memorY 2008

Friday, June 10, 2011

PeteH TraNunG PeteH...."The Whites"


Tentera Putih! Satu perumpaan baru bagi Bolasepak Terengganu. The Whites juga adalah gelaran terkini yang menerpa kepada Skuad Penyu dari negeri Pantai Timur Malaysia itu. Dan lebih mengujakan apabila The White Turtles kini semakin mendapat tempat dihati penyokong penyokong Terengganu.

Pasukan yang ditubuhkan pada tahun 1972 ini semakin melangkah gagah di pentas bolasepak Malaysia. Kehadiran The Whites begitu dihormati lawan mereka. Terengganu pada abad ke 21 sudah berubah wajah sepenuhnya. Mereka bukan lagi pasukan belasahan seperti mana ketika di era pertengahan 90-an. Awan mendung itu telah lama pergi dari Bumi Darul Iman. Sejak kejayaan melangkah ke Liga Perdana 1 pada musim 1999, Terengganu terus gagah mengorak langkah menuju kejayaan yang dimulakan dengan kejayaan menjuarai Liga Perdana 2 pada musim 1998. Skuad bimbingan Haji Abdul Rahman pada ketika itu turut melakukan kejutan mara sehingga ke final Piala Malaysia 1998, satu kejayaan yang teramat besar bagi pasukan yang hanya bermain di divisyen 2 pada musim itu. Walaupun tewas kepada Perak, Skuad Penyu 1998 harus dihamburkan dengan pujian kerana merekalah pencetus revolusi bolasepak Terengganu.

Pada musim 1999, tampuk kejurulatihan Terengganu bertukar tangan kepada Yunus Aliff. Kejayaan yang dibawa Yunus Aliff ialah membawa Terengganu ke final pertama Piala FA. The Whites terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti di kandang keramat SSINS. Walaubagaimanapun Yunus Aliff memacu Terengganu sekali lagi ke Final FA pada musim 2000 dan kali ini The Whites tidak menangis lagi dan berjaya membawa pulang Piala FA buat pertama kali ke Kuala Terengganu.

Musim 2001 adalah musim paling gemilang The White Turtles. Memulakan langkah kanan dalam kancah Liga Malaysia musim 2001 apabila berjaya memenangi Community Shield 2001 apabila menewaskan Perak 4-0 di SSINS. Kejayaan gemilang itu diteruskan di dalam mengejar kejuaraan liga pertama apabila pada pusingan pertama liga, Terengganu gah dipersada tanpa sebarang kekalahan. Walaubagaimanapun kejuaraan liga terlepas jua pada pusingan kedua liga apabila The Whites terpaksa melepaskan tampuk pemerintahan liga kepada Pulau Pinang. Terengganu hanya mampu muncul Naib Juara Liga Perdana 1. Namun kekecewaan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat juang pemain-pemain Terengganu. Dengan tanpa pemain import dalam Liga Malaysia mulai musim 2001 pada ketika itu, Terengganu membuat kejutan dan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi Piala paling berprestij di Malaysia iaitu Piala Malaysia. Akhir setelah sekian kali piala hanya mampu dipandang dari jauh, The White Turtles berjaya membawa pulang piala itu ke Kuala Terengganu.

Selepas era 2001, tiada lagi kenangan manis yang dapat dikongsi bersama sama penyokong Terengganu selepas itu. Cuma pada 2004 sahaja Terengganu sekali lagi berjaya ke final Piala FA, tetapi tumbang di kaki Skuad Selandang, Perak. Sebenarnya selepas era 2001 banyak krisis melanda Skuad Penyu. Pada musim 2003, Terengganu telah kehilangan ramai tonggak Skuad 2001. Sapian Wahid, Wan Rohaimi, Abdul Ghani Malek, Hairuddin Omar, Subri Sulong, Rosdi Talib semuanya melangkah pergi. Yang setia pada ketika itu adalah Zuber Ibrahim, Fadziallah Mamat, Zulharisham Awang dan Marzuki Yusof. Namun tanpa disangka kejayaan ke Final FA 2004 juga sebenarnya hasil kehadiran pemain pemain muda yang mewarnai The White Turtles. Nama nama seperti Zairo Anuar Zailani, Norfarham Mohammad, Norhisham Hassan, Norfazly Alias dan juga Syamsuri Mustaffa. Mereka ini lah yang telah memacu kembali pergerakan Terengganu dan pada musim 2005 satu lagi permata baru yang muncul iaitu Ashaari Shamsuddin.

