembaga pengarah awokbola.blogspot mengucapkan selamat bercuti kepada semua ahli dan pemain IPGMksm Fc yg akan bercuti pada 20/8/09 hingga 29/8/09 dan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada para pelajar sem4...Semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...salam Bola dari kami di awokbola.blogspot.

rahsia kejayaan...


koleksi gambar 2009

Monday, August 17, 2009

sElangkah menuJu keJuaraaN

"man of the match"

pada perlawanan separuh akhir petang td, IpgmksM menang selesa ketika menentang Gabungan Gong Bayor Fc. perlawanan berkesudahan 4-0. adunan pemain2 berpengalaman serta pemain2 sedia ada tampak begitu serasi dimana IpGmksm Mengawal bola dengan baik sekali.

pemain2 yg menjaringkan gol ialah Bob ( 2 gol), soYa ( 1gol) dan gol tercantik pada perlawanan tadi dihasilkan oleh "Zidane"@ amer dengan tandukan cantik ke gawang gol tanpa menghiraukan rambutnya yg "comey"..hehehe..Manje berpeluang untuk menambah gol, namun tendangan penaltinya ditampan mudah oleh penjaga gol lawan.

buat saudara hafizi, janganlah kecewa sebab tidak dimasukkan pada perlawanan hari ini.mungkin ada "mesej yang cuba disampaikan" disebalik percaturan cik yazit td...

jangan kau berduka...Final milikmu..

Ipgmksm akan bertemu antara pemenang perlawanan antara Kuda laut Fc dan Majlis Daerah besut Fc..perlawanan akhir dijangka berlangsung pada hari khamis ini, 20 hb ogos 2009..

awokbola mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada kami termasuklah akak2 KplI Pj ambilan Jun 2009 serta Naib yang diPertua JPP serta pelajar2 Pismp sem 6, ppismp sem3 dan 2 org adik Pismp julai 2009..sokongan kalian amatlah kami hargai...
sokongan anda kekuatan kami...
(tgk betul2 rambut amir)

semoga khamis ini memberi kami kejayaan yg kami harapkan. Buat encik yazit, kami akan berusaha mencapai kegemilangan buat kita semua pada final nanti...


"poK ceK"
pemain "lama" yg memberi impak pada kami


persembahan yg mantap hari ni.....


menuJu taraf Olimpik ker???


"bekaS pemaIn"

Sunday, August 16, 2009

xDe taJuk


hari ni nk mtk tolong korg2 semua bg markah utk hasil seni awokbola yg pertama sejak 2001..last skali memegang warna air ni mase darjah 6 dlu.huhuhu..hasil seni 2, ade kt paparan disebelah kanan laman ni...jom pakat Vote.bukan ape, klu markah korg bg rendah, awokbola nk buat yg baru punyer utk submit ke pensyarah.heehehehe..terima kasih utk kerjasama kalian...hehehe...

Friday, August 14, 2009

Together we Stand...

buat sahabat bola sekalian, thanks sbb trun n jalani latihan beramai2 ptg ni..dh lame rasenye xjoging n maen rmai2 mcm ptg td..myB, kuarantin ni bg kite rahmat tersenDiri untk kite berkumpl n mengejar kejuaraan nati.InsyaallAh....dalam berjoging td,sempat lagi berjenaka ngn kwn2 semua...ni crite amir @ ziDane td :

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas berasap. Tapi dia masih komfius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Pak Pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel taik berkenaan.

Pak Pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
“hmmm….bentuk macam taik.”

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
“Lembik…macam taik.”

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
“Bau pun macam taik.”

Oleh kerana Pak Pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

Monday, August 10, 2009

Hadiah BuatMU

hari ini, IpgmkSm Fc hanya sekadar mencatat keputusan seri pada perlawanan pada petang td. Namun begitu, keputusan seri itu sudah cukup utk membuatkan kami layak ke separuh akhir kejohanan Bola sepak Piala YDP Besut...gol jaringan Boboy ( bukhari) sudah cukup untuk membuatkan pasukan hulu besut berputih mata yg memerlukan kemenangan utk layak ke separuh akhir..hehehehe.

thanks untuk gol yg penting....

layak ke separuh akhir menjadi hadiah yang istimewa buat pengurus pasukan, encik yazit sempena ulangtahun kelahirannya yg ke berape ntah.hehehehe...selamat hari ulangtahun dan semoga murah rezeki...amin...

ambik la cik hadiah utk cik hari ni....


buat adik2 junior yg ber3, bersabarlah dalam menanti penampilan anda bersama IpgMksm. semoga anda belajar sesuatu sepanjang bersama kami agar pasukan kita akan mantap pada masa hadapan.

Buat pemain2 lain, semoga teruskan usaha kalian dan bersama2 kita mencipta kegemilangan buat tahun ini......buat manje, terima kasih sbb datang jugk utk membantu kami petang td......hehehehe...ak tipu sunat je td..kuikuikui

perlawanan separuh akhir dijangka pada petang sabtu ini dan IpgmKsm akan menentang pasukan Gabungan Gong Bayor fc...

Sunday, August 9, 2009

SemoGa berJaya

esok kami akan bermain semula bagi perlawanan terakhir kumpulan yg terpaksa ditunda akibat hujan lebat baru2 ini...esok, kami kehilangan 2 tonggak KplI yg perlU menyertai Aktiviti PendidiKan luar yg diadakan di Pulau Perhentian. Walau bagaimanapun, perjuangan terakhir ini juga perlu diteruskan dan persembahan cemerlang daripada para pemain amatlah diharapkan dan mendapat keputusan seKurang-kuranGnya seri bagi melayakkan kami ke peringkat separuh akhir...semOga, esok menjadi hari gemiLang buat kami setelah meniti hari yg suram kebelakangan ini....







Saturday, August 8, 2009

"zidane" IpgmKsm digugurkan...

"zidane", jgn bersedih tau...

semalam ada berita gembira n sdey yg awokbola terima.. yg gembiranya, 4 org pemain IpgmKsm dipanggil untuk pemilihan bagi mewakili MSIPGM untuk temasya SIPMA nanti...4 jejaka bertuah itu

1.bokhari (bobok)
2.helmi fiqry ( soya)
3. syaHril azmi ( pink)
4. Halim suSol (manje)

dalam menerima berita gembira, kami semua terkejut kerana pemain bertaraf 5 bintang kami, amirshah tidak tersenarai dlm senarai itu..ini merupakan kali pertama amirshah tidak tersenarai sejak SipMa 2005.Mungkin prestasi amirshah pada KAGUM br2 ni tidak memuaskan hati panel pemilih......Namun begitu, kekecewaan itu tetap tidak mematahkan semangat amirshah untuk terus bergiat dalam bola sepak.. buktinya, amirshah telah membantu Persatuan Bola Sepak Daerah Besut ke Final Piala Darul Iman yang berlangsung semalam di Stadium Ismail Nasaruddin, Terengganu. Semoga beliau terus maju jaya n klu dh menang Final nanti..jgn lupa belanje ak...heheheh

untuk rekod: pasukan bola sepak daerah besut telah memilih 2 pemain dr IPGmkSm fc.
1. Bokhari (bobok)
2. AmirShah ( leBonG)

Wednesday, August 5, 2009

posT ke50 untuk RM500

dalam xsedar, entry awokbola dh masuk yg ke 50...sempena post ke 50 ni, kami amat berharap agar dapat memenangi perlawanan terakhir kumpulan B bagi menjamin hadiah bernilai Rm500. hadiah keseluruhan kejohanan ni Rm3k......huuhuhuu....Namun, hadiah bukan ukuran sebenar tapi memulihkan maruah yg tercalar lagi utama....


perlawanan terakhir akan berlangsung 10 hb ni dan sokongan dr penyokong amatlah dialu-alukan...dalam menempuh perlawanan terakhir ini, beberapa org pemain masih ternanti-nanti panggilan rasmi drpd Bahagian Pendidikan Guru untuk latihan pusat bagi mewakili Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) bagi SiPmA 2009....semoga nama2 mereka ini tidk tercicir drpd senarai MSIPgM bagi tahun ni...

nostalGia 2007....


5 pemain IPgmKsm beraksi....


p/s: petr cech Mktb memang xleh dh.huhuhuu