memorY 2008
Thursday, December 31, 2009
It's Better thAn beFore...
Sempena tahun baru dan lembaran baru ini, awokbola ingin mencoretkan beberapa harapan dan impian sepanjang tahun 2010 ini. Harapan utama semestinya berkaitan arena bola sepak dan futsal IPgMKsM. Perginya 2 orang "ayam tambatan" pasti dirasai oleh rakan sepasukan dan pastinya sukar untuk mencari pengganti yang sesuai bagi memikul tugas mereka. Buat rakan-rakan sepasukan, marilah kita sama-sama mempertahankan Piala yang kita julang sebelum ini dan memburu piala yang terlepas daripada buruan kita pada tahun 2010.
Buat Pismp Math sem5, semoga tahun ini membawa lebih keceriaan kepada kita semua dan berusaha untuk mendapat kecemerlangan akademik. Pastinya, tahun ini akan menjanjikan pengalaman baru buat kita semua kerana kita akan memperoleh lesen "P" dalam pendidikan. (praktikum).
Buat sahabat yang mengenali diri ini, semoga kalian sentiasa berada dibawah nauganNya serta memperoleh kejayaan yang impikan dan semoga tahun 2010 ini membawa lebih nostalgia bagi mematangkan diri kita sebagai seorang hambaNya yang tabah.
Buat GRADUAN PISmk-OUm, selamat menjalankan tugas sebagai guru dan semoga kalian menjadi guru yang baik untuk murid kalian. Walau di mana kalian ditempatkan, tabur dan semailah budi dan bakti kerana kalian akan beroleh hasil yang baik dan pulangan yang lumayan di SANA kelak. Buat peyuh, afik lah, kuwang, alep, ietho, tok mad dan sesiapa yang akan ke sabah dan sarawak, semoga kalian dapat membiasakan diri dengan suasana baru dan sesungguhnya tiap2 kesulitan itu pasti disertakan kemudahan.
Saturday, December 26, 2009
mImpI bawa KHabaR???
korang slalu ke mimpi sesuatu mcm ni????klu pernah, ade x mimpi korang seperti yg kat bawah ni :
Mimpi diberi anak : Akan mendapat harta.
Mimpi berkelahi dengan seseorang tapi kalah : Akan mendapat malu.
Mimpi berjalan sangat jauh : Akan mendapatkan umur panjang.
Mimpi bertemu guru : Akan mendapat kurniaan.
Mimpi menjadi hakim : Akan memperoleh kedudukan yang tinggi.
Mimpi melihat hujan yang sangat lebat : Akan sakit.
Mimpi melalui jembatan : Petanda darjat atau pangkat kita dinaikkan.
sumber: DI SINI
rahsia mimpi ini mungkin benar dan mungkin rekaan. Kita tidak harus percaya seratus peratus kerana mimpi itu mainan syaitan,akan tetapi sesetengah mimpi itu adalah satu perkhabaran untuk kita..Percaya atau tidak, hanya anda sahaja yang dapat tentukannya.
Tuesday, December 22, 2009
WarkaH Buat Bakal Guru
di sini ak ingin berkongsi kepada kalian yang bakal bergelar guru pada 4hb nanti..Nukilan Al-imam hujjatul islam al ghazali r.a dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah;bertajuk ADAB-ADAB SEORANG GURU.
- ihtimal (sabar menempuhi kesusahan)
- lambat marah
- meninggalkan bergurau dan main-main
- kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan murid yang lemah
- tidak memarahi murid yang lemah serta membimbingnya
- tidak malu dengan perkataan "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak difahami)
- menerima pandangan dan idea yang disampaikan kepadanya
- memberi perhatian pada soalan murid dan menjawabnya dengan penuh hemah.
