memorY 2008

Monday, August 24, 2009

JeFF FC dalam Kenangan..

Jeff Fc dalam kenangan..

24ogos 2008: Jeff Fc atau IPSum Fc mengemudi saingan IPGM di Grand Final Kosmo Varsiti Futsal 2008 di UPM. Nasib tidak menyebelahi JEff FC yang hanya bertahan sehingga pusingan ke2 apabila tewas 1-0 ketika berdepan Politeknik Shah alam.

24ogos 2009 : 3 ramadhan 1430 h : IPGM tidak dibenarkan untuk beraksi di mana2 kejohanan futsal kosmo varsiti futsal 2009 dek karenah birokrasi penganjur yang mungkin memikirkan keuntungan semata-mata tanpa konsep 1 malaysia yg sebenar..





PASUKAN pilihan kategori Lelaki Terbuka, MMU 'B' dari Universiti Multimedia (MMU) berjaya menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal peringkat Zon Utara yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan yang berakhir semalam memperlihatkan barisan MMU 'B' berjaya mencuri tumpuan penonton sejak beraksi pada pusingan peringkat kumpulan.

MMU 'B' menampilkan kemahiran yang tinggi dalam setiap perlawanan yang diharungi, sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar layak bergelar juara.

Malah, pada perlawanan akhir ketika menentang pasukan Relax Sudah dari UiTM Pulau Pinang semalam, ternyata skuad MMU 'B' dengan mudah membolosi gawang lawan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Palitus dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) manakala tempat keempat disandang Frenzy UiTM 'A' dari UiTM Shah Alam.

"Kebanyakan pemain dalam pasukan kami telah berpengalaman bermain futsal lebih dari lima tahun dan ini memberi kelebihan kepada kami untuk mengharungi setiap perlawanan yang ada.

"Setiap pemain juga mempunyai persefahaman yang tinggi etika bermain dan ini memudahkan kami bermain dan memperdaya pemain lawan," kata kapten MMU 'B', Ahmed Ebrahim Ahmed.

Jelasnya lagi, setiap pemain pasukannya merupakan pelajar dari negara Timur Tengah yang sedang menuntut di MMU dan ia merupakan antara daya penarik setiap kali mereka beraksi dalam mana-mana kejohanan yang disertai.

"Pada pusingan Grand Final nanti, kami sasarkan untuk menjadi johan sekali gus mengekalkan rekod cemerlang kami dalam kejohanan ini," tambahnya.

Untuk rekod, MMU 'B' merupakan penyandang juara bagi kategori Bawah 23 Lelaki pada peringkat Grand Final dalam kejohanan yang sama tahun lalu.

Bagi kategori Bawah 23 Lelaki, johan menjadi milik pasukan UPM Veto FC, kedua dimenangi Jeff FC (Institut Perguruan Tuanku Mizan), Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) di tempat ketiga manakala keempat disandang PSA dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Johan bagi kategori Bawah 19 Lelaki pula disandang oleh pasukan Bumi Alma (SMIK Pokok Sena), tempat kedua dimenangi Katang FC (UiTM Pulau Pinang), ketiga dimenangi Stronghold FC (UiTM Pulau Pinang) dan keempat IPTB FC (Institut Perguruan Tuanku Bainun)

dipetik daripada arkib Kosmo 4 ogos 2008 (sini)

Wednesday, August 19, 2009

Kuda Laut gaH di DaraT

kemaskini 2030p.m: kuda laut Fc telah memenangi perlawanan separuh akhir ke2 pada petang tadi.Ini bermakna IpgmKsm Fc akan bertemu semula Kuda Laut Fc pada perlawanan akhir yg dijadualkan selepas hari raya aidilfitri. Kuda Laut Fc mengalahkan KESUMA BesUt dengan jaringan 2-1 dan perlawanan sebentar tadi berlangsung sengit di mana kedua-dua pasukan saling menyerang dan ternyata Kuda Laut Fc lebih bernasib baik untuk memenangi perlawanan.

untuk rekod, Kuda Laut Fc telah mengalahkan IPGmkSM Fc pada peringkat kumpulan dengan jaringan 2-1.sila klik di sini.

haJat tertangguh

tolonglah bg kami menang....

Hari ini pihak pengurusan IPGMKSM Fc menerima panggilan drpd pihak penganjur Persatuan Bola Sepak Besut (BEFA) mengenai tarikh perlawanan akhir yg ditunda selepas hari raya iaitu kira2 sebulan daripada sekarang...penundaan tarikh perlawanan akhir ini berikut bantahan pasukan yg akan beraksi petang ini. Mereka mengecam tarikh perlawanan akhir yg hanya berlangsung sehari selepas separuh akhir ke2..Penundaan tarikh perlawanan akhir ini sedikit merencatkan momentum IPgmKsm yg berada dalam prestasi terbaik bagi merangkul kejuaraan. Apapun yg terjadi dek karenah birokrasi, awokbola mengharapkan semua pemain mengekalkan tahap kesihatan serta kecerdasan masing2 agar kita mampu memberi saingan pada perlawanan akhir nanti

Ahli lembaga pengarah awokbola.blogspot mengucapkan selamat bercuti kepada semua ahli dan pemain IPGMksm Fc yg akan bercuti pada 20/8/09 hingga 29/8/09 dan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada para pelajar sem4...Semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...salam Bola dari kami di awokbola.blogspot.

rahsia kejayaan...


koleksi gambar 2009

Monday, August 17, 2009

sElangkah menuJu keJuaraaN

"man of the match"

pada perlawanan separuh akhir petang td, IpgmksM menang selesa ketika menentang Gabungan Gong Bayor Fc. perlawanan berkesudahan 4-0. adunan pemain2 berpengalaman serta pemain2 sedia ada tampak begitu serasi dimana IpGmksm Mengawal bola dengan baik sekali.

pemain2 yg menjaringkan gol ialah Bob ( 2 gol), soYa ( 1gol) dan gol tercantik pada perlawanan tadi dihasilkan oleh "Zidane"@ amer dengan tandukan cantik ke gawang gol tanpa menghiraukan rambutnya yg "comey"..hehehe..Manje berpeluang untuk menambah gol, namun tendangan penaltinya ditampan mudah oleh penjaga gol lawan.

buat saudara hafizi, janganlah kecewa sebab tidak dimasukkan pada perlawanan hari ini.mungkin ada "mesej yang cuba disampaikan" disebalik percaturan cik yazit td...

jangan kau berduka...Final milikmu..

Ipgmksm akan bertemu antara pemenang perlawanan antara Kuda laut Fc dan Majlis Daerah besut Fc..perlawanan akhir dijangka berlangsung pada hari khamis ini, 20 hb ogos 2009..

awokbola mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada kami termasuklah akak2 KplI Pj ambilan Jun 2009 serta Naib yang diPertua JPP serta pelajar2 Pismp sem 6, ppismp sem3 dan 2 org adik Pismp julai 2009..sokongan kalian amatlah kami hargai...
sokongan anda kekuatan kami...
(tgk betul2 rambut amir)

semoga khamis ini memberi kami kejayaan yg kami harapkan. Buat encik yazit, kami akan berusaha mencapai kegemilangan buat kita semua pada final nanti...


"poK ceK"
pemain "lama" yg memberi impak pada kami


persembahan yg mantap hari ni.....


menuJu taraf Olimpik ker???


"bekaS pemaIn"

Sunday, August 16, 2009

xDe taJuk


hari ni nk mtk tolong korg2 semua bg markah utk hasil seni awokbola yg pertama sejak 2001..last skali memegang warna air ni mase darjah 6 dlu.huhuhu..hasil seni 2, ade kt paparan disebelah kanan laman ni...jom pakat Vote.bukan ape, klu markah korg bg rendah, awokbola nk buat yg baru punyer utk submit ke pensyarah.heehehehe..terima kasih utk kerjasama kalian...hehehe...