memorY 2008

Friday, February 12, 2010

Saya Bangga Menjadi Guru.www.pewarna.com


Seorang anak kecil bertanya pada ibunya yg merupakan seorang guru biasa di sebuah sekolah biasa. Anak kecil itu bertanya pada ibunya, "Ibu, susah ke untuk mengajar dan menjadi seorang guru?". Ibu itu terdiam mendengar pertanyaan yang keluar daripada anaknya itu dan berkata dalam hatinya, "terima kasih Allah kerana mengurniakan anak yang pandai berfikir". Si anak itu merengek meminta jawapan daripada ibunya. Lantas ibunya menjawab, "anakku, untuk mengajar tidaklah sukar untuk mereka yang tidak menghayati erti seorang GURU tetaPi amat sukar untuk bergelar seorang GURU bagi mereka yang faham dan hayati erti insan GURU.

Si anak masih tidak puas hati dengan jawapan ibunya itu,lantas bertanya lagi, "ibu, bukan ke jadi doktor lagi susah sebab perlu bedah dan ubatkan orang?" Si ibu tersenyum dengan pertanyaan anaknya itu.

"Amin, tugas seorang GURU lagi susah daripada doktor. Seorang Doktor yang gagal dalam pembedahan hanya akan membunuh SEORANG pesakit sahaja. Tetapi kalau seorang GURU macam ibu ni gagal mendidik, 'kami' akan membunuh SATU generasi. Amin faham tak ?"jelas si ibu dengan penuh kasih sayang

"Ibu, mulianya kerja ibu sebagai seorang GURU.Suatu hari nanti, Amin pun nak jadi seorang GURU macam ibu sebab Amin tak nak membunuh SATU generasi dan Amin bangga jadi GURU.

No comments: