memorY 2008

Tuesday, November 3, 2009

Majlis KesyuKuran N perPisahan

PeruT kenyaNg, Hati sEnang....

Sempena kejayaan pasukan Bola sepak IPGMKSm baru-baru ini, satu majlis makan malam telah diadakan di Gerai Satey Kak Sah. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pasukan serta sebagai tanda perpisahan bagi 2 org pemain yang sangat berjasa dalam jatuh bangun pasukan bola sepak IPGMKSm selama ini. Semoga pasukan bola sepak ini terus bersinar meskipun tanpa 2 "ayam tua" yang bakal bergelar Graduan tidak lama lagi...


sedapnye dapat makan free....


terima kasih utk segalaNYa..


maafkan saya sbb letak awk jd simpanan sepenuh masa,
"kata encik yazit kpd hafizi"


"sesungguhnya tirulah pasukan bola sepak kiter ni..."
kata encik lokman dalam ucapan perasmian...(^-^)


aBislah duet ak kena bayar makan mlm ni.....


bile kak Sah nk mari tambah ni...


Posing kejap deh.....

Pilihlah gerai yg Bersih.....

Monday, November 2, 2009

Bila Cinta BerSebab

Bukan PasaL kaMi tau....

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi
tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti!? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata. "Baiklah!Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih
dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu akutidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap
langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, October 22, 2009

HaJat terCapai, Misi terlaksaNa



Perlawanan akhir Piala YDP Besut 2009 menampilkan aksi yg begitu dramatik. Meskipun tanpa kelibat pemain profesional seperti yg dilakukan oleh kuda Laut Fc, yg menampilkan bks kapten My-team1 @ Shahzan Muda dalam pasukan mereka, Pasukan Ipgm masih mampu memberi tentangan sengit. Turun selaku bkn pasukan pilihan memberi kelebihan kpd pasukan kami apabila sepakan percuma ala beckham yg diambil oleh Manje berjaya menembusi gol pasukan Kuda laut. 6 minit berselang, Bob menanduk masuk bola yg juga hasil drpd pakar sepakan percuma IPGm, Manje yang memberikan kedudukan selesa kpd pasukan Ipgm.

Kealpaan benteng IPGM turut dihukum oleh pemain handalan Kuda laut Yg baru menamatkan tugasan bersama Kelab Shahzan Muda hasil tandukan cantik daripda sepakan sudut disebelah kiri tiang gol. Gawang pasukan Ipgm bolos buat kali ke2 apabila, syahril azmi aka PINk menjatuhkan pemain Kuda Laut di dalam kawasan penalti. Perlawanan terpaksa ditamatkan dengan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 ketika tamat perlawanan.

Pada penentuan sepakan penalti, penjaga gol IPGMksm, Halim menampilkan ketangkasan kelas A apabila menepis keluar 2 sepakan penalti pasukan Kuda laut. Manje muncul wira apabila menendang masuk sepakan penalti ke-7 bagi menamatkan perlawanan dengan 6-5.

Kejayaan merangkul Juara ini ditujukan khas buat institut tercinta sempena 10 Tahun Penubuhan IPGM Kampus Sultan Mizan. Disamping itu, perlawanan ini juga menjadi perlawanan terakhir buat saudara Hafizi Basri dan Mohd Bokhari yg telah sekian lama menabur bakti dalam pasukan IPGMksM kerana bakal menamatkan pengajian hujung tahun ini.

Buat Tuan haji Yazit Bin Ismail, Kejuaraan ini sebagai galang ganti kepada kegagalan kami di KAGUM 2009. Semoga Kejuaraan ini mampu membuat beliau kembali "kagum" dengan pasukan Bola sepak kita...akhir sekali, kejuaraan ini buat semua warga IPGM Kampus Sultan Mizan. Terima Kasih atas sokongan yang kalian berikan pada kami selama ini.

p/s: Terima Kasih buat Jamada sport atas tajaan Jersi buat pasukan kami. Jom pakat g beli kt jamada.


esemeN wat dkat rumah la cik....


baju tajaaN jamada Sports


Gol Pertama...


tandUkan daripada Bob membuahkan hasiL...


senTuhan yang memBerikan penalTi...


sebahaGian penyokong pasukan Institut..


Kami JUARA......




tangkapan kemas, "casillas"


opsss, aku nk lalu ikut sane la...


kami simpan dlu piala ni deh....


Khas Buat Pg n Bob....


"Halim latif & Halim susol"
Double-H, wira bersaudara..



Tuesday, October 20, 2009

HaraPan YanG mengGUnuNG

"mendukUng inspirasi IPGMksm"


Petang ini akan menjadi saksi antara harapan Yang terlaksana atau impian Yang berkecai. Bagi pengurus pasukan, Encik Yazit, perlawanan hari ini adalah timbal balik bagi perlawanan 5 tahun dahulu. 2004 dulu, perlawanan akhir liga bola sePak besut turut menemukan pasukan institut menentang pasukan Kuda Laut Fc ( kuala Besut). Perlawanan tersebut ternyata memihak kepada pasukan Kuala besut dan menghampakan impian insitut.

Hari ini sempena 10 Tahun Penubuhan Institut, Pasukan Bola Sepak IPGMKSm berazam untuk memberikan hadiah istimewa buat Institut tercinta dan seluruh warganya khususnya pengurus, Encik Yazit.

Semoga warga IPGMksm datang beramai2 ke padang astaka jerteh pada pukul 4.30 petang bagi memberi sokongan kepada pasukan ini. Buat pasukan IPGMKSm, selamat maju jaya dan semoga beroleh keputusan Positif petang ini...

Monday, October 19, 2009

Kisah aku dan Kunci...

Cuba lagi bro, tolonglah buka....



napelaH mu duk dalam wahai "kunci".......

Hari ini, kejadian ke2 ak ngn kunci kereta...2 minggu lepas, ak tertinggal kunci kereta dalam bonet kereta Afiq di Kb mall. ..habis kalut ak sbb xpnah terjadi lagi kes2 kebodohan gni...Naseb baek la, pok guard ci2 ada extra-kemahiran and then boleh la buka pintu dengan mudah,.....

Hari ini dalam sejarah, ak skali lagi menunjukkan "kepintaran" ak dengan meninggalkan kunci kereta dalam keTe KhairUl di stesen Minyak Mobil Kuala Terengganu..Mcm kes sblum ni, ak jadi kalut n xtaw nk wat nape...Mujrlah stesen 2 ramai org singgah, and ramai yg datang tolong...

mcm2 cara diorg wat tp xdpt buat sbb kete Khairul ni "center lock"..*diorg la kate*...Setengah jam duk mencuba datanglah brother driver lori. Die tawar diri nk tolong sbb die kate dlu die "Pomeng"....mungkin rahmat tuhan pada kami, die bolehlah buka pintu kete 2 dengan dawai yg memang ade sokmo dlm lori die.....ak kagum ngn brother2 cni sbb sggup luang masa tolong kami....time kaceh blake wat tolong kami td...

Moral:

1. jgn mandai2 kunci pintu klu driver xsurh kunci...

2. tolonglah org selagi boleh tolong sbb nati org akan tolong kita balik..*brother lori yg bgtau*

3. Jgn bagi "ak" pegang kunci keta lagi.......*sudah insaf pak*....


Ni ade kisah tinggaL kunci kereta jugak...bacelaH:

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun… sunroof terbuka!!!”nati basah kereta kita.....

Paham x?????klu xpaham, bace sampai Paham....