memorY 2008

Tuesday, February 9, 2010

AzaN dan Bola SepaK..

" mariLah menujU kejaYaaN"

Atas dasar sahabat seagama, awokbola ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang kebesaran seruan azan serta pentingnya untuk kita menghayati azan walaupun kita sedang melakukan pekerjaan ketika azan dilaungkan


Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Oleh itu, hormatilah azan dan hayati bait-bait kalimah azan itu dengan penuh tawaduk. berhentilah seketika jika azan dilaungkan ketika kita sedang bermain atau melakukan sebarang pekerjaan.





DuDuk keTika Azan diLaungKan....


p/s : :: Sedikit Yang Mengingatkan Lebih Baik DARI Banyak Yang Melalaikan ::

4 comments:

Cikgu Sarah said...

Bagus.Nice Entry.

Mr_17 said...

thanks cik saerah...hehehe

Cikgu Sarah said...

welcome :)

:: Pohon Yang Berguna :: said...

Berani mu ambik kata-kata aku. ::Sedikit yang Mengingatkan lebih baik dari banyak yang melalaikan ::