memorY 2008

Wednesday, June 30, 2010

.:Tiada laGi serinya:.




Hari ini genap 22 tahun, awokbola di muka bumi Allah ini.Banyak perkara telah ditempuhi dan masih banyak yg bakal diharungi sebagai Hamba yang lemah di dunia yang fana ini. Jalan kehidupan sebagai seorang guru akan ditempuhi lebih kurang setahun sahaja lagi andai belum tiba saat kematian dan segalanya atas percaturan illahi.

Buat bonda dan ayahanda, anakandamu ini pasti membalas segala penat jerit serta lelah kalian nanti.

kehadiran hari bahagia tahun ini seolah-olah tiada serinya pabila tiada kejayaan yg digapai dalam arena yang diminati. Saban tahun bermula sejak penglibatan awokbola dlm arena ini, pasti ada kejayaan yg digapai disaat ketibaan hari bahagia ini. Bagi awokbola, kejayaan dalam arena yg diminati adalah sebuah hadiah paling istimewa berbanding hadiah2 lain di dunia ini. 2007 menyajikan hadiah istimewa apabila menjulang Piala Ydp Besut berada dalam koleksi peribadi dan salah satu perlawanan penting berlangsung pada tanggal indah ini.

Johan Piala YDP Besut 2009

Tahun ini, tiada kejohanan yg disertai kerana kesibukan menjalani praktikum sbg persediaan untuk melangkah ke arena perguruan suatu hari nanti. Apapun, awokbola bersyukur kerana masih mampu menghirup udara di muka bumi ini selama 22 tahun dan memohon pada illahi agar usiaku dirahmati dan diredhai.



JohaN Piala YTL 2005 (1-3 julai 2005)

Harapanku kini agar perjalanan hidupku berjalan lancar dan sentiasa berada dibawah naunganMu serta mendapat kemudahan dan Bantuan daripadaNYa.

Sunday, June 27, 2010

PenaNgan Piala Dunia 2010

Hari ni, Piala Dunia mulai masuk pusingan kalah mati di mana dua pasukan pilihan telah terkeluar dr saingan. Itali, Juara bertahan tersingkir selepas tewas 3-2 kepada slovakia. France, Juara Piala Dunia 1998 yang hadir dengan kontroverC turut pulang lebih awal. Dalam bola sepak, banyak perkara boleh berlaku kerana BOLA itu JABULANI.

Isu yang menarik tentang Piala Dunia di Afrika Selatan ini ialah kisah vuvuzela. seorang penyokong kulit putih afrika selatan telah disahkan bisu oleh doktor setelah meniup vuvuzela pada perlawanan baru-baru ini. selanjutnya di SINI.




Banyak yang kita perolehi sepanjang kejohanan no 1 ini, contohnya Teamwork. permainan berkumpulan ni sangat mementingkan kerjasama dan kemenangan yang dicari hanya diperolehi oleh pasukan yg sangat kuat kerjasamanya.



perkara yang sama turut melanda wakil tunggal malaysia di Piala Dunia,Subkidin yang hanya bergelar pengadil keempat sahaja setakat ini. Bukan nak merendahkan subkidin tp semuanya keraNa kerjasama dan sikap ahli kumpulannya.

Fakta kelakar dan kisah benar tentang Subkhiddin, yg pasti kau orang mahu tahu..aku nak share dengan kau orang semua..Dulu sebelum mahu join World Cup kat Afrika pasal team Subkhiddin ni, setiap referee kena ada team mereka sendiri, Seorang Referee, 2 Linesmen, dan seorang Referee simpanan.. Kelayakkan dibuat atas merit, iaitu kutipan point dan persembahan berdasarkan mutu pengadilan sesuatu perlawanan.. Kiranya, group Subkhidin ni, point mereka agak tinggi dan berkemungkinan layak sangat tinggi, kerana kerjasama dan mutu pengadilan dari team Subkhidin ni agak tinggi.. tetapi sesuatu telah berlaku, kira-kira 2 tahun lepas.. Apabila salah seorang, rakannya dalam kumpulan Subkhiddin, iaitu pengadil dari Thailand telah menghadapi pendakwaan di Mahmahkah tinggi Thailand..

Rakannya, telah didakwa kerana membunuh majikkannya atas perselisihan fahaman.Pengadil dari Thai ni, telah meletakkan bom dibawah kereta majikkannya dan meletupkan majikkan sehingga hancur berkecai. Aku pun tak tahu, apa sebab sampai pengadil dari Thai ni, pergi letupkan boss nya sampai begitu sekali.. Mungkin pengadil ni berasal dari Selatan Thai yg tahu dan memang mahir tentang pembuatan Bom..

