memorY 2008

Thursday, April 22, 2010

CikGU ke aKu..???


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


DAN HaRI INI aKu Guru PrakTIkUM....

Pejam celik,pejam dan celik lagi, dah di semester 5 aku sebenarnya. Sudah tiba masanya untuk aku dan kawan2 lain merasai pengalaman jd cikgu atau teacher/ sir dokpun jadi ustaz or ustazah. Paling2 cikai pn jadi sifu r pada bdk2 di sKoloh.

Pada pikiran mereka yg bukan golongan cikgu dan bakal cikgu mungkin mudah tapi hakikat sebenarnya lebih susah dr membina burj khalifah di dubai. Pembinaan Burj Khalifa hanya memerlukan perancangan yg rapi dan pelaksanaanya akan mengikut perancangan yg dibuat. TETAPI seorang guru juga memerlukan perancangan tapi pelaksanaannya kadang2 jauh tersasar dr perancangan yg dibuat. Bak kata pepatah " seorang doktor yang silap membedah pesakit hanya akan MEMBUNUH pesakit itu sahaj akan tetapi seorang GURU yang SALAH mendidik akan merosakkan SATU generasi itu".

Kini sampai masanya untuk aku merasai sendiri pengalaman menjadi cikgu di Skoloh KebangsaaN amer. Sebulan di sana kurasakan seperti sehari sahaja. Banyak pengalaman yg aku timba drpd praktikum fasa 1 ini. Dan yang paling penting, aku dapat rasakan kembali perasaan yg cikgu aku rasai sewaktu mengajar murid nakal sepertiku suatu masa dahulu.

Buat cikGu yang pernah mendidik dan mengasuhku drpd Pasti, skoloh Kebangsaan Sultan Omar, SMK (a) Kuala Abang dan hinggalah di IpG tercinta nie, aku memohon ampun dan maaf andai diri ini nakal sewaktu pengajaranMu dahulu. Terima Kasih cikgu atas jasa yg kalian taburkan untuk ak dan aku janji akan meneruskan legasi kalian apabila aku melangkah ke arena perguruan 2012 nanti. Insyaallah.

Aku ingin kongsi nostalgiaku sepanjang sebulan bergelar CIKGU...



mekaseh yer bg cikgU adiah nie...


Guru pembimbing yg banyak mengajar kami...




saper nk jawab soklan cikgu, angkat tangan...


..ikut cikgu buat nie..


.:4B, nakal kamu mengubat duka:.


:>5A,Riang Kamu menambah Ceria<:





Friday, April 9, 2010

LambUngaN oMbak memBelaH panTAi


27 march 2010 menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. Peristiwa dilambung ombak besar hingga aku dan kawan2 yang menyertai Program Rekreasi Matematik 2010, Ekspedisi Berkayak ke Pulau Rhu tercampak daripada bot yang kami naiki.

Dengan kuasa Allah, kami semua selamat daripada sebarang musibah. Aspek keselamatan yang ditekankan oleh moderator program, Encik Asri ternyata menyelamatkan kami. Terima kasih buat semua pensyarah yang terlibat dalam program rekreasi ini, encik, lokman, tuan haji hassan, encik rosaimi dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini walaupun kami berdepan peristiwa genting dalam program ini. Panorama sepanjang aktiviti ini berlangsung :









Monday, March 15, 2010

DunIa bolaSepak turUt BENCI ISRAel

Hassan Shehata

Sebaik sahaja berjaya membawa Mesir memenangi Piala Afrika 2010 yang baru saja berlalu, jurulatih pasukan bolasepak Mesir, Hasan Shehata menjadi rebutan pelbagai negara untuk melatih kesebelasan pasukan bola sepak mereka. Dengan kejayaan memenangi trofi Piala Afrika 2010 tersebut, bererti Shehata telah berjaya menjadikan Mesir juara untuk ketiga kalinya secara berturut-turut.

