Sebaik sahaja berjaya membawa Mesir memenangi Piala Afrika 2010 yang baru saja berlalu, jurulatih pasukan bolasepak Mesir, Hasan Shehata menjadi rebutan pelbagai negara untuk melatih kesebelasan pasukan bola sepak mereka. Dengan kejayaan memenangi trofi Piala Afrika 2010 tersebut, bererti Shehata telah berjaya menjadikan Mesir juara untuk ketiga kalinya secara berturut-turut.
Ternyatat, negara haram Israel juga turut serta menanam minat ke atas kehebatan Shehata untuk melatih pasukan bolasepak Israel. Namum minat Israel telah ditempelak oleh Shehata.
“Saya lebih suka mati kelaparan daripada melatih Israel,” katanya kepada akhbar harian Mesir Al-Masry al-Youm, pada hari Selasa (9/2).
“Saya boleh mengerti bahawa Israel sangat cemburu akan kejayaan pasukan Mesir. Tetapi dari perspektif saya, itu tidak mungkin untuk menginjakkan kaki saya ke Israel atau melatih pasukan mereka, walaupun jika Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang ingin memberi saya peluang pekerjaan tersebut.”
Shehata berkata lagi: “Bagaimana Zionis berfikir bahawa saya akan melatih para pembunuh anak-anak dan orang tua? Bagaimana boleh saya bekerja melatih sebuah pasukan yang mewakili bangsa penjajah?”
“Dari sejak saya dilahirkan, saya telah mendengar tentang pembunuhan Israel terhadap orang-orang Arab, di kota hingga ke desa.” tambahnya.
Kenyataan berani Shehata telah menyebabkan semua media Israel melancarkan serangan terhadap dirinya, dengan makian dan kata-kata kasar kepadanya, dan juga terhadap Mesir, setelah sebelumnya media-media Israel memuji kehebatan Shehata dalam melatih pasukan bolasepak Mesir. (eramuslim/fn) --SINI---