memorY 2008

Friday, May 28, 2010

BeraKhir segalaNya.....

keadaaN bile exaM nk berMUla

seminggu ini merupakan saat paling terUk yang dialami oleh pelajar IPG. Peperiksaan akhir semester diadakan secara MaraTHon Tanpa henTi ini sangat meletihkan dan Paling dirasai oleh pelajar jurusan Matematik dan Sains ,yang mana kertas matematik 1 dan matematik 2 hanya "berjiran" sahaja.

apapun keletihan yang dialami, inilah suka duka yang perlu ditempuhi oleh insan yang berada Di IPG ni....bagi awokbola, peperiksaan ini tidak memberi sebarang tekanan namun isu berkaitan Malam KebudaYaan 2010 yang sangat memenatkan dan menyentap hati kaca seorang lelaki.

Malam kebudayaan tu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada awokbola dan geng2 kolej kediaman Ibn Majid untuk di anjurkan. Hati mana yang tidak perit pabila majlis anjuran kita dikatakan malam yang dipenuhi syaitan dan kelalaian. bukan untuk menjadi "BATU API",(seperti yang dilontarkan oleh seorang muslimah pada awokbola)tapi sekadar luahan hati yang terbuku di hati ini.

semoga kita semua mengambil iktibar drpd peristiwa yg berlaku dan jadikan ianya sebagai pengalaman yang mematangkan kita sebagai seorang muslim dan guru pada masa hadapan.

Awokbola harap isu ini tamat disini sebagaimana tamatnya peperiksaan akhir semester ini.

Semester baru akan menyajikan pengalaman baru apabila awokbola ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja untuk latihan praktikum. Semoga sekolah baru ini akan memberikan seriu pengalaman sebelum awokbola bergelar seorang GURU pada 2012,Insyaallah.

Monday, May 24, 2010

Piala YDP besUt dalam kenanGan


JOhaN Piala YDP 2010

Kejohanan Bola Sepak Piala YDP Besut 2010 telah memulakan saingan baru-baru ini.Kejohanan ini merupakan kejohanan bola sepak terbesar di Besut yang bakal menampilkan pasukan2 handalan seluruh besut.

Bagi edisi 2009, IPGMkSM Fc telah dinobatkan sebagai JOHAN setelah menamatkan perlawanan yang amat dramatik dengan memenangi penentuan sepakan penalti. kami di pihak IPGMKSM Fc sangat berdukacita apabila tidak berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Faktor birokrasi dan kewangan telah menidakkan peluang kami untuk mempertahankan kejuaraan

Namun begitu, 2 orang pemain telah disunting oleh Telaga Nibong FC bagi memperkuatkan barisan telagA Nibong Fc.Pemain tersebut ialah AMIRSHAh dan Wan Besut aka Roger Federer.

amirShah aka Lebong



Roger Federer aka wan besuT

Kami di IPGMKSM berharap dapat menyertai kejohanan lain bagi tahun ini bagi menjadikan 2010 sebagai Tahun GemilaNg kami.

Buat pasukan yang bertanding pada kejohanan Bola sepak Piala YDp Besut 2010, bertandinglah dengan semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi.


Wednesday, May 12, 2010

IPsuM fC bergabUng kembaLi



Karnival iMetro zon Selatan 2010 yang berlangsung di Sports Prima, Johor Bharu pada 8-9 mei 2010 telah menyatukan kembali IPSUM Fc. Kami telah menyertai karnival bertaraf 5 BINTANG ini dengan satu pencapaian yang membanggakan bagi pasukan kami.

Kami telah sampai ke pusingan ke5 selepas menumpaskan jagoan2 ternama dari negeri johor seperti Malinda Fc yang ditaja oleh Sports Prima sendiri. Lebih membanggakan kami mengalahkan mereka dengan jaringan 3 berbalas 0.

Disangka panas sampai ke petang tapi Hujan ditengah hari. Kecemerlangan yg kami pamerkan sejak perlawanan peringkat kumpulan akhirnya tamat pada Pusingan ke5. Kami bertemu Gelombang Fc ( ditaja oleh Gelombang Global, syarikat yang berpengkalan di kemaman) yang merupakan N.Johan Karnival ini dengan jaringan 3-o. Kekalahan ini memang menghampakan kami kerana kami hanya selangkah sahaja lagi untuk layak ke Grand Final di Kuala Lumpur.

Namun begitu, kami masih berbangga kerana menamatkan saingan dalam kelompok 16 pasukan daripada 244 pasukan yang bertanding.

kami megucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizi Basri dan bOkhari Hussin yang sanggup mengeluarkan belanja sepanjang kami berada di JohOr. Mereka merupakan bekas pemain IPSUM fc dan turut beraksi untuk kejohanan ini. Terima kasih juga diucapkan Buat Aizat zulkifli atas tajaan penginapan kami selama 4 hari 3 malam.

Ceritera Kami daripada Besut ke Johor:


Bob, 'sponsor' kejohanan ini...

Hafizi dan isteri yang banyak berkorban untuk IPSUM FC


Penyeri kejohanan futsal metro


Bila dah kalah, berhibur la plk...

Disini kami bermula....

setelah berusaha, kami bertawakal padaNYa

Bersantai sebentar Di teLuk cempedaK, kuantan
"suasana pkul 2 pagi''

"top-up" tenaga kat Tc