- memilih tawadu' iaitu merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai
Friday, December 18, 2009
Sejadah Di awaL muhharam
Apabila kita digemparkan dengan aksi2 yang pelik, kita akan berkumpul beramai-ramai untuk melihat aksi itu tanpa kita lihat daripada sudut yang tersembunyi..Jika aksi sejadah berdiri itu hadir dengan kehendak Allah, mengapa kita tidak ambil petanda itu untuk berubah. Jika itu rekaan manusia, mengapa mereka merekakan kejadian itu..Yang pasti, tidak lain dan tidak bukan untuk kita semua berada di landasan yang tepat
Sempena Maal-hijrah ini, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa lampau agar kita lebih matang di kemudian hari. Jadikanlah Tahun yang mendatang ini lebih baik daripada tahun yg sebelumnya. Salam maal-Hijrah 1431H daripada awokbola ipgmksm....
Tuesday, December 15, 2009
Road To PenaNg 2009
Mengimbau nostalGia Silam 2000
Kini, 2009 aku kembali.......pada 12/12/10 aku dan pasukan Hoki Putera Mizan menyertai Pesta Hoki Usm-InterNationaL Open 2009 di Usm Penang. Kami melangkah ke Pusingan Ke2 setelah menjadi N.johan kumpulan G. Pada pusingan Ke2, kami tewas tipis 1-0 kepada Pasukan yg berpengkalan di pulau pinang iaitu SSOB. Pengalaman yang di timba akan digunakan pada masa hadapan untuk mencipta kejayaan pada kejohanan yang mendatang.
Buat team hoki, kami di awokbola bukan ingin mendabik dada namun sekadar berkongsi pendapat agar kita sama-sama mencipta kejayaan untuk Institut tercinta. Untuk berjaya, kita perlulah memberi KOMITMEN yang sepatutnya kepada pasukan. Di samping itu, semangat berpasukan perlu ada untuk permainan berkumpulan seperti bola sepak dan hoki ini agar kita kuat sebagai satu PASUKAN bukan sebagai seorang bintang. Di sini, aku sampaikan azimat Cik Yazit sepanjang beliau bersama kami " FITNESS tidak di JUAL di mana-mana..Sila cari SENDIRI"...moga perkongsiaan ini dapat membawa kita semua ke merCu kejayaan. Buat pasukan PUTERA MIZAN, aku ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi memberi peluang kepada aku untuk membantu kalian. Kalian memang sebuah pasukan yang kuat dan bakal mencipta sejarah suatu hari nanti.
PanoraMA Pesta HOki USm-International Open 2009
Friday, December 4, 2009
BahayaKah Rokok......
Thursday, November 26, 2009
syaiR si LemBu....
Tuesday, November 24, 2009
Cikgu vs Lecturer???who is better?
Pensyarah Universiti dan cikgu duduk di dalam keretapi
Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan
awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5
Si cikgu terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak
pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..
pensyarah: Ok macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..jika awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi
soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50
Si cikgu berfikir..
dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak b0_d0. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si
pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..
Si cikgu sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira
pensyarah:Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun
Si cikgu berfikir sejenak
Cikgu:erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...
Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapannya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak
mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi
tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si cikgu naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.
Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si cikgu. Si cikgu menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang
ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..
si pensyarah bersuara
pensyarah:..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam
ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi?
Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.
Friday, November 20, 2009
PismK-oUm dalaM keNangAn
esok mungkin akan hari kali terakhir untuk ak dan kawan2 lain untuk bertemu dgN abg2 dan kakak2 pismK-oum. Tahun hadapan mereka akan melangkah ke dunia perguruan dan ak yakin mereka akan berjaya dalam kerjaya mereka nanti.
Wednesday, November 18, 2009
2009 Gemilang..
Thursday, November 12, 2009
biler Cita-cita terKubur
10 Tahun dulu, biler orang bertanya cita-cita aku, pasti aku jawab nk jadi Doktor, xpun pakar ortopedik...hahahahaha...padahal blajar xpndai mana pn...paper sains cukup2 makan je la...tapi kini, cita-cita 2 jadi nostalgia je...Nati biar anak2 aku yg jadi doktor r....2 tahun ag aku akan melangkah ke arena yang lebih besar drpd doktor....Meskipun ak xdpt jadi doktor, ak dapat jgk rase feel "doktor "Sbb dpt UB ( unit beruniform) BSMM....Ni aksi2 sek2 yang dulunya nk jadi doktor sampai skrg seme Jadi "DokbeTor"...