memorY 2008

Monday, June 13, 2011

TraNung NelaNg leninG...


Alhamdulilah, angka 11 membawa Tuah kepada Bumi darul Iman ini...11 Jun 2011, Terengganu berjaya menjadi JUARA piala FA setelah 11 Tahun menanTi dan rata-rata no kad pengenalan pemain terengganu adalah xxxxxx-11-xxxx....KejayaaN ini adalah usaha gigih pemaIn-pemaiN serta sokongan padu dr seluruh rakyat Terengganu. Lebih manis KejayaaN pasukan Terengganu ini dicatatkan selepas dikalahKan oleh KelaTan dengan jaringn 0-3 (ic kelantan 03) dlm sainGan Liga Super di lamaN sendiri.......Lebih manis lagi, KejayaaN ini disaksikan sendiri oleh Tuanku Mizan yg juga merupakan SulTan TerenggaNU.

TerenggaNu juga terus mendominasi Sukan MalaYsia(SUKMA) buat kali ke3 berturut-turut sehari sahaja selepas kejayaaN membawa PulanG PialA FA ke TERENGGANU....TerenggaNu menamaTkan sainGan di SUKMA dengan 30 emas dan emas ke30 disumbangkan oleh Pasukan Bola Baling Terengganu( sukan yg pertama diceburi oleh awokbola sejak dibangku sekolah). Syabas buat semua atlit TERENGGANU...

awokbola juga berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak Final Piala FA di StadiuM Bukit Jalil. Terima Kasih buat rombongan KUALA TERENGGANU RUGBY CLUB (KTRC)dan PRIVATE MYvi CLUB(PMC) kerana sudi memberi ruang utk awokbola menyertai mereka meskipun awokbola tidak menganggotai kedua-dua kelab terbabit....

suasaNa FinaL Piala Fa dari kamEra MuraH awokbOla....










Friday, June 10, 2011

PeteH TraNunG PeteH...."The Whites"


Tentera Putih! Satu perumpaan baru bagi Bolasepak Terengganu. The Whites juga adalah gelaran terkini yang menerpa kepada Skuad Penyu dari negeri Pantai Timur Malaysia itu. Dan lebih mengujakan apabila The White Turtles kini semakin mendapat tempat dihati penyokong penyokong Terengganu.

Pasukan yang ditubuhkan pada tahun 1972 ini semakin melangkah gagah di pentas bolasepak Malaysia. Kehadiran The Whites begitu dihormati lawan mereka. Terengganu pada abad ke 21 sudah berubah wajah sepenuhnya. Mereka bukan lagi pasukan belasahan seperti mana ketika di era pertengahan 90-an. Awan mendung itu telah lama pergi dari Bumi Darul Iman. Sejak kejayaan melangkah ke Liga Perdana 1 pada musim 1999, Terengganu terus gagah mengorak langkah menuju kejayaan yang dimulakan dengan kejayaan menjuarai Liga Perdana 2 pada musim 1998. Skuad bimbingan Haji Abdul Rahman pada ketika itu turut melakukan kejutan mara sehingga ke final Piala Malaysia 1998, satu kejayaan yang teramat besar bagi pasukan yang hanya bermain di divisyen 2 pada musim itu. Walaupun tewas kepada Perak, Skuad Penyu 1998 harus dihamburkan dengan pujian kerana merekalah pencetus revolusi bolasepak Terengganu.

Pada musim 1999, tampuk kejurulatihan Terengganu bertukar tangan kepada Yunus Aliff. Kejayaan yang dibawa Yunus Aliff ialah membawa Terengganu ke final pertama Piala FA. The Whites terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti di kandang keramat SSINS. Walaubagaimanapun Yunus Aliff memacu Terengganu sekali lagi ke Final FA pada musim 2000 dan kali ini The Whites tidak menangis lagi dan berjaya membawa pulang Piala FA buat pertama kali ke Kuala Terengganu.

Musim 2001 adalah musim paling gemilang The White Turtles. Memulakan langkah kanan dalam kancah Liga Malaysia musim 2001 apabila berjaya memenangi Community Shield 2001 apabila menewaskan Perak 4-0 di SSINS. Kejayaan gemilang itu diteruskan di dalam mengejar kejuaraan liga pertama apabila pada pusingan pertama liga, Terengganu gah dipersada tanpa sebarang kekalahan. Walaubagaimanapun kejuaraan liga terlepas jua pada pusingan kedua liga apabila The Whites terpaksa melepaskan tampuk pemerintahan liga kepada Pulau Pinang. Terengganu hanya mampu muncul Naib Juara Liga Perdana 1. Namun kekecewaan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat juang pemain-pemain Terengganu. Dengan tanpa pemain import dalam Liga Malaysia mulai musim 2001 pada ketika itu, Terengganu membuat kejutan dan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi Piala paling berprestij di Malaysia iaitu Piala Malaysia. Akhir setelah sekian kali piala hanya mampu dipandang dari jauh, The White Turtles berjaya membawa pulang piala itu ke Kuala Terengganu.

