memorY 2008

Monday, August 24, 2009

JeFF FC dalam Kenangan..

Jeff Fc dalam kenangan..

24ogos 2008: Jeff Fc atau IPSum Fc mengemudi saingan IPGM di Grand Final Kosmo Varsiti Futsal 2008 di UPM. Nasib tidak menyebelahi JEff FC yang hanya bertahan sehingga pusingan ke2 apabila tewas 1-0 ketika berdepan Politeknik Shah alam.

24ogos 2009 : 3 ramadhan 1430 h : IPGM tidak dibenarkan untuk beraksi di mana2 kejohanan futsal kosmo varsiti futsal 2009 dek karenah birokrasi penganjur yang mungkin memikirkan keuntungan semata-mata tanpa konsep 1 malaysia yg sebenar..





PASUKAN pilihan kategori Lelaki Terbuka, MMU 'B' dari Universiti Multimedia (MMU) berjaya menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal peringkat Zon Utara yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan yang berakhir semalam memperlihatkan barisan MMU 'B' berjaya mencuri tumpuan penonton sejak beraksi pada pusingan peringkat kumpulan.

MMU 'B' menampilkan kemahiran yang tinggi dalam setiap perlawanan yang diharungi, sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar layak bergelar juara.

Malah, pada perlawanan akhir ketika menentang pasukan Relax Sudah dari UiTM Pulau Pinang semalam, ternyata skuad MMU 'B' dengan mudah membolosi gawang lawan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Palitus dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) manakala tempat keempat disandang Frenzy UiTM 'A' dari UiTM Shah Alam.

"Kebanyakan pemain dalam pasukan kami telah berpengalaman bermain futsal lebih dari lima tahun dan ini memberi kelebihan kepada kami untuk mengharungi setiap perlawanan yang ada.

"Setiap pemain juga mempunyai persefahaman yang tinggi etika bermain dan ini memudahkan kami bermain dan memperdaya pemain lawan," kata kapten MMU 'B', Ahmed Ebrahim Ahmed.

Jelasnya lagi, setiap pemain pasukannya merupakan pelajar dari negara Timur Tengah yang sedang menuntut di MMU dan ia merupakan antara daya penarik setiap kali mereka beraksi dalam mana-mana kejohanan yang disertai.

"Pada pusingan Grand Final nanti, kami sasarkan untuk menjadi johan sekali gus mengekalkan rekod cemerlang kami dalam kejohanan ini," tambahnya.

Untuk rekod, MMU 'B' merupakan penyandang juara bagi kategori Bawah 23 Lelaki pada peringkat Grand Final dalam kejohanan yang sama tahun lalu.

Bagi kategori Bawah 23 Lelaki, johan menjadi milik pasukan UPM Veto FC, kedua dimenangi Jeff FC (Institut Perguruan Tuanku Mizan), Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) di tempat ketiga manakala keempat disandang PSA dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Johan bagi kategori Bawah 19 Lelaki pula disandang oleh pasukan Bumi Alma (SMIK Pokok Sena), tempat kedua dimenangi Katang FC (UiTM Pulau Pinang), ketiga dimenangi Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) dan keempat IPTB FC (Institut Perguruan Tuanku Bainun)

dipetik daripada arkib Kosmo 4 ogos 2008 (sini)

8 comments:

Dan said...

nape amek name jeff fc?

Mr_17 said...

sblum ni msuk zon timur, gune dh name ipsum tp kaloh awl atas sbb2 tertentu..hahaha..ph2, bile nk g maen zon utara, kne tukar nama..ambk la nama pensyarah kitorg yg support ktorg slalu..en jeffri...hehehehe

WaNnY said...

name team sangat unik seh..eheh, nape kena tuka name lak?

Dan said...

haha!! encik jeff..namamu di hati..

Mr_17 said...

sajer jer..bg name sponsor naek sket..hahahaha...ok gk la jeff fc..
timbln ktorg pn gelak mase dgr name 2a

MyPolyCampus.Net said...

jemput ke forum pelajar & alumni Politeknik seluruh Malaysia di http://www.mypolycampus.net/

Anonymous said...

bkpo sale kenangan tuh?...en jeff tuu nama pensyarah ek?..huahua

Mr_17 said...

yup..name pensyarah la...sponsor besr ktorg.heheehhe...dop maen la, tp klu ade match, join jer kot