memorY 2008

Friday, July 16, 2010

Kini tak seperti Dulu....



Kini, masuk mggu ke empat awokbola berapa di sekolah kebangsaan kampong raja,besut. banyak pengalaman yang aku tempuhi sepanjang berada di situ. Perkara paling menarik awokbola kat sekoloh tu ialah e-book pada murid tahun 4 dan 5.Sebagai anak jati tranung, aku merasakan anak-anak tranung masa kini sangat beruntung dengan pemberian ini. Langkah ini merupakan langkah yang baik jika dilihat dr sudut yg baik dan satu langkah pembaziran jika di pandang dr sudut yang berlainan. Baik atau buruk pemberiaan ini bergantung kepada pengisiannya.

cadangan saya kepada sesiapa yg berkenaan:

1)wujudkan satu program celik komputer kepada semua murid yg menerima e-book kerana tidak semua murid mahir dengan ICT ini. Program ini boleh diadakan pd hujung mggu ni di Pusat Komuniti Bestari yg wujud di semua DUn di terengganu

2)pemantauan secara berkala perlu dijalankan bagi memastikan penggunaan e-book ini hanya untuk perkara berfaedah

saya juga berkesempatan merakam aksi-aksi murid-murid yang baru sahaja sehari menerima e-book ini.

tekUn mengubah wallpaper masing2

siap bwk Tikus lagi pergi skolah


malu bertanya sesak jalan sayang

setelah melihat satu hari ragam murid tahun 5 yang baru menerima e-book, aku dapat melihat KEBAIKAN pemberian e-book ini:

1)murid tahun 5 tidak lagi berPeluh berlebihan sbb mereka tidak lagi berlari-lari dan bermain sewaktu rehat..(sbb skrg main e-book tyme rehat)

2)lahir murid SANGAT celik it dan penggabungjalinan ICT dalam PJK....(tyme Pj pom bawak e-book g padang)

p/s: semoga e-book ini akan terus mengekalkan Terengganu sebagai negeri terbaik dalam akademik dan kokurikulum.

3 comments:

syazwan safwan said...

aku rasa macam dok molek je bagi ebook tu..main game je budak2 tu..base sungguh..

tp aku rasa bdk di trg paling celik notebook..

EIO SKKR said...

komen kepada:
cadangan 1)
Memang ada kelas komputer. diadakan pada hujung tahun dan musim suti sekolah.

cadangan 2)
EIO ditugaskan untuk memastikan penggunaan e-book ini hanya untuk perkara berfaedah

Komen kepada:
kebaikan 1)
Berpeluh itu bagus untuk kanak-kanak. Tiada istilah berpeluh berlebihan.

Kebaikan 2)
Kecelikan IT bagi kanak bawah umur pelu diselarikan dengan bimbingan.

Mr_17 said...

itulah yg kita semua mahukan...supaya anak-anak generasi baru terengganu meletakkan nama mereka sebaris dgn tokoh-tokoh negara..

buat EIO skkr: terima kasih utk informasi yg diberikan.awokbola sgt menghargainya....