Selepas era 2001, tiada lagi kenangan manis yang dapat dikongsi bersama sama penyokong Terengganu selepas itu. Cuma pada 2004 sahaja Terengganu sekali lagi berjaya ke final Piala FA, tetapi tumbang di kaki Skuad Selandang, Perak. Sebenarnya selepas era 2001 banyak krisis melanda Skuad Penyu. Pada musim 2003, Terengganu telah kehilangan ramai tonggak Skuad 2001. Sapian Wahid, Wan Rohaimi, Abdul Ghani Malek, Hairuddin Omar, Subri Sulong, Rosdi Talib semuanya melangkah pergi. Yang setia pada ketika itu adalah Zuber Ibrahim, Fadziallah Mamat, Zulharisham Awang dan Marzuki Yusof. Namun tanpa disangka kejayaan ke Final FA 2004 juga sebenarnya hasil kehadiran pemain pemain muda yang mewarnai The White Turtles. Nama nama seperti Zairo Anuar Zailani, Norfarham Mohammad, Norhisham Hassan, Norfazly Alias dan juga Syamsuri Mustaffa. Mereka ini lah yang telah memacu kembali pergerakan Terengganu dan pada musim 2005 satu lagi permata baru yang muncul iaitu Ashaari Shamsuddin.

Pada musim 2007 Terengganu kembali digugat kembali dengan kehilangan tonggak tonggak utama. Norfarham Mohammad, Norhisham Hassan, Norfazly Alias, Syamsuri Mustaffa telah keluar dari pasukan. Masih jadi tanda tanya adakah mereka keluar atau dikeluarkan. Sebenarnya kegusaran itu tidak menjadi luka yang dalam kepada The Whites kerana generasi emas Terengganu telah dilahirkan. Skuad Muda Penyu telah memberi satu harapan yang tinggi. Kejayaan menjuarai Piala Presiden 2006 dan pingat emas Sukma 2006 adalah segalanya jawapan untuk persoalan mampukah Terengganu kembali bangkit. Selepas itu muncul nama nama seperti Abdul Manaf Mamat, Ashaari Shamsuddin, Ismail Faruqi Ashaari, Sarbini Allawee, Muhaimin Omar bersama sama Zairo Anuar Zailani, Marzuki Yusof dan lain lain untuk menjadi hero baru yang sentiasa bermain di bibir penyokong.

Kejayaan Sukma 2008 dan 2010 pula menambahkan lagi generasi emas Terengganu akan mencetuskan satu fenomena sedikit masa lagi. Pada musim 2010 Terengganu telah kehilangan Ismail Faruqi kepada pasukan bandar yang sama T Team dan Wan Aliff Wan Jasmin telah kembali berbakti untuk Terengganu selepas beraksi hebat buat PKNS Selangor pada musim 2009 dan dia juga merupakan bekas produk Harimau Muda. Pada musim ini musim 2011, The Whites dikejutkan dengan perpindahan pakar freekick Zairo Anuar Zailani atau ZA7 kepada T Team tetapi menerima kembali Ismail Faruqi ke pangkuan. Dan Terengganu juga berjaya mendapatkan tandatangan seorang lagi pemain T Team iaitu Abdul Hadi Yahya. Pada musim 2011, Skuad Penyu seperti tidak diberikan sebarang harapan untuk mengegar oleh media media arus perdana walaupun peminat pemiant sejati telah nampak akan kilauan kejayaan pada skuad ini setelah kejayaan menduduki tempat ketiga Liga Super 2010.

Musim 2011 telah menjanjikan satu kejayaan untuk The Whites. Dengan dibarisi tenaga muda dan berpengalaman mereka berjaya mencetuskan satu evolusi baru untuk Skuad Penyu. Sarbini Allawee menjaga gawang untuk sekian kalinya dibantu oleh empat benteng ampuh. Mazlizam, Zuber Azmi, Helmi Ramli dan Kapitan Juki, Marzuki Yusof. Kejayaan Zuber Azmi diserap ke skuad olimpik 2012 dan Helmi Ramli ke skuad kebangsaan membuktikan tahap disiplin mereka menjaga kubu pertahanan. Sarbini pula masih kekal antara 3 penjaga utama negara dan terus diberi kepercayaan menjaga gawang negara ketika Apex bersama tugasan olimpik. Sementara di kawasan tengah pula, kelibat Reshafiq Alwi, Joseph Kallang Tie dan Ismail Faruqi pula sangat sangat berkesan. Reshafiq membuktikan beberapa kali dia bukan sahaja berpewatakan defensive midfielder tapi juga berupaya menjaringkan gol melalui rembatan luar D. JKT paling mencuri tumpuan, keupayaannya mengelecek pertahanan lawan di sebelah kanan dan kerajinannya berjaya menambat hati penyokong. Ismail Fauqi pula tenang mengawal kawasan tengah dan berjaya mengambil tugas yang ditinggalkan Zairo dengan cemerlang. Kelajuan juga adalah senjatanya selain kelicikan membawa bola ke dalam D.Ashaari Shamsuddin yang berada di kiri lebih beroreantasikan menyerang bersama sama Manaf Mamat dan Hadi Yahya.

3 Penyerang utama The Whites musim ini Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya telah menjadi penyumbang utama gol2 Terengganu musim ini. Mereka menyumbang lebih separuh gol The Whites musim ini. Dan Hadi muncul penjaring terbanyak dengan 15 gol dalam liga. Hadi masih berpeluang muncul pemenang kasut emas selepas Ashaari memenangi kasut emas pada 2010 dan kasut perak pada 2009. Dan tanpa disedari kini semua pemain pemain Terengganu telah begitu mesra di bibir penyokong. Mereka begitu mengenali pemain Terengganu era kini. Kedudukan ketiga liga dan ke final Piala FA adalah satu permulaan yang memberangkan kepada The White Turtles dan tidak hairanlah kejayaan demi kejayaan akan muncul lagi selepas ini setelah kembalinya Muslim Ahmad, Shukor Jusoh, Faizal Mohammad, Izzaq Faris dan seorang penjaga gol lagi dari skuad Harimau Muda. Mereka akan memacu kegemilangan bolasepak Terengganu.


SUMBER: SINI