memorY 2008

Sunday, June 27, 2010

PenaNgan Piala Dunia 2010

Hari ni, Piala Dunia mulai masuk pusingan kalah mati di mana dua pasukan pilihan telah terkeluar dr saingan. Itali, Juara bertahan tersingkir selepas tewas 3-2 kepada slovakia. France, Juara Piala Dunia 1998 yang hadir dengan kontroverC turut pulang lebih awal. Dalam bola sepak, banyak perkara boleh berlaku kerana BOLA itu JABULANI.

Isu yang menarik tentang Piala Dunia di Afrika Selatan ini ialah kisah vuvuzela. seorang penyokong kulit putih afrika selatan telah disahkan bisu oleh doktor setelah meniup vuvuzela pada perlawanan baru-baru ini. selanjutnya di SINI.




Banyak yang kita perolehi sepanjang kejohanan no 1 ini, contohnya Teamwork. permainan berkumpulan ni sangat mementingkan kerjasama dan kemenangan yang dicari hanya diperolehi oleh pasukan yg sangat kuat kerjasamanya.



perkara yang sama turut melanda wakil tunggal malaysia di Piala Dunia,Subkidin yang hanya bergelar pengadil keempat sahaja setakat ini. Bukan nak merendahkan subkidin tp semuanya keraNa kerjasama dan sikap ahli kumpulannya.

Fakta kelakar dan kisah benar tentang Subkhiddin, yg pasti kau orang mahu tahu..aku nak share dengan kau orang semua..Dulu sebelum mahu join World Cup kat Afrika pasal team Subkhiddin ni, setiap referee kena ada team mereka sendiri, Seorang Referee, 2 Linesmen, dan seorang Referee simpanan.. Kelayakkan dibuat atas merit, iaitu kutipan point dan persembahan berdasarkan mutu pengadilan sesuatu perlawanan.. Kiranya, group Subkhidin ni, point mereka agak tinggi dan berkemungkinan layak sangat tinggi, kerana kerjasama dan mutu pengadilan dari team Subkhidin ni agak tinggi.. tetapi sesuatu telah berlaku, kira-kira 2 tahun lepas.. Apabila salah seorang, rakannya dalam kumpulan Subkhiddin, iaitu pengadil dari Thailand telah menghadapi pendakwaan di Mahmahkah tinggi Thailand..

Rakannya, telah didakwa kerana membunuh majikkannya atas perselisihan fahaman.Pengadil dari Thai ni, telah meletakkan bom dibawah kereta majikkannya dan meletupkan majikkan sehingga hancur berkecai. Aku pun tak tahu, apa sebab sampai pengadil dari Thai ni, pergi letupkan boss nya sampai begitu sekali.. Mungkin pengadil ni berasal dari Selatan Thai yg tahu dan memang mahir tentang pembuatan Bom..

Atas pendakwaan itu, Subkhiddin dan rakan-rakan lain, terpaksa membentuk pasukan baru.. dan kiraan mata, terpaksa bermula dari bawah kembali.. So kalau benar beliau layak??, maknanya Subkhiddin dan rakan2 berjaya lah mengejar mata kembali?? tak sia-sia mereka bertungkus lumus mengejar mata demi mata dengan mengadili begitu banyak perlawanan antarabangsa, disebabkan oleh masalah terrorism rakannya itu.. tahniah.. cerita ini merupakan kisah benar, dan diceritakan oleh anak dan anak saudara beliau sendiri

so, dlm Piala Dunia ni, subkidin keseorangan sahaja apabila hanya dia yang layak dan benar-benar cergas dalam kumpulan pengadil itu Dan amat sukar untuk subkidin utk menjadi sekurang-kurangnya pengadil garisan. apapun yang terjadi, kami di awokbola mendoakan agar subkidin berJAYA menjadi sekurang-kurangnya pengadil garisan dalam Piala Dunia kali ini....

Perdana Menteri kita juga menyarankan agar semua rakyat Malaysia mengamalkan semangat Piala Dunia ketika membentangkan Model Ekonomi Baru Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Dalam bola sepak, kita dapat lihat keSUNGGUHan, Kerjasama, KebangaaN, Maruah dan sebagainya. Semuanya kerana 1 matlamat untuk bergelar JUARA. dan semoga semangat Piala Dunia ini merangsang untuk kita semua untuk terus maju dalam kehidupan.

Sebagai Guru Pelatih, awokbola akan turut menyemai semangat piala dunia ini sepanjang praktikum Fasa 2 yang akan bermula pada 28 Jun hingga 19 ogos di SEKOLAH KEBANGSAAN KG RAJA, BESUT.


3 comments:

syazwan safwan said...

bola itu jabulani..
mende tu..?

Mr_17 said...

jabulani bola yg sangat unik..berbahaya diudara..byk gol pelik jadi tyme guna bola ni..eng, algeria tanggung padah akibat bola ni..hehehe

syazwan safwan said...

ceh..bola adidas jabulani la..