Pada musim 2007 Terengganu kembali digugat kembali dengan kehilangan tonggak tonggak utama. Norfarham Mohammad, Norhisham Hassan, Norfazly Alias, Syamsuri Mustaffa telah keluar dari pasukan. Masih jadi tanda tanya adakah mereka keluar atau dikeluarkan. Sebenarnya kegusaran itu tidak menjadi luka yang dalam kepada The Whites kerana generasi emas Terengganu telah dilahirkan. Skuad Muda Penyu telah memberi satu harapan yang tinggi. Kejayaan menjuarai Piala Presiden 2006 dan pingat emas Sukma 2006 adalah segalanya jawapan untuk persoalan mampukah Terengganu kembali bangkit. Selepas itu muncul nama nama seperti Abdul Manaf Mamat, Ashaari Shamsuddin, Ismail Faruqi Ashaari, Sarbini Allawee, Muhaimin Omar bersama sama Zairo Anuar Zailani, Marzuki Yusof dan lain lain untuk menjadi hero baru yang sentiasa bermain di bibir penyokong.

Kejayaan Sukma 2008 dan 2010 pula menambahkan lagi generasi emas Terengganu akan mencetuskan satu fenomena sedikit masa lagi. Pada musim 2010 Terengganu telah kehilangan Ismail Faruqi kepada pasukan bandar yang sama T Team dan Wan Aliff Wan Jasmin telah kembali berbakti untuk Terengganu selepas beraksi hebat buat PKNS Selangor pada musim 2009 dan dia juga merupakan bekas produk Harimau Muda. Pada musim ini musim 2011, The Whites dikejutkan dengan perpindahan pakar freekick Zairo Anuar Zailani atau ZA7 kepada T Team tetapi menerima kembali Ismail Faruqi ke pangkuan. Dan Terengganu juga berjaya mendapatkan tandatangan seorang lagi pemain T Team iaitu Abdul Hadi Yahya. Pada musim 2011, Skuad Penyu seperti tidak diberikan sebarang harapan untuk mengegar oleh media media arus perdana walaupun peminat pemiant sejati telah nampak akan kilauan kejayaan pada skuad ini setelah kejayaan menduduki tempat ketiga Liga Super 2010.

Musim 2011 telah menjanjikan satu kejayaan untuk The Whites. Dengan dibarisi tenaga muda dan berpengalaman mereka berjaya mencetuskan satu evolusi baru untuk Skuad Penyu. Sarbini Allawee menjaga gawang untuk sekian kalinya dibantu oleh empat benteng ampuh. Mazlizam, Zuber Azmi, Helmi Ramli dan Kapitan Juki, Marzuki Yusof. Kejayaan Zuber Azmi diserap ke skuad olimpik 2012 dan Helmi Ramli ke skuad kebangsaan membuktikan tahap disiplin mereka menjaga kubu pertahanan. Sarbini pula masih kekal antara 3 penjaga utama negara dan terus diberi kepercayaan menjaga gawang negara ketika Apex bersama tugasan olimpik. Sementara di kawasan tengah pula, kelibat Reshafiq Alwi, Joseph Kallang Tie dan Ismail Faruqi pula sangat sangat berkesan. Reshafiq membuktikan beberapa kali dia bukan sahaja berpewatakan defensive midfielder tapi juga berupaya menjaringkan gol melalui rembatan luar D. JKT paling mencuri tumpuan, keupayaannya mengelecek pertahanan lawan di sebelah kanan dan kerajinannya berjaya menambat hati penyokong. Ismail Fauqi pula tenang mengawal kawasan tengah dan berjaya mengambil tugas yang ditinggalkan Zairo dengan cemerlang. Kelajuan juga adalah senjatanya selain kelicikan membawa bola ke dalam D.Ashaari Shamsuddin yang berada di kiri lebih beroreantasikan menyerang bersama sama Manaf Mamat dan Hadi Yahya.

3 Penyerang utama The Whites musim ini Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya telah menjadi penyumbang utama gol2 Terengganu musim ini. Mereka menyumbang lebih separuh gol The Whites musim ini. Dan Hadi muncul penjaring terbanyak dengan 15 gol dalam liga. Hadi masih berpeluang muncul pemenang kasut emas selepas Ashaari memenangi kasut emas pada 2010 dan kasut perak pada 2009. Dan tanpa disedari kini semua pemain pemain Terengganu telah begitu mesra di bibir penyokong. Mereka begitu mengenali pemain Terengganu era kini. Kedudukan ketiga liga dan ke final Piala FA adalah satu permulaan yang memberangkan kepada The White Turtles dan tidak hairanlah kejayaan demi kejayaan akan muncul lagi selepas ini setelah kembalinya Muslim Ahmad, Shukor Jusoh, Faizal Mohammad, Izzaq Faris dan seorang penjaga gol lagi dari skuad Harimau Muda. Mereka akan memacu kegemilangan bolasepak Terengganu.


SUMBER: SINI

Sunday, May 22, 2011

KeJuaraaN berGanDa di TaHun terakHir

alhamdulillah, di tahun-tahun terakhir pengajian di IPGKSM terChenta ini, awokbola masih mampu merasai kehangatan sebagaI JUara.

KejuaraaN perTama yg diniKmati oleh awokbola dan geng2 Veteran Maktab ialah Juara Liga paling berprestij IPGKSM iaitu LIGA IBN MAJiD yg msuk edisi ke 4. Abdul Wahid Fc (PISMP JAN 08) dinobatkan sebagaI Juara liga setelah menewaskan All Reject Fc (PISMP Jan 11) dengan jarinGan 3-0. Lebih Manis lagi, Kejuaraan ini menJadi KejuaraaN ke 3 buat PISMP Jan 08 yg terbukti kehebatannya sejak Edisi pertaMa lagi.......




Belum pun reda dengaN kegembiraan itu, IPSUM FC pula ditabalkan sebagai
JOHAN FUTSAL Liga Sukan Utk Semua anjuraN MajLIS Belia Besut. IPSUM FC berjaya menewaskan Ex-Kepas Fc dalam perlawanan akhir dengan jaringan 2-0. KejuaraaN ini juga telah membUktikan bahawa IPSUM Fc masih lg kuasa Besar dalam arena Futsal besut dan IPGKSM masih lg mempunyai pemain-pemain yg berkualiti utk menyahut cabaran pasukan-pasukan lain.

bergambar kenanGan bersama Dato' Seri Idris Jusoh


SaTu RiBu jerrrrr

Saturday, April 16, 2011

SepaRuh akHir.........SKBJ ke 3....

PasukaN bola Baling SKbJ 2011


sebelUm ini, pasukan Bola Baling perempuaN skBj gagaL untuk ke sEparuh akhir kejohanan bola baling zon Jabi kerana kekurangaN satu mata. KegagalaN itu ditebus oleh pasUkan lelaKi SKBJ apabila mereka layaK ke sepaRuH akhir selakU NAib JohaN KumpulaN A. perjuaNgan SKBJ utk ke sepaRuh akHir terpaksa ditenTukan sehingga perlawanan terakhir kumpulan apabila berjaya menamatkan perlawanan itu dengan jaringan 1 berbalas 0. berikut merupakan keputusan pasukan SKBJ lelaki dlm kejohanaN ini:

SK Kg Batu Tok Dor vs SKBJ : 1-1
SKBJ vs SK Tok Dor : 2-1
SK KerandaNG vs SKBJ : 4-4
SKBJ vS SK KUala Kubang : 4-1 ( sk kuala Kubang merupakan JOHAN kejohanan)
SKBJ vS SK Tempinis : 1-0

Dengan keputusan 3 menang dan 2 seri, SKBJ layak ke sepaRuh akhir selaku N.johaN kumpulan A menentanG Johan kumpulan B, SK APal. Ternyata SKBJ bukan tandingan Sk Apal apabila anak didik jurulatih TerenggaNu, Cikgu Fauzi membenam cabaran SKBJ dengan jaringan 5-1. Pada perlawanan Akhir, SK Apal bertemu dengan SK KUala KubaNG dan perlawanan berpihak kpd SK Kuala KUbang. ( SK kuala Kubang tewas kpd SKBJ tueeeeee)....

Panorama sepajang kejohanaN:

PenyoKOng Setia SKbJ


PerlawanaN pertaMa SKBJ
1-1

semaNgat kesuKanan Perlu disemai dr akar umbI


sape KentUt angkaT tanGan.....


Selepas MenjarinGkan Gol keempaT menentaNG SK KUala KubaNg
(4-1)

MenenTang SK Tempinis
1-0


InilaH perlawanaN yang membenaM CabaraN SKBJ pada kali ini....


Wednesday, April 13, 2011

SenTuhaN PertaMA yG kecUndaNg

My FirsT TEaM


13/4/2011 menjadi sejaraH baru dalaM kehidupaN awokbola. Hari ini, awokbola berkecimpuNg kembali dalam arena Bola Baling yg telah sekiaN lama DitiNggalkan...Awokbola n De GenG berpeluang membanTu guru-guru Sk BukiT jerOk untuk membenTuk pasUkan BOla BalinG SKBJ bagi Tahun 2011. Sedikit sebanyak ilmu kejurulatihan ini di kongsi oleh guru berpengalaman, Cikgu JUnaIdi, CikGu waN aZiz dan ramai Lagi. IlMu sebegiNi sukar utk dipelajaRi dan cikGu-cikGu di sini tidak lokek utK berkonGsi pengalamaN dengan bakal-bakal Guru seperTi kaMi.

Kejohanan Bola Baling Zon Jabi 2011 telah diadakan pada 13-14/4/2011 di SK KG BAru Tok Dor. pada hari ini, hanya kategori perempuan sahaja berlangsung dan esok,kategori lelaki akan berlangsung pula dan di jangka saingan yang lebih sengit daripada pasukan yg bertanding.....

Berikut kepUtusaN Pasukan Bola BalinG Perempuan SKbJ:

1. SKBJ VS SK Kuala Kubang ( 2-1)
2.SK TEmpinis vs SKBJ (8-0)
3.SKBJ vs SK Tok Dor (3-0)
4. SKBJ VS SK Bukit Tempurung ( 3-6)
5. SK Oh vs SKBJ (4-0)

dengan keputusan 3 menang dan 2 kalaH, awokbola berpuashati dengan pencapaian pasukan SKBJ yg dibentuk dalam masa tidak smpi seminGGu. Pencapaian hari ini akan menjadi kayu pengukur utk awokbola lebih maju pada masa hadapaN.

BarisaN jurulaTih SkbJ


Ade Gaya CoacH x????


SesI pemaNas badaN


SemanGat CiKGu JUnaidI menjaDi naDi SKBJ


GeraKan Maut dr SKbJ

teKun menimBa ilMu dr cikGu JunaIdi



ReaKsi BerbeZa..ahahhaha

BincaNg tekTikaL ke nI?????

Friday, April 8, 2011

SukaNEka La PulOk......

MArinG aka 7hb4 2011, SKBJ adik kepada SSBJ (sekolah sukan Bukit Jalil) telah menganjurkan Sukaneka Tahunan di Stadium TerbUka Bukit Jerok. Sukaneka ini merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua murid setelah saban hari menuntut ilmu tanpa Jemu..ahaahhahaa.

Minggu ni dah minggu ke-9 awokbola dan De Geng berada disini dan 3 minggu lagi, kami akan berangkat meninggalkan SKBJ tercHinta ini...Sekolah yang banyak memberi kami ilmu serta pengalaman sebelum menempuh dunia realiti sebenar.....JujUr awokbola katakan, sekolah ini adalah antara sekolah terbaik untuk seorang guru praktikum bagi menimba ilmu dan pengetahuan...(budak2 junior, cepat2 la pilih skolah ni utk praktikum lpas nieee).....segala keperluan disediakan utk guru praktikum dan yg paling pentIng, guru-guru serta pentadbir sekolah ini melayaN kami sebagai sebahagian daripada Mereka dan sebagai saTu pasUkan dan BukannYa sebagai "TETAMU" yang dataNG utk menziarahI mereKa. Awokbola n De Geng sanGat gembira dan selesA berada Di SKBJ ini..... saYu sbenaRnya utK menempuhI 3 minGGu terakhir di SKBJ......

Jom kiTa TengOk aksi-akSi Hero & Heroin BukiT JErOk Ni:

OrG KuaT sukaNeka 2011


ResTu diPoHOn PdnYa sebeLum sukaneka Bermula



Aktiviti ReganGan oleH Cg ridHwaN (tiada dlm Gmbr)


JOhaN SUkaneka 2011


KetinggaLan 2 mata dr JOhaN


Selesa dengaN tempaT keTiga


TempaT ke-4 dengan TabaH










PenamPIlaN istimewa:

My CikGu pemBimbINg
PUan SalWa