Esok merupakan hari pertama di tahun baru. Di setiap awal tahun pasti kedengaran mengenai azam serta semangat baru untuk menempuh ranjau dan onak sepanjang tahun berkenaan. Apapun azam rakan-rakan sekalian, semoga azam itu terlaksana dan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Sempena tahun baru dan lembaran baru ini, awokbola ingin mencoretkan beberapa harapan dan impian sepanjang tahun 2010 ini. Harapan utama semestinya berkaitan arena bola sepak dan futsal IPgMKsM. Perginya 2 orang "ayam tambatan" pasti dirasai oleh rakan sepasukan dan pastinya sukar untuk mencari pengganti yang sesuai bagi memikul tugas mereka. Buat rakan-rakan sepasukan, marilah kita sama-sama mempertahankan Piala yang kita julang sebelum ini dan memburu piala yang terlepas daripada buruan kita pada tahun 2010.
Buat Pismp Math sem5, semoga tahun ini membawa lebih keceriaan kepada kita semua dan berusaha untuk mendapat kecemerlangan akademik. Pastinya, tahun ini akan menjanjikan pengalaman baru buat kita semua kerana kita akan memperoleh lesen "P" dalam pendidikan. (praktikum).
Buat sahabat yang mengenali diri ini, semoga kalian sentiasa berada dibawah nauganNya serta memperoleh kejayaan yang impikan dan semoga tahun 2010 ini membawa lebih nostalgia bagi mematangkan diri kita sebagai seorang hambaNya yang tabah.
Buat GRADUAN PISmk-OUm, selamat menjalankan tugas sebagai guru dan semoga kalian menjadi guru yang baik untuk murid kalian. Walau di mana kalian ditempatkan, tabur dan semailah budi dan bakti kerana kalian akan beroleh hasil yang baik dan pulangan yang lumayan di SANA kelak. Buat peyuh, afik lah, kuwang, alep, ietho, tok mad dan sesiapa yang akan ke sabah dan sarawak, semoga kalian dapat membiasakan diri dengan suasana baru dan sesungguhnya tiap2 kesulitan itu pasti disertakan kemudahan.
5 comments:
selamat tahu baru buat awokbola....
jaga molek kusi biru aku tuh~~ haha (^.^)v KUSI BERTUAH tu..sapa guna kusi tu bkal mngikuti jejakku ke bumi Kenyalang~ keh3 =^.^=
pastinye akan ku buang kerusi itu..hahaha
dok semangat la aku nk main futsal...sek nembok takdok..
sek kete gala supo aimang ng peja xdop dh..meme ilang seri la ftsal...
Post a Comment