memorY 2008

Monday, January 25, 2010

PesaNan JumaaT

Kepenatan bermain bola tidak menghalang untuk aku menziarahi coretan2 sahabat2 di alam maya ini. Aku tertarik dengan coretan sahabatku ini berkaitan sesuatu yang pasti hadir suatu hari nanti...Sama-samalah kita hayati coretan cik bawang ni...



"Assalamualaikum... renungkan 27-11-09 AIDILADHA pada hari jumaat.. 18-12-09 tahun baru hijriah pada hari jumaat.. 25-12-09 hari natal pada hari jumaat.. 01-01-10 tahun baru pada hari jumaat.. 26-02-10 MAULUD NABI pada hari jumaat.. 02-04-10 MATINYA YESUS KRISTUS pada hari jumaat.. 10-09-10 HARI RAYA AIDILFITRI pada hari jumaat. Ingat dan renungkan!!! Di dalam al-quran, Allah telah menyebutkan bahawa KIAMAT terjadi pada hari JUMAAT!!! Banyakkan istighfar dan berdOa pada Allah, semOga dOsa diampunkan. Sebarkan dan saling ingat mengingati. NUZUL QURAN 27-08-10, jumaat. DEPAVALI, 05-11-10, jumaat.
ADAKAH KIAMAT SUDAH HAMPIR??"


*
Ye mungkin anda semua fikir ini hanya satu kebetulan. Saya juga fikir begitu. Namun apa yang tersirat di sebalik mesej ini adalah peringatan kepada kita yang bergelar umat ISLAM agar tidak terleka dengan keserOnokan duniawi hingga terlupa ukhrawi. Bukan bermakna sahabat saya yang menyebarkan mesej ini sudah pasti akan tarikh kiamat itu. Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah yang sentiasa mengingati mati. Kita semua dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi bersamalah kita fahami mesej ini. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menilai ia secara pOsitif mahupun negatif. Saya sekadar menyampaikan. Selebihnya anda renungkan. Wallahualam~

Sumber Asal: Cik BawaNg

Sunday, January 24, 2010

PembukaaN yanG draMatik...


Perlawanan pembukaan Liga Ibn Majid 2010 berlangsung meriah dengan dirasmikan oleh Tuan Haji Zainuddin, Timb.Pengarah IPGMKSM. Beliau melahirkan rasa bangga beliau dengan penganjuran LIga Ibn Majid ini yang masuk edisi ke3. Dalam ucapan perasmian itu juga, beliau memaklumkan bahawa satu KelaB Basikal akan ditubuhkan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan guru pelatih.

Perlawanan petang td berlangsung sengit tanpa dicemari insiden2 yang tidak diingini. Sapik Itam menghangatkan perlawanan dengan menjaringkan gol hasil kesilapan mudah penjaga gol Kasim Baba pada minit ke 27. Penyokong2 Kasim Baba Fc terpaksa tunggu hingga ke minit2 akhir untuk jaringan penyamaan. Apek menceriakan penyokong Kasim Baba apabila menendang masuk bola di sebelah kanan pintu gol pada minit ke 74 bagi menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-1.




PengaraH projek...

Kasim Baba Fc 2010


Dr.RozMey Fc 2010





jGnlah lari sayaNg....




gol penyamaaN yang Dramatik


saya yang jatuhkan dia, ref....


ape kes ni azhar....

Saturday, January 23, 2010

SiapaKah Juara Liga IBn Majid 2010

Juara Liga IBN Majid 2009
-pismk oum-


Kasim BaBa FC (pismp sem5) dan Dr.Rozmey Fc ( pismp sem7) akan memulakan kejohanan paling berprestij Institut Pendidikan Guru MalaYsia Kampus Sultan Mizan, Kejohanan Bola Sepak Liga IBn Majid. Kejohanan yang masuk edisi ke3 ini dijangka sengit kerana menampilkan pasukan2 yang kian mantap dari setiap posisi.

Perlawanan pembukaan ini dijangka bermula pada pukul 5.30petang dan dirasmikan oleh Timb. Pengarah IPGMKSM, Tuan Haji Zainuddin. Semua guru pelatih dijemput dan dipersilakan ke Astaka Sukan IPGMKSM bagi memeriahkan perlawanan pembukaan ini.


