memorY 2008

Saturday, October 17, 2009

MakaN denGan Tangan

setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan dan ia merupakan sunnah nabi junjungan kita. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama:
Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua:
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga:
Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........


Moralnya:

Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Saturday, October 10, 2009

IPSUM Fc mengeGar lagi..

Finalis Hoki Tuan Haji othmaN 2009


Hoki ke futsal, kami tetap " THe BluEs"

Hari ini 10 Oktober 2009, sejarah baru dunia hoki IPGM kampus sultan mizan telah tercipta. Pasukan Futsal IPGM menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh KelAB Hoki PuteRa Mizan dengan kerjasama PIsmP pJ sem 6 sepanjang 2 hari ini. Berbekalkan pengalaman dalam sukan futsal serta stamina, pasukan futsal berjaya menjadi JOHAN kejohanan HOKI piala TUan Haji OThman 2009 mengalahkan pasukan pilihan kejohanan. Pada Perlawanan akhir, Pink ( syahril azmi ) dan amir menjaringkan gol bagi menidakkan gol jaringan AFnan daripada Pasukan PSv/Pj. Jom santai dengan aksi-aksi pemain sepanjang kejohanan ini..

RanKing pemain :
0.1: ZaCk *besT keePer*
1. manJe 3 gol
2. amir 2 gol.
3. Boy 2 gol.
4. Halim 2 gol
5. Pg 1 gol
6.Pink 1 gol
7. Bulu 1/2 gol *nyaris nk score gol*
8. Bob *lanGung xmain perAnan*

Maaf kerNa tinGgaLkan kaliaN...


muSuh utama...


Pengemis jalanan


manje, down stick lagi....

ktorg Dah menaNg, jgn dengKi2 tau......

No 17, OffsIde.....


aMir, jgn buka mulut luaS sgt.....



jGn sunGguh ngat.....



PatutlaH ranking plaYer last, padan bwk beg kasuT jer...

Gaji unTuk aYah


Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.
Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".
Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit?
nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat
bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit
lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat
duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si
anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin
sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama
ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

p/s: luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak kerana mereka perlukan kasih sayang yang secukupnya. Jumaat adalah hari menuntut ilmu dan sabtu adalah hari bersama keluarga.

Wednesday, October 7, 2009

DebaRan Final Kian teRasa

sudah sebulan lebih final bola sepak 11 sebelah terbuka Besut telah ditunda daripada tarikh asal. Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi final ini akan berlangsung bagi menentukan juara Besut 2009 di antara Kuda Laut Fc dan IPGMKSm Fc. Perlawanan akhir ini dijangka pada 15hb ini namun ade ura-ura mengatakan perlawanan akhir ini akan ditunda lagi pada suatu masa yang bakal diputuskan pihak penganjur.

apapun tarikh yang akan dilangsungkan, kami di IpgmKsm Fc akan tetap menanti dengan penuh debar perlawanan ini kerana ini merupakan aksi terakhir 2 pemain harapan kami yang akan meninggalkan kami pada tahun hadapan. Latihan kecergasan mula diadakan sejak dua hari yang lepas dimana pemain-pemain mula melakukan larian mengelilingi maktab bagi mendapatkan tahap kecergasan yang optimum demi perlawanan maruah ini...buat semua awok2 bola, teruskan latihan seperti biasa tanpa menghiraukan tarikh sebenar perlawanan akhir ini....

tonggak utama kami..
"langsat"

Kasih sayaNg ke ape...???

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


p/s :
1. untuk awok2bola: bila kita dah sampai ke kemuncak, jgn lagi kita toleh ke belakang dah hargai peluang yang ada kerana peluang xdatang dua kali.

2. untuk sahabat: hargai persahabatan yang sedia terjalin kerna pada masa hadapan belum tentu kita akan bertemu sahabat yang seperti sahabat kita sebelum ini...

3. untuk pasangan bercinta: hargailah orang yang sayangkan kita kerna orang yang kita sayang belum pasti menyayangi kita...

4. untuk semua: hargailah apa yang ada sekarang kerna kita bukanlah ahli nujum yang terbaik untuk meramal nasib kita dikemudian hari...