Ternyatat, negara haram Israel juga turut serta menanam minat ke atas kehebatan Shehata untuk melatih pasukan bolasepak Israel. Namum minat Israel telah ditempelak oleh Shehata.

“Saya lebih suka mati kelaparan daripada melatih Israel,” katanya kepada akhbar harian Mesir Al-Masry al-Youm, pada hari Selasa (9/2).

“Saya boleh mengerti bahawa Israel sangat cemburu akan kejayaan pasukan Mesir. Tetapi dari perspektif saya, itu tidak mungkin untuk menginjakkan kaki saya ke Israel atau melatih pasukan mereka, walaupun jika Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang ingin memberi saya peluang pekerjaan tersebut.”

Shehata berkata lagi: “Bagaimana Zionis berfikir bahawa saya akan melatih para pembunuh anak-anak dan orang tua? Bagaimana boleh saya bekerja melatih sebuah pasukan yang mewakili bangsa penjajah?”

“Dari sejak saya dilahirkan, saya telah mendengar tentang pembunuhan Israel terhadap orang-orang Arab, di kota hingga ke desa.” tambahnya.

Kenyataan berani Shehata telah menyebabkan semua media Israel melancarkan serangan terhadap dirinya, dengan makian dan kata-kata kasar kepadanya, dan juga terhadap Mesir, setelah sebelumnya media-media Israel memuji kehebatan Shehata dalam melatih pasukan bolasepak Mesir. (eramuslim/fn) --SINI---


Thursday, March 4, 2010

BerlaMbak laGi ada....

Cerita ini bermula setelah 3 orang yang selamat dari kapal terbang terhempas dilautan. Mereka bertiga selamat setelah berenang kesebuah pulau dan diselamatkan oleh sebuah helicopter persendirian yang melintas dipulau tersebut. Ketiga2 mereka terdiri dari rakyat Amerika 1 Malaysia 1 dan indon 1.


Semasa dalam penerbangan itu, orang Amerika terlihat buah apple di atas meja, lalu dikunyahnya buah apple itu.Akan tetapi, orang amerika itu sekali gigit sahaja buah apple itu kemudian terus buang ke luar tingkap, kononnya nak menunjuk-nunjuk . Bila ditanya apasal gigit sekali terus buang dan dengan selamba dia jawab kat negeri dia berlambak-lambak buah apple mcm ni...


pastu orang indon ni Nampak rokok kretek lalu dihisap nya sekali sedut..terus buang ..diambil lagi sebatangrokok. hisap sekali sedut terus dibuang keluar sambil berkata "loeh ...NGAK apa kat negeri gue banyak benda ni.." dan habis je dia bercakap dengan tak semene-mena orang Malaysia ni terus tolak dia keluar.


terkejutlah orang amerika tu !!!! kenape kamu tolak dia ???

“Don`t worry sir” kat negera saya bersepah lagi diorang tu”


p/s: kesimpulannya, kehidupan mengajar kita erti bersyukur dan kesederhaan merupakan lambang kesempurnaan iman. Usahlah kita terlalu bermegah dengan apa yang kita ada kerana tiada yang kekal melainkan Yang Maha Esa...

Wednesday, February 24, 2010

SeNgIt dan MendebArkan....

JersI baRu KasiM baba Fc


Perlawanan ketiga bagi KasiM baba Fc ternyata sengit dan mendebarkan. Kuda Padi Fc mengegarkan gol Kasim Baba Fc pada minit ke 17 hasil kesilapaN "Casillas Cech" yang gagal menghalang hantaran lintang capT Kuda Padi.

Apek selaku kapten menjadi pencetus kebangkitan Kasim baba apabila menjaringkan gol Penyamaan pada minit 25 dan diikuti oleh Afnan pada miniT ke 30. Perlawanan berlaku sengit dan berlaku beberapa insiden kekasaran tetapi masih dalam kawalan.

Aksi-aksi sepanjang Kasim BaBa Fc menenTang Kuda Padi Fc