memorY 2008

Tuesday, June 2, 2009

StaDium Sultan Mizan berGegar pula

sebelum ini, stadium ismail nasaruddin bergegar dengan konsert search di awan biru, kini stadium sultan Mizan di Gong Badak pula bergegar. Kali ini, kerapuhan binaan di stadium berkenaan meruntuhkan bahagian hadapan stadium ini....berikut laporan daripada MAMPAT.blogspot.com

Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa....


keadaan stadium sebelum runtuhan


adakah sesuatu yang ingin ditunjukkan olehNYA

Fikirlah wahai umat sekalian

Duit Rakyat akan digunakan lagi

No comments: