memorY 2008

Tuesday, August 3, 2010

Piala Dato Hj Wan Zakaria Bin Abd Rahman 2010


Ipsum Fc telah menghantar 2 pasukan iaitu IpsuM Fc A dan IPSUM FC B bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kuala Besut 2010 bagi merebut Piala Dato Hj Wan Zakaria Bin Abd Rahman. Kejohanan ini bertempat di Padang Bola Sepak Teluk Bayu pada 29-31 Julai 2010.

Pada kejohanan ini, IPSUM FC menampilkan muka-muka baru dalam usaha mendedahkan pemain-pemain baru dengan "gaya bola sepak tempatan" yang sedikit lasak dan memerlukan tahap fizikal yang tinggi. Pendedahan ini juga sebagai langkah awal bagi IPSUM FC untuk kehilangan 4 lagi tonggak yang akan menamatkan pengajian pada penghujung tahun ini.

IPSUM FC B gagal mara ke pusingan seterusnya kerana hanya mengumpul 3 mata daripada 3 perlawanan. Namun begitu, IPsum Fc A berjaya menggodol tempat Kedua dalam kejohanan ini dan membawa pulang wang tunai RM600 berserta Piala Iringan. IpsuM Fc A tewas dalam perlawanan akhir kepada KG Raja Fc dengan jaringan 1 gol berbalas kosong.

Kejohanan ini adalah kejohanan pertama yang disertai oleh IPSUM FC buat tahun ini dan kejayaan merangkul tempat ke2 ini ditujukan khas buat Amirshah sempena hari kelahirannya yang ke23 pada 1 Ogos 2010.

Berikut merupakan aksi sepanjang 3 hari kejohanan:


.:IPSUM FC A:.


Percaturan Mantap antara Resipi kejayaan
selama ini












antara muka baru Yang membuat penampilan
sulung Buat IPSUM FC

<:4 TonggaK yang akan meninGgalkan IPsuM Fc:>


p/s: IPSUM FC merayu kpd "makcik" agar mengurangkan karenah birokrasi supaya kami mudah untuk menyertai mana-mana kejohanan. Kami sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi kejohanan dalam jajahan ini untuk MINAT kami, HOBI kami tapi deMI INSTITUT kami....

No comments: