memorY 2008

Monday, August 1, 2011

VarsitY FutsaL 1maLAYsia Putrajaya 2011:. Kisah perjuangan dan pengorbanan.:





Alhamdulillah, setelah berdepan dengan pelbagai halangan, akhirnya IPSUM berjaya menghantar wakil ke Kejohanan Vasity Futsal 1Malaysia Putrajaya 2011. Kejohanan ini mengumpulkan pelajar-pelajar IPT seluruh negara bagi merebut hadiah wang tunai RM3000. Kejohanan ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan.Varsity Futsal ini diadakan di gelangganG Futsal 1Malaysia.

IPSUM FC menghantar 2 pasukan bagi mengharungi kejohanan ini iaitu IPGKSM A yang menampilkan pemain pelapis bagi masa hadapan dan IPGKSM B yg merupakan skuad senior yang turut dibarisi beberapa pemain baru.

Pada awalnya semuanya kelihatan berjalan lancar, namun Kuasa tuhan tiada siapa yang dapat menafikannya. kejohanan yg dijangka bermula pada pukul 10 terpaksa ditangguhkan sehingga 2 jam setelah hujan turun dgn lebatnya. Setelah Matahari bersinar kembali, Kejohanan berjalan seperti biasa dengan IPGKSM A mengalahkan Politeknik Sultanah Bahiyah dengan jaringan 2-0. IPGKSM B pula mudah menewaskan lawan yg juga drpd IPG iaitu IPGKBM dengan jaringan 3-1.

Jangan disangka panas sampai ke Petang kerana Hujan turun ditengah hari. Kejohanan terpaksa ditangguhkan lagi setelah hujan kembali turun membasahi bumi dan Pihak penganjur mengambil keputusan utk menamatkan saingan liga dengan penentuan sepakan penalti atas faktor keselamatan.

Bagi penentuan sepakan penalti liga ini, IPGKSM A ditunjukkan jalan keluar setelah tewas 2 dan ternyata pengalaman akan mendewasakan seseorang. Semoga Pemain2 IPGKSM A mendapat ilmu berharga drpd kejohanan ini..Seandainya tiada penentuan sepakan penalti ini, awokbola yakin yg pasukan ini boleh melangkah jauh dengan kualiti yg mereka miliki.

Skrip berbeza pula melanda pasukan abang apabila IPGKSM B menang 1 dan seri 1 dalam penentuan sepakan Penalti itu. Dengan keputusan menang 2 dan seri 1, IPGKSM B menjadi JOHAN kumpulan 9 dan menentang UTAR A (Universiti Tunku Abdul Rahman). pada Pusingan ke 2 itu, IPGKSM menewaskan lawan dengan jaringan 4-1. Melangkah ke Pusingan ke3, IPGKSM B menang ke atas pasukan lawan dengan jaringan 3-1.


Setelah menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaek, IPGKSM B berdepan dengan Politeknik Seberang Perai. Ternyata nasib tidak menyebelahi IPGKSM B setelah tewas 3-2 pd PSP. IPGKSM B terpaksa berpuashati di tempat ke5. Namun, IPGKSM B berada di dalam kelas tersendiri pabila HANYA 1 sahaja wakil IPG (Institut Pendidikan Guru) di dalam kelompok 8 IPT terbaik MALAYSIA.

Di sini awokbola rakamkan jutaan terima kasih kepada PENGARAH IPGKSM kerana membenarkan kami menyertai kejohanan ini, Encik Yazit sbb menguruskan penginapan kami di IPGKI, Encik Sukeri, YDP JPP, saudara Wan Norlail, EXCO SUKAN JPP saudara Ahmad Junaidi , dan dedikasi KHAS buat ENCIK MHD ASRI BIN ISMAIL atas kesudian beliau mengiringi kami ke kejohanan ini tatkala pensyarah-pensyarah lain mempunyai komitmen mereka sendiri.Tanpa beliau, kami tidak dapat mengharungi kejohanan ini . Pengorbanan ENCIK ASRI yang mengorbankan masa bersama keluarga di hujung minggu selama 4 minggu berturut-turut membuktikan beliau sgt komited dgn tugas dan kami drpd pasukan FUTSAL IPGKSM sangat terhutang budi dengan beliau atas kesudian beliau utk menjadi pensyarah pengiring meskipun dihubungi pada pukul 9 malam( 12 jam sebelum bertolak)...Jasa dan pengorbanan ENCIK ASRi, hanya tuhan saje yg mampu membalasnya.

Akhir kata, awokbola mendoakan agar IPSUM FC akan terus bersinar dalam arena bolasepak dan futsal dan semoga pasukan ini mendapat sokongan daripada semua dan KHUSUSNYA drpd pentadbir IPGKSM sendiri. Kami sanggup berkorban demi IPG tercinta taPi berikan kami ruang utk berbuat demikian. Selama ini kami perlu berjuang secara bersendirian kerana terlalu banyak karenah birokrasi yang perlu ditempuhi sebelum kami menyertai mana-mana kejohanan meskipun membawa nama IPGKSM. Namun, semua itu tidak pernah melunturkan semangat utk IPSUM FC mencipta sejarah tersendiri. Semoga generasi IPSUM FC yang abru akan meneruskan legasi yg sedia tercipta. "Legasi Mencipta Momentum".

Terima kasih cik,
Hanya ALLAH mampu membalas jasa Cik


Sesi penyesuaian padaNG

Syukur, Alhamdulillah


IPGKSM A
" Pengalaman adalah GURU terbaik"


IPGKSM B
Gabungan pemain senior ( barisan belakang) &
pemain Junior ( barisan hadapan)


MenanTi Dengan Tabah utk BerperanG

6 comments:

Admin said...

bule2 poso pn maen jgok ko?
hehehe..

Mr_17 said...

ni penutup sebelum pose..ahahaha

diba said...

wah..mmg aktif..xgtau awl2 mai ptrjya..hee

Mr_17 said...

diba, xbgtau sbb xconfirm..confirm dpt pergi mlm jmaat..lpas mlysia kaloh ngn singapore....klu bgtau awl2, leyh jumpe diba...dh la stay kat IPIS...kurg2 buleyh mkn free kan..ahahaa

diba said...

oo yeke..gaya sbb mlysia klah korg dpt mai cni ek..hee tu ah..leh je..dtg tmpt kite blnje mkan..gtau je nk mkan pe..eceh..next tyme ek.hee

Mr_17 said...

x r....tbe2 ptg kamis br taw yg pnsyarah yg spatutnya iring xdpt join..jd xtaw nk cr sape ganti....bas xleyh jln klu xde pnsyarah yg ikut..ingt dh xdpt g sane...last2, ade jgk yg nk ikut..terharu giler brase..ahahahaha..next tyme, kite bgtau..kot2 la leyh paw satey kajaNG...