memorY 2008

Friday, August 5, 2011

TragedI malaM RamadHan

Tatkala umat islam lain gembira menyambut kedatangan ramadhan, ade insan yang berduka dengan kehadiran ramadhan kali ini. pada malam 1 ramadhan yg lalu iaitu pada hari ahad,31julai 2011, awokbola menerima khabar duka pabila seorang sahabat awokbola di zaman persekolahan,MOHD SYAFIQ BIN MOHD terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta iswara dan sebuah waja di GoNg balai, Marang, terengganu. Lebih mendukacitakan, sahabat awokbola kini masih lg koma dan ditempatkan di ICU Hospital Permaisuri NorZahirah, terengganu.

semalam,awokbola sempat melawat beliau dan keadaan beliau sungguh menyayat hati. seorang sahabat yg boleh dikatakan genius dan baik terpaksa menerima dugaan seberat ini. Menurut umi beliau, beliau sudah menunjukkan tanda2 positif untuk sedar dan memberikan reaksi pada bacaan al-quran yang dialunkan oleh uminya dengan menggerakkan bibirnya.

dan pagi ini,berita yg baru di terima drpd kakaknya, beliau sudah mulai sedar.

Syafiq dh sedar tp dalam keadaan lemah. Anak mata hitam dh mula bergerak kiri dan ke kanan. Tangan di ikat supaya wayar2 xtercabut. Plastik putih dlm mulut dia cuba keluarkan myb x selesa


Awokbola mendoakan agar beliau diberikan kekuatan utk sedar daripada koma dan menerima ketentuan illahi ini. sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)


Pesanan drpd awokbola buat diri sendiri dan semua pengguna Jalan raya:


Berhati-hatilah di jalan raya

Kemalangan bukan melibatkan kita sahaja yang cedera TETAPI insan yang tidak bersalah akan turut menerima PADAHNYA

KELAJUAN PASTI MEMBUNUH

BERITA DI SINAR HARIAN: SINI





SUMBER GAMBAR: SINI

2 comments:

Admin said...

Dugaan Dia..
Semoga cepat2 smbuh,
ameen..

Mr_17 said...

dgr khbar skrg bertmbh sihat...doktor pom xsgka die recovery dgn cepat..die dpt g konvo br ni utk trime anugerah peljr terbaik kos die.....semoga kawan aku ni (kwn kita smua) cepat sembuh dn tercapai cita2 utk smbung Phd terus