memorY 2008

Tuesday, December 22, 2009

WarkaH Buat Bakal Guru

Barisan bakal guru 2010..

Mulai semalam, 21/12/09, abang2 dan kakak2 PISMK-oum mula tahu akan halatuju mereka pada masa mendatang. mereka mulai tahu negeri yg bakal mereka berhijrah dan ada juga yang masih menetap di tanah tumpah air mereka. Walaupun di mana mereka akan ditempatkan, ak ucapkan selamat bertugas dan semoga menjadi pendidik yang berkaliber dan sentiasa berbakti pada anak bangsa.

di sini ak ingin berkongsi kepada kalian yang bakal bergelar guru pada 4hb nanti..Nukilan Al-imam hujjatul islam al ghazali r.a dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah;bertajuk ADAB-ADAB SEORANG GURU.

  1. ihtimal (sabar menempuhi kesusahan)
  2. lambat marah
  3. meninggalkan bergurau dan main-main
  4. kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan murid yang lemah
  5. tidak memarahi murid yang lemah serta membimbingnya
  6. tidak malu dengan perkataan "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak difahami)
  7. menerima pandangan dan idea yang disampaikan kepadanya
  8. memberi perhatian pada soalan murid dan menjawabnya dengan penuh hemah.
  9. memilih tawadu' iaitu merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai
semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua yang bakal bergelar seorang GURU.Buat semua abang2 dan kakak2 PISMK_OUM, kalian penanda aras bagi PRODUK keluaran IPGM, semoga kalian berjaya membuktikan pada warga pendidik bahawa IPGM berjaya menghasilkan guru yang berkualiti yang sanggup bekerjasama dan KERJA SAMA-SAMA dengan warga sekolah. Selamat bergelar Guru dan selamat bertugas.

...kalian penentu generasi masa hadapan...



:.seorang doktor yang silap dalam pembedahan akan membunuh seorang pesakit.:
akan tetapi
.:seorang guru yang silap mendidik akan membunuh SATU generasi:.

No comments: