memorY 2008

Saturday, June 27, 2009

Dun koTa pUtera kuasai Piala YAB Menteri Besar peringkat ParlimeN Besut

video

Dewan undangan Negeri(DUN) Kota Putera menguasai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YAB.Menteri Besar Peringkat Parlimen Besut 2009. Pada perlawanan akhir, Dun Kota Putera A bertemu Dun Kota Putera B. perlawanan akhir berlangsung sengit dan ternyata Kota Putera A lebih bernasib baik apabila memenangi perlawanan melalui penentuan sepakan penalti 3-1.
Seramai 6 orang pemain IPGMksm di pilih mewakili pasukan Dun Kota Putera. 4 pemain mewakili Dun kota putera B dan 2 orang mewakili Dun kota putera A...semoga kecemerlangan 6 pemain IpgmKsM ini diteruskan pada hari Rabu ini bersamaan 1 Julai 2009 bagi kejohanan bola sepak 11 sebelah piala YDP Besut.


bersama mantan MB Terengganu


Kuasa baru Bola sepaK besuT


Dun Kota Putera B


Dun kota putera A


bersama Adun-adun Parlimen Besut

punca kekalahan????

Wednesday, June 24, 2009

kejohanan Bola Sepak 11 sebelah 2009

IpGmkSm Fc akan menyertai kejohanan bola sepak 11 sebelah bagi merebut Piala YDP Majlis Daerah Besut. berikut merupakan senarai pemain yang bakal menyarung jersi IPgMksM fc

1.abdul halim bin susol
2.abdul halim bin ab latif
3.mohd amirshah bin mohamad
4.ahmad hafizi bin basri
5.bokhari bin ab razak
6.bukhari bin hussin
7.paan
8.junaidi
9.syahril azmi
10.helmi fiqry (soya)
11.fareez (puma)
12.aizat (cekeli)
13.mohd hafiz abd qayyum (apek)
14.toress
15.mohd ikram (tapai)
16.zafuan (panjang)

semoga sejarah bakal tercipta..terima kasih en yazid atas kepercayaan kepada kami pada kali ini...

Monday, June 22, 2009

daily life in mathematics?????

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?.

Tanya gurunya. RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan. salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.

Amer tetap memberi jawapan RM1 Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

SelamaT hari Bapa


ayah, kau sumber inspirasi kami....

selamat hari Bapa
semua bapa2 di dunia

dan

BAPA IPSUM

en jefri.....



Sunday, June 21, 2009

bangKAI...???

Bini : Abg..nak tahu tak?..

Suami : Apa die?

Bini : Org depan tu kuang ajar betol la..ade ke die pnggil suami die dengan panggilan tak senonoh...

Suami : Ape die pnggil?

Bini : 'bangkai'...pnggil la Bang Rub ke BAng din ke..hish...

Suami : Memanglah sebab suami die name Khairudin.....

Thursday, June 18, 2009

Jahil Bahasa Inggeris

Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.

India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.



Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.

Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.
Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.

Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.
Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.



Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.

Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.
Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.

Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat.

Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.

Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.

Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!

P/S: artikel ini dipetik dari blog http://pendikargunung.blogspot.com/.Semoga kita semua dapat fikir dan ambil iktibar dari artikel ini.Jangan ingat kalau kita tidak bergantung dengan BI,kita tidak boleh berjaya sebab di sana telah ramai yang membuktikan bahawa jikalau bergantung dengan bahasa ibunda sendiri kita mampu utk melakarkarkn kejayaan

SemesTer baru leMbaran Baru

semester baru akan membuka lembaran 3 hari lagi...seperti biasa perkara yang dinantikan ialah........result????xla,elaun la perkara pertama yg dinanti..hehehe...bagi kami, IPSUM FC pasti semester ini menjadi kenangan terakhir bersama bro bob n bai PG....kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan rentak sebelum ini dan kami seolah-olah tiada harapan utk beraksi di KOSMO varsiti futsal 2009 gara-gara format pertandingan yg ntah ape2....KAmi akan berusaha utk mendapatkan tempat utk beraksi melalui surat2 yg akan menyusur slps ini kpd pihak utusan malaysia @ kosmo.........

semester baru ini, kejohanan yang mungkin kami sertai ialah Futsal Sinar Harian di Tanah merah ,kelantan pd 17hb julai 2009...semoga hajat kami ini tercapai tanpa ada halangan...semoga Allah merahmati hasrat kami ini...hehhehehee

kpd semua warga IPGM, selamat menerima elaun br dan selamat belajar kembali......salam bola dr awokbola.blogspot....debishhh..


bro bob n bai Pg,

6 bulan terakhir bersama IPSUM FC

dh kije kkg,jgn lupa full set jersi deh....

Sunday, June 14, 2009

Bila anak2 diajar BI dari keciL lagi

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak… Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:………..
SEX:…………
Class:……….

Saturday, June 13, 2009

BI syarat wajib lulus SPM ????

Assalamualaikum ak tertarik dengan isu pendidikan untuk dibicarakan. Selepas pPSmi, kini timbul isu baru iaitu cadangan menjadikan Bi sebagai syarat wajib Lulus SPM. wajarkah cadangan kerajaan ni???

Bagi ak, cadangan ini amatlah tidak wajar sama sekali. cadangan ini seolah-olah menikam bangsa kita sendiri. kita sedia maklum bahawa penguasaan bahasa ini amatlah lemah di kalangan pelajar-pelajar di kawasan luar bandar, kampung2 dn pedalaman. Adilkah cadangan sedemikian bagi pelajar2 ini?

Aku tidak bersetuju dengan cadangan ini berdasarkan beberapa sebab :

1. kemudahan pembelajaran tidak sama di antara kawasan bandar dan luar bandar
2. Penguasaan guru juga masih belum mantap.
3. Bahasa Melayu masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.

beberapa perkara yg timbul dibenak fikiran aku:

1. Penguasaan bahasa kebangsaan masih belum mantap jadi alangkah bagusnya jika kerajaan meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan ini.

2. kerajaan memperkenalkan 1 Malaysia tetapi mengapa tidak memperkasakan 1 bahasa yang boleh menyatukan bangsa iaitu bahasa kebangsaan.

3. Jika perkara ini terlaksana, kita akan dapat lihat fenomena sama akan berlaku seperti PPSMI di mana gred pemarkahan akan turun bagi memastikan agenda kerajaan ini terlaksana.

4. Penting sangat ke bi ni??nape org2 dlu xde pn isu ni tapi bile besar dapat menguasai bahasa Inggeris dan membangunkan negara. Mungkin cadangan ni lahir daripada INSAN yang dapat pendidikan di luar negara dan mahu kita mengikut budaya BARAT daripada aspek pendidikan hinggalah budaya hidup seterusnya melupakan AGAMA kita...xtaw la guane.

ak sebagai bakal guru yang mana minor ak Bi menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan ini bagi melihat anak bangsa kita terus mencapai kegemilangan. Jom Pakat tolok cadangan ni....debishhhh

Friday, June 12, 2009

Siapa paling Layak???

CEO sebuah syarikat memerlukan seorang pekerja yang berwibawa dan terdapat 4 orang calon yang berwibawa dan berkaliber. walaubagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini

Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi.

Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu.

Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali.

Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.ehehheheh...ni tips temuduga untuk menjadi penjaga tandas awam

Thursday, June 11, 2009

'The Galaticos" kembali...

LONDON 11 Jun - Manchester United menerima tawaran yuran perpindahan paling mahal di dunia untuk Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus memberi peluang cerah kepada pemain sayap dari Portugal itu membuat perundingan peribadi dengan kelab terkemuka Sepanyol tersebut.

Juara Liga Perdana England itu hari ini berkata, mereka telah menerima tawaran tanpa syarat bernilai 80 juta pound (RM394.58 juta) untukRonaldo. -AP



menyertai 'The galaticos"


awas messi.....










Wednesday, June 10, 2009

adIk perempuankU, TuaN

Rizal ialah seorang lelaki bertubuh tegap yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam.
Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,adakah anda sudah berkahwin?.
Sudah, Tuan. jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.
Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin?
Rizal : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?
Rizal : Seorang perempuan, Tuan! Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?
Rizal : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.



Power Renjis

Sunday, June 7, 2009

Selsema Bab*...opsssss, sori H1N1 or influenza A la....

Ayah: Doktor,Anak lelaki saya menderita Selsema Babi.

Doktor 'dengan penuh yakin' : Saya tahu, Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah.

Ayahnya pulak : Tapi, doktor.Dia telah mencium pembantu rumah kami.

Doktor:Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin.

Ayah : Tapi doktor, saya juga telah mencium pembantu itu?

Doktor dengan nada prihatinya: Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu.

Ayah dengan nada bimbang: Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya.

Doktor dengan selambanya: C*L*Ka , Kalau begitu saya juga sudah dijangkiti.

Ayahnya: ??????????

Saturday, June 6, 2009

Sumbang Mahram???

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak. Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni
(Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.)
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Thursday, June 4, 2009

Koleksi Kit terbaru Liga terkemuka Dunia



Juara Liga juara-juara Eropah


third jersi Real Madrid


Bayern Munich home


As Roma Home kit


New eveRton


Fabregas punyer


second Jersi aC milan


Bakal juara liga-liga juara eropah


Bakal Johan EPL


Second kit Real


Jersi Baru untuk Ronaldo

BerwaJah baRu



kit terbaru chelsea



gempak beb...six pack 2




idamaNku

chelsea pn dh berwajah baru utk season 09/10, IPSUM fc bile nk tukar jersi biru yg dh 2 tahun 2.huuhuuu...ade sape2 nk sponsor???plezzzz.hahahahahaha..Master_g, tukarlah jersi kiter.

Wednesday, June 3, 2009

HaraPan BaRu the Blues


Latar belakang: Ancelotti

Tarikh lahir: 10 Jun 1959

Tempat lahir: Reggiolo, Itali



Perjalanan karier

1976: Memulakan karier selaku pemain profesional bersama Parma.

1979: Menyertai Roma.

1980: Menjuarai Coppa Italia bersama The Giallorossi dan mengulangi kemenangan pada 1981, 1984 dan 1986.

1983: Mewakili Roma dan menjuarai Serie A.

1987: Menyarung jersi AC Milan.

2004: Mengemudi Milan menjulang trofi Serie A.

2009: Mei 31 - Selepas Milan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Fiorentina, pasukan itu mendapat tempat ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah. Ancelotti mengesahkan kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama.

1 Jun - Sah menjadi Pengurus baru Chelsea dengan mempersetujui kontrak selama tiga tahun.


Pencapaian selaku pengurus Milan:

1 Kejuaraan Serie A, 2 Liga Juara-Juara Eropah, 2 UEFA Piala Super , 1 Piala Itali, 1 Supercup Itali , 1 Piala Kelab Dunia.

Tuesday, June 2, 2009

Gambaran Terbaru runTuhan 'staDium Rakyat'


Stadium Rakyat yang musnah dalam runtuhan hari ini


Satu lagi kejayaan "Projek Kerajaan Barisan Nasional"

StaDium Sultan Mizan berGegar pula

sebelum ini, stadium ismail nasaruddin bergegar dengan konsert search di awan biru, kini stadium sultan Mizan di Gong Badak pula bergegar. Kali ini, kerapuhan binaan di stadium berkenaan meruntuhkan bahagian hadapan stadium ini....berikut laporan daripada MAMPAT.blogspot.com

Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa....


keadaan stadium sebelum runtuhan


adakah sesuatu yang ingin ditunjukkan olehNYA

Fikirlah wahai umat sekalian

Duit Rakyat akan digunakan lagi