Atas pendakwaan itu, Subkhiddin dan rakan-rakan lain, terpaksa membentuk pasukan baru.. dan kiraan mata, terpaksa bermula dari bawah kembali.. So kalau benar beliau layak??, maknanya Subkhiddin dan rakan2 berjaya lah mengejar mata kembali?? tak sia-sia mereka bertungkus lumus mengejar mata demi mata dengan mengadili begitu banyak perlawanan antarabangsa, disebabkan oleh masalah terrorism rakannya itu.. tahniah.. cerita ini merupakan kisah benar, dan diceritakan oleh anak dan anak saudara beliau sendiri

so, dlm Piala Dunia ni, subkidin keseorangan sahaja apabila hanya dia yang layak dan benar-benar cergas dalam kumpulan pengadil itu Dan amat sukar untuk subkidin utk menjadi sekurang-kurangnya pengadil garisan. apapun yang terjadi, kami di awokbola mendoakan agar subkidin berJAYA menjadi sekurang-kurangnya pengadil garisan dalam Piala Dunia kali ini....

Perdana Menteri kita juga menyarankan agar semua rakyat Malaysia mengamalkan semangat Piala Dunia ketika membentangkan Model Ekonomi Baru Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Dalam bola sepak, kita dapat lihat keSUNGGUHan, Kerjasama, KebangaaN, Maruah dan sebagainya. Semuanya kerana 1 matlamat untuk bergelar JUARA. dan semoga semangat Piala Dunia ini merangsang untuk kita semua untuk terus maju dalam kehidupan.

Sebagai Guru Pelatih, awokbola akan turut menyemai semangat piala dunia ini sepanjang praktikum Fasa 2 yang akan bermula pada 28 Jun hingga 19 ogos di SEKOLAH KEBANGSAAN KG RAJA, BESUT.


Saturday, June 5, 2010

Gila Bola daTang lagi..



...Bola pom jadi isu di afrika ni...


6 hari saje lagi, sepak mula World Cup 2010 akan berlangsung. Satu dunia *bukan hnya 1Malaysia* akan menyebut bola...bola....dan bola....awokbola mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat bertanding kepada 32 pasukan yang akan bertanding pada kali ini. Bertandinglah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan amalkan fair-play sepanjang kejohanan.

Belumpun sepak mula berlangsung, 2 orang kapten sudah mulai mengalami mimpi ngeri...kapten england, rio ferdinand terpaksa melupakan lagi Piala Dunia ini sebab mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan terakhir...Tahniah buat abg Gerrard sbb jadi kapten baru england.

"bye..bye...capt rio"

Pemenang Kasut ePl aka Kapten Ivory coast,drogba pom same. Buleh g tgk je la piala dunia tu sbb die pom injured mase friendly ngn "Samurai"..hehehe..

.:sakit weiiiiiii:.

Penjaring gol kemenangan Inter Milan dlm UEFA CL, milito pom dgr khabarnya, galas beg g jln2 dkt afrika nun...injured jgk masa latihan.

sempena piala dunia ni, awokbola nk share la sesuatu. kalau dulu bila nak catat sesuatu keputusan perlawanan world cup mesti kita kena dapatkan wallpaper kat sesuatu majalah sukan. Takpun kat suratkhabar yang buat edisi khas. Kalau dulu guna kertas, sekarang dah ada jadual dlm bentuk software. Barulah jimat kertas, alam sekitar pun lebih terpelihara.ngeh3..Program ni simple n ringan je. Yang penting tak perlu diinstall. Kalau korang kaki bola, boleh dapatkan sekarang. Rugi siot klau xde. Siap ada table dan jadual waktu lagi. Tak payah nak susah2 isi lepas ni. Boleh update online je..klau xnk update pn korg isi je sndri,blh la korg angan2 pasukan yg korang sokong tu juara,hehehe..


mende ni awokbola amik di Gempak.org . sape2 yang hajat nk amik, dowload la dkt link ni yer..tuan punyer software ni ada di sini

Bila dan sebut world Cup ni, mcm2 la crite kite akan dengar...staff mtk cuti la, isteri gaduh ngn suami pasai bola la...dan yg hangat skarng ni judi bola WC. Patut ke diluluskan di NEGARA ISLAM..negara yang mengetuai OIC ( bukan ooo i see , tp Organisation of islamic conference.

<<:No KomeNg:>>

awokbola xmboh hurai pjg pasal nde nie, tepuk dada tanya iman..masing2 blaja PENDIDIKAN AGAMA ISLAM sejok darjah 1 sapa la ke tingkatan 5..

Rasa2 ckup dh kot pasal bola ni..sebelum nk namat ni, awokbola nk wat ramalan sket...slps kira2, slps mari dlm mimpi, awokbola rase2 lah piala dunia ni dimenangi oleh ....jeng..jeng...jeng...
England...klu xengland, france...bese2 team yg ade masalah saat2 akhir ni akan jadi juara.

Champion 2010

Subs of Champs 2010

sama-samalah kita tunggu Piala Dunia 2010 ni. Jgn xsmayang pulok sbb duk tgk Wc nie..tuhan marah, Baik judi Bola dr TAK SMAYANG...hehehe....