memorY 2008

Wednesday, June 30, 2010

.:Tiada laGi serinya:.




Hari ini genap 22 tahun, awokbola di muka bumi Allah ini.Banyak perkara telah ditempuhi dan masih banyak yg bakal diharungi sebagai Hamba yang lemah di dunia yang fana ini. Jalan kehidupan sebagai seorang guru akan ditempuhi lebih kurang setahun sahaja lagi andai belum tiba saat kematian dan segalanya atas percaturan illahi.

Buat bonda dan ayahanda, anakandamu ini pasti membalas segala penat jerit serta lelah kalian nanti.

kehadiran hari bahagia tahun ini seolah-olah tiada serinya pabila tiada kejayaan yg digapai dalam arena yang diminati. Saban tahun bermula sejak penglibatan awokbola dlm arena ini, pasti ada kejayaan yg digapai disaat ketibaan hari bahagia ini. Bagi awokbola, kejayaan dalam arena yg diminati adalah sebuah hadiah paling istimewa berbanding hadiah2 lain di dunia ini. 2007 menyajikan hadiah istimewa apabila menjulang Piala Ydp Besut berada dalam koleksi peribadi dan salah satu perlawanan penting berlangsung pada tanggal indah ini.

Johan Piala YDP Besut 2009

Tahun ini, tiada kejohanan yg disertai kerana kesibukan menjalani praktikum sbg persediaan untuk melangkah ke arena perguruan suatu hari nanti. Apapun, awokbola bersyukur kerana masih mampu menghirup udara di muka bumi ini selama 22 tahun dan memohon pada illahi agar usiaku dirahmati dan diredhai.



JohaN Piala YTL 2005 (1-3 julai 2005)

Harapanku kini agar perjalanan hidupku berjalan lancar dan sentiasa berada dibawah naunganMu serta mendapat kemudahan dan Bantuan daripadaNYa.

2 comments:

diba said...

wah..sanah helwah...;)

Mr_17 said...

mekaseh cik diba yer..hehehe