KASIM BABA FC




DR ROZMEy FC
*xde pic tyme maen bola*

Thursday, January 21, 2010

FuTSal TertUtuP IPGMKSM


Bagi mengubat duka akibat ketiadaan acara FUTSAL dalam KAGUM 2010, sekumpulan pelajar PISMP Sem7 mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu kejohanan futsal tertutup IPGMKSM bagi merebut PIALA KU PENGURUSAN, Encik Wan Aziz. Kejohanan ini akan diadakan pada 23/1/2010 bertempat di Gelanggang Futsal Kg Raja. 22 buah pasukan telah mendaftar untuk merebut Piala KU Pengurusan ini yang julung kali diadakan. Kejohanan ini akan menjadi Kejohanan Ke2 berprestij di IPGMKSM selepas Kejohanan Bola Sepak LIGA IBN MAJID yang bakal membuka tirainya pada 24/1/2010. Semoga penganjuran kejohanan ini akan melahirkan lebih ramai pemain-pemain futsal institut serta menanam minat terhadap sukan futsal serta mengamalkan budaya hidup sihat.
Untuk makluman, kejohanan ini dianjurkan tanpa bantuan kewangan institut dan bergantung sepenuhnya kepada yuran penyertaan serta sumbangan pensyarah.


Perlawanan Pembukaan Kejohanan Futsal PIALA KU PENGURUSAN ini adalah di antara JURAGAN FC (RBT sem7) dan MAMA FC (MATHS sem5). Semoga warga ipgmksm akan datang beramai-ramai untuk memeriahkan kejohanan ini.


pencetus Kejohahan FutsaL Tertutup IPGMkSM


pakaian Pengadil Kejohanan

Friday, January 15, 2010

KehangaTan piLihan Raya Kampus 2010

Bahang pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/2012 semakin terasa. Ahad ini, debaran mengenai siapa yang bakal menyandang Jawatan Tertinggi JPP akan terjawab. Siapa pun yang bakal menjadi wakil pelajar, semoga mereka menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Manifesto PilihanRaya JPP 2010/2011 bagi

Calon YDP : Mohd Ariff Bin Arifin
Calon Bendahari: Abd Ghafar Bin Mat Ripin


Senario Kempen PilihanRaya JPP 2010/2011 bagi Calon YDP


menyerahkan pelekat kenderaan kepada seorang guru pelatih
"calon YDP berpakaian sukan"


prihatin pada masalah pelajar



menjaga ukhuwah sesama warga institut


bekerja BersaMa saya, bukan Untuk SAYA


kebersihan agenda utama


MenampaL poster PRK(pilihanraya Kampus)


poster dah abis.......


Calon turut berjaga Untuk menampal Poster


SeranGan poster PRK

Wednesday, January 6, 2010

Liga Ibn Majid bakaL mengeGar lagi

Kejohanan paling berprestij IPG Kampus Sultan Mizan,Liga Ibn Majid dijangka berlangsung hujung bulan ini. Kejohanan yang bertaraf 5 BINTANG ini biasanya diadakan dipertengahan semester. Namun akibat kekangan masa, kejohanan ini diawalkan bagi memberi laluan kpd pelajar yang akan keluar menjalani praktikum akhir bulan ini.

Kejohanan yang masuk edisi ke3 ini dijangka mendapat sambutan kerana hadiah lumayan ditawarkan kepada pemenang.

Johan : RM 1000*,
Piala Liga Ibn Majid berserta piala iringan

N.Johan :
RM700*,
Piala Liga Ibn Majid beserta piala iringan

Ke3 dan Ke4:
RM 200*, Piala iringan


JOHAN LIGA IBN MAJID

2008: ALI BABA FC
2009: PISMK-OUM BM


ALI BABA FC...

JOHAN 2009


Tempat Ke3 Edisi 2008

aksi selepas perlawanan, LAST MINUTE FC

p/s: *tertakluk kepada perubahan